Followers

Friday, September 27, 2013

kisah outward bound



Taktau kenapa mood nak berblogging ni tak seperti dulu. Sudah tak enthusiastic lagi. Anyway, aku nak tulis jugak pasal pengalaman aku kat Outward Bound ni.

Tak pernah dengar Outward Bound? Kem ni sebenarnya satu dunia ada. (check: wiki) Kat Malaysia, yang bawah satu nama yang sama adalah di Lumut, Perak. Berdekatan dengan Pulau Pangkor.

Sejarah Outward Bound (OB) ni menurut trainer aku En Khairul Anuar, diasaskan oleh Kurt Hahn, seorang Yahudi pada era pasca perang dunia kedua. Beliau melihat pemuda zaman itu sangat 'lembik', ada satu sindrom ketara antara youth pada zaman itu iaitu sindrom kebergantungan pada teknologi dan tiada daya kelangsungan hidup yang tinggi. Terbukti bila ada kejadian kapal karam, majoriti yang survive adalah warga senior, manakala pemuda pemudi hanyut lemas di lautan. So, beliau tubuhkan kem ni untuk ajar semua benda tu.

website Outward Bound Malaysia

Secara umumnya,
"Outward Bound teaches interpersonal skills, wilderness survival skills, and leadership skills through its courses"



So, mostly aktiviti kat sini adalah outdoor. Dia ada banyak course. Full course 25 hari. Yang aku join Team Building anjuran UiTM adalah 4 hari 3 malam punya. 20-23/9/13. Corporate course la kot.

Sebagai peminat siri Survivor, aku memang look forward nak join aktiviti ni. Kalau nak bandingkan, memang ada jugak elemen-elemen Survivor dalam course OB ni.

Pertama, elemen game. Survivor terkenal dengan dia punya game yang perlukan teamwork dan penuh obstacle tu. Outward Bound nak kata sebijik Survivor tak jugak, cuma ia menarik minat aku la.

aktiviti game buat LEGO, I contributed


apa nama game ni ntah, tapi perlukan teamwork laa


Kedua, elemen laut dan pulau. Dekat dengan laut. Dekat dengan pulau. Tu je laaa. haha Oh yeah elemen ketiga, adalah elemen suvivability. Tapi disebabkan pihak OB dah sediakan makanan, takde la Survivor sangat.

Kalau tak disebabkan aku join ni, tak pernah aku tahu kewujudan whaler. Whaler ni katanya digunakan oleh orang dulu-dulu untuk memburu ikan paus. (check: wiki and pics). Dia ada 3 layar. Kena rowing jugak. Hoho. Aku ingat kena berkayak je, rupanya kapal layar! Lagi rare!

inilah rupa whaler tersebut

gambar rajah ekspedisi

Yang membuatkan ia mencabar ialah benda ni kat laut. Serius aku bukan a fan of laut. Lagi kepanasan melampau kat laut ni. Perghh.. Tengok lukisan kat white board tu, tu pelan ekspedisi kami, pusing Pulau Pangkor dengan whaler tu, yang mana jaraknya adalah 21 km! hohoo..bila dengar kena ambil masa 8 jam (office hour) atas laut, aku dah macam "mak aiii lamanya 8 jam atas laut". Tapi alhamdulillah, kami start pukul 8 pagi, dan sampai tempat camp pukul 2 petang.

geng NAD bersuka ria

Nasib baik lah grup aku ada veteran, seorang penyarah yang super senior, (guess his age) yang pernah berlayar sebelum ni. Dia la jadi navigator. Kapten.

Aku jaga sail bahagian depan, iaitu jib sail. (check: wiki). Dah la takda glove, nak kena tarik tali bagai. Rowing lagi. hohaaaa akibatnya tangan aku ada la berbekas. 'souvenir' dari OB, kata trainer.

dah surut dah skang bekas tu

bought this shirt, awesome right, the words
Oh yeah, you'll get a photo of you and your group, a certificate and also a badge! Something to remind you of this place...

I'm an ex-bounder already~~

It was indeed a memorable activity for me. I doubt I would ever done this in my life.

Hmm, bila dalam kapal ni teringat One Piece jugak. SANJI YEAH


Pesanan pada sesiapa yang nak mai OB ni, JANGAN LUPA BAWA:
- glove
- sunglass
- hat/cap
- kasut kalis air
- baju lengan panjang yg utk sport

Itu sahaja.

Gambar courtesy of friends at fesbuk. hehe



p/s: hmmm, grup aku semua orang yang aku baru je kenal masa join ni. dua orang je aku dah kenal masa kat uitm. apa lah semua ingat aku student. mana student ada join. jambu sangat ke aku ni. errr..

1 comment:

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)