Followers

Thursday, July 9, 2009

Band Deria Keenam

Kali ini aku nak review tentang satu band yang aku suka dengar baru-baru ini. Tengok lah aku punya last.fm column. Seperti yang anda perhatikan, sekarang aku sedang meminati band 6ixth Sense. Jujur aku katakan, aku bukanlah peminat seni muzik tanah air. Malas nak komen sebab apa aku tak minat sangat. Tapi aku tetap dengar. Dan disebabkan aku mengamalkan prinsip 'tetap mendengar' maka terjebaklah aku dengan band 6ixth Sense ini.




Sedikit info pasal band ni:
- Vokalis utama mereka berasal dari Indonesia. Nama beliau adalah Adi Priyo Sambodo (Adi).
- Band pertama yang merupakan kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia.
- Band ini mula tampil dengan single, Hari Ini Dan Semalam yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an
- Mempunyai 2 album dan 1 single serta akan mengeluarkan 1 lagi album tahun ini
- Menamakan diri mereka “Sixth Sense” kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik.


Pertama kali dengar lagu Hari Ini Dan Semalam, aku taklah impress sangat sebab tu lagu yang dinyanyikan balik. Walau bagaimanapun, vokal si Adi memang unik bagi aku. Pada mulanya juga, aku hanya anggap lagu 6ixth Sense ni sama sahaja seperti kumpulan2 Melayu lain. Tapi entah bagaimana, ketika praktikal komuniti telinga aku asyik didendangkan dengan lagu Tak Bisa Memilihmu, Tanpa dan Khatimah Cinta, yang dipasang oleh kerani tempat praktikal. Dan, ya aku mula meminati band in!!

Lagu-lagu dari album kedua mereka, 6ixth Sense (self-title album) bagi aku semuanya sedap.


1. Begitu Indah (Cinta)
2. Tak Bisa Memilihmu
3. Rayuan Gombal
4. Kelam
5. Cinta Sejati
6. Kasih Sayang
7. Tanpa
8. Hikayat Cinta II
9. Long Distance
10. Dari Hati

6ixth Sense telah memelodikan telinga-telinga aku sehingga menyebabkan telinga kanan aku loss hearing. Heh. Bukan. Ear allergy sebenarnya yang sebabkan telinga kanan aku bermasalah. Kalau korang nak dengar boleh la download kat 4shared.com atau mp3crypt.blogspot.com. Blog aku ni hanya untuk review sahaja. lol


10 comments:

  1. lagu2 diorg byk yg berhantu.maknanya ramai org minat.

    kalau filem deria keenam cmn?

    ReplyDelete
  2. mana ada hantu..apa kaitan filem tu plak nih..haha

    ReplyDelete
  3. aku suka lagu kathimah cinta tue..
    dh lama dgr..tp baru berjaya download smlm..huhu

    lagu tanpa tue lak..
    x bosan walaupun dgr byk kali kan

    ReplyDelete
  4. a'a. pelik btol lagu "tanpa" tu aku tak bosan2 pon. aku ada full album lagu dia. vokal Adi memang lain. unik.

    ReplyDelete
  5. aku dah bosan dengar lagu sixth sense....
    skrg dengar khatimah cinta ja...
    tapi rasanya tak lama lagi akan jadi bosan gak..
    ahahaha!!!! ape2 ja la...

    ReplyDelete
  6. mungkin sebab aku asyik layan JPop, aku tak bosan lagi dengan 6ixth Sense. hoho.

    btw, khatimah cinta best!

    ReplyDelete
  7. betul2..
    khatimah cinta best...

    ko ade full abum 6xth sense ek?
    apa lagi lagu best ek
    promote kat aku cikit

    ReplyDelete
  8. kan aku cakap sume best! har3. ok la.

    lagu Kelam & Long Distance sekarang ni aku suka dengar. slow sket.

    ReplyDelete
  9. that's right..!!!..tak bisa memilihmu is da best song.lurve u adi.

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)