Followers

Sunday, June 21, 2015

refleksi


kenapa kita suka buat sesuatu yang kita tak suka?

benarkah kita tak ada pilihan?

atau kita sebenarnya penakut?

tak berani ambil risiko?

mahukan jalan mudah?

mahukan stability?

ramai aku jumpa..

menyatakan ketidakpuashatian

tidak merasa puas dengan kerja mereka

"bukan ini yang dicari.."

tak suka jabatan ini

tak suka company ini.

tak suka kerja ini.

tak usah aku bicara soal diri sendiri.

kalian yang membaca blog ini pun tentu tahu bagaimana aku rasa tentang....well.

panjang cerita nanti.

tldr; i am supposed to do something related to maths, physics or language. i'm good at it, very.

heyy i don't want to talk about myself.

sambung balik..

adakah kita tak bersyukur bila kita complain tentang hidup kita?

aku kira itu memang sifat manusia.

dah fitrah.

cumanya, sejauh mana kita punya complain tu bagi kesan pada diri kita?

adakah semakin dekat pada Maha Pencipta?

atau jauh dari rahmat-Nya?

semua orang nak hidup selesa.

seperti yang diujarkan Abraham Maslow, ringkasnya ada lima perkara kehendak manusia..

1) nak hidup selama boleh
2) nak sejahtera
3) nak kasih sayang dari yang lain
4) nak rasa hormat dari yang lain
5) nak capai impian atau ideal

 jadi, bila mana kita tak merasa kita miliki salah satu dari lima ini...maka manusia akan rasa tidak puas.

tidak lengkap.

missing.

aku kira nombor 5 paling utama. dan paling ramai yang tidak berupaya memilikinya..

kerna setiap dari kita punya kehendak tersendiri. ideal masing-masing.

nombor 3?

itu aku kecapi...selalunya hanya sementara cuma.

we can't always get what we want.

kadang-kadang, bila kita tak dapat yang kita nak (seperti kat atas tu), kita selalu lupa..

yang kasih sayang Allah sebenarnya lebih dari segalanya.

nikmat yang dikurniakan kat kita.

kita selalu lupa.

aku pernah tulis sebelum ni...tentang redha.

inilah perkara paling payah untuk manusia nak buat.

memang payah.

aku rasa, kalaupun kita complain, merungut, sighing..

pastikan ia hanyalah luahan sahaja.

tak bermakna kita tak bersyukur bila kita merungut.

tujuannya hanyalah untuk kita lepaskan apa di dalam hati.

jangan dizahirkan dengan perbuatan yang menampakkan keingkaran.

ketidaksyukuran.

sentiasa doa.

yang terbaik.

dan sangka yang baik-baik...

إن شاء الله

No comments:

Post a Comment

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)