Followers

Friday, August 17, 2012

chanz's list: Bromance


Banyak cerita yang hits selalu bertemakan bromance. Okay, term bromance tu mungkin macam terlebih pulak. I only use it for teh lulz. What I want to write here just a list of story about friendship or rivalry between two men. Semua yang aku nak senaraikan di sini tiada yang sampai tahap yaoi atau BL k! Takde aksi berpeluk-pelukan di sini.


12 - Adolf Kauffman & Adolf Kamil (Adolf)

Bebaru ini, aku berminat membaca manga Tezuka Osamu. Manga berjudul Adolf ini merupakan manga sejarah pada zaman perang dunia kedua, menceritakan tiga Adolf. Yakni, dua watak di atas dan juga Adolf Hitler.

Plot cerita sangat menarik. Berkisarkan suatu dokumen penting yang ceritakan asal usul Hitler, bukti beliau ada darah Jews. Dokumen tu ada kat sorang reporter Jepun ni, maka si Nazi pun berpenat lelah la nak dapatkan dokumen tu. Dan macam-macam lagi la kisah spy dalam ni. Watak si dua Adolf ni, dari kecil berkawan. Dua orang Germans, tinggal di Jepun, satu Jews, satu Nazis. Tapi berkawan baik. Tetapi...bila Adolf Kauffman dihantar ayahnya ke Germany masuk Hitler Youth School...segalanya berubah..

finally they said their piece

11 - Clark Kent & Lex Luthor (Smallville)

Smallville not Superman, cuz siri tu yang aku layan. Everybody knows their story. Clark Kent, a pure hearted young man, met Lex, a curious obsessed rich man. Clark, destined for greatness for mankind, while Lex, his nemesis. Dengarnya, kostum muvi Superman baru, Man of Steel dah tak pakai spender kat luar ye?

10 - Gon & Killua (HunterxHunter)

Oh HunterxHunter...why do you keep being in hiatus? Aku kurang minat watak Gon dan Killua, but they are worth mentioning here. Because I like the manga! Only character I like is Kurapika.



9 - Edward & Alphonse Elric (Fullmetal Alchemist)

They are indeed brothers, by blood. What makes them worth mention probably because how close they are, have to depend on each other after their parents gone. And the series is the best.



8 - Shuji & Akira (Nobuta wo Produce)

Kamenashi Kazuya dan Yamapi. Akira si light headed, bodo-bodo, rilek-rilek dan si Shuji pelajar ideal, punya ramai kawan dan peminat. Berkolaborasi bersama apabila sama-sama bertujuan menghasilkan Nobuko yang baru.

A very good school dorama. Aku suka tengok Yamapi yang cam terencat ni. bangang je. Seishun Amigo!


7 - Yagami Raito/KIRA & L (Death Note)

Ya. Dua genius bertemu. One is a devil justifying his crimes. One is someone who just love puzzles and mysteries. While suspecting Raito of being KIRA, they became acquaintances. A rivalry of who's going to catch who first.



6 - Heiwajima Shizuo & Orihara Izaya (Durarara!!)

Dalam otak Shizuo nak bunuh Izaya je, while dalam otak Izaya nak pekena Shizuo je. Itulah kasih sayang namanya.


IIIIZAAAYAAAAA!!!


5 - Lelouch Lamperouge & Suzaku Kururugi (Code Geass)/

Ini anime kalau anda tak tengok sangat rugi.

Suzaku, si anak Prime Minister Japan yang tewas dengan Brittania (Britain la) berkawan rapat dari kecil dengan Lelouch, salah seorang putera raja Brittania tu. Mereka besar, bersekolah di high school yang sama. Lelouch si rebellion, Suzaku si pak turut kerajaan. Tak ke pelik. Sepatutnya the other way around.

Kebromance Lelouch & Suzaku takde lah ketara sangat, cuma mereka sahabat pada luaran. Hakikatnya, berada pada pihak yang berlainan. Plot yang selalu mudah menjadi hadaman fans. Dan, ya, Suzaku bunuh Lelouch in the end. Sama macam cerita Adolf.

4 - Kira Yamato & Athrun Zala (Gundam Seed)

Kira Yamato & Athrun Zala pun lebih kurang cam Code Geass premis cerita. Both mecha.

3 - Sanji & Zoro (One Piece)

Mereka tidak pernah sekutu pemikiran. Gaduh dan gaduh. Marimo! kata Sanji pada Zoro. Ero cook! kata Zoro pada Sanji. Berbalah lagi. Masing-masing tak nak mengalah. Tetapi...apabila bersama-sama dalam battle, sama-sama hebat berganding bahu!


SHITTY MARIMO!

2 - House & Wilson (House)

Aku buat prank kat kau. Kau buat prank kat aku balik. Aku buat pertaruhan merepek dengan kau. Kau layan juga kegilaan aku. Aku ada masalah, kau bagi nasihat. Tapi aku kerek. Kau ada masalah, aku cuba tolong kau dengan cara aku yang gila. Aku mock kau, kau analisis aku. Aku buat hidup kau merana, kau maafkan aku juga. Hidup kita memang meriah.

they are probably the two fun people ever

Persahabatan House & Wilson bagi aku adalah yang paling fun, menarik sekali. Mana taknya, macam-macam. Wilson, si altruism fag, while House si narcissistic bastard. Wilson dapat cancer, House...... jeng jeng. Season 8 adalah season bromance House & Wilson. "I will never say I love you!"  lmao

Okay, spoiler bagi yang tak tengok ending season 8 lagi.



1 - Uzumaki Naruto & Uchiha Sasuke (Naruto)

Ahha! Ini kisah bromance pertama yang pernah aku libatkan diri yang juga bagi aku yang terbaik! Sebab apa? Sebab aku mula tonton anime ni masa aku di bangku sekolah menengah. Benda baru mesti la best.

get over Sasuke plz


Siapa tak kenal Naruto? Even pak cik kat surau pun tahu Naruto! Klimaks plot (cam pelik) bromance Naruto dan Sasuke mungkin terjadi apabila Sasuke mengambil keputusan mengikuti Orochimaru. Naruto sanggup kejar Sasuke ha. Perlawanan Naruto dan Sasuke masa tu bagi aku sangat epic. Ditambahkan dengan muzik latar belakang (juga epik) olahan Toshio Masuda, that was the best part ever in Naruto. Naruto Shippuden aku tak layan anime nya. Manga sahaja. Tapi part bromance Shippuden dah kurreng (bukan kurang, kurreng). Dan terlalu meleret dan terlalu yaoi-an. Sampai menyampah sikit. It's like Naruto will never get rid of the thought of Sasuke! Come on dude.

----------------------------------------------------------------------

Aku kurang minat kisah bromance yang terlebih-lebih sangat. Cam Shiki, si kawan Natsuno yang nangis-nangis bila kena hisap darah Natsuno tu. Adoyai. Kejadah. Nasib baik citer dia seram, gore dan ada BGM best.





2 comments:

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)