Followers

Friday, November 5, 2010

Ketika Mulut Dikunci Tangan & Kaki Bersaksi

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Di dalam syurga itu terdapat sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, dan belum pernah terbesit di hati manusia."  
(HR. Tabrani)


Kehidupan di dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah berselang beberapa minit atau beberapa jam sahaja. 

Untuk mempermudah memahami maksud pernyataan tersebut, cubalah anda bayangkan tentang liburan. Setelah berbulan-bulan bekerja keras, anda diperkenankan menikmati liburan di pantai selama dua minggu. Anda tiba di pantai setelah lapan jam di perjalanan. Sesampainya di pantai, anda segera menuju koridor. Ternyata, di koridor telah dipenuhi oleh orang-orang yang bersantai seperti anda. Bahkan, mereka menampakkan wajah yang ramah kepada anda. Semantara itu, cuaca di pantai terasa hangat dan anda tidak ingin kehilangan satu detik pun untuk menikmati sinar matahari dan laut yang tenang. Maka, tanpa membuang waktu, anda bergegas ke bilik dan berganti pakaian renang, lalu menuju ke pantai. Selanjutnya, anda berendam dalam air sejernih kristal. Namun, tiba-tiba anda dikejutkan oleh sebuah suara,
 
"Hoi! Bangun! Kamu akan terlambat pergi kerja!"


Untuk beberapa saat, anda tidak dapat memahami apa yang terjadi. Anda merasakan adanya keanehan antara apa yang anda lihat dan dengar. Ketika membuka mata, anda baru menyedari bahawa anda berada di bilik tidur. Tenyata, semua yang terjadi itu hanyalah mimpi.


--------


"Allah bertanya, 'Berapa tahun lamanya kamu tinggal di Bumi?' Mereka menjawab, 'Kami tinggal (di Bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyalah kepada orang-orang yang menghitung'. Allah berfirman, 'Kamu tidak tinggal (di Bumi), melainkan sebentar saja, sesungguhnya jika kamu mengetahui." (Al-Mukminun:112-114)



Petikan dari buku Ketika Mulut Dikunci Tangan & Kaki Bersaksi, ditulis oleh Mahmudin, terbitan Global Aksara Communication Sdn Bhd yang sedang saya baca. Ia sebuah buku rujukan inspirasi peringatan hati. Kita tak sedar yang kita ini asyik terleka dengan dunia, sebab itu kita perlukan buku seperti ini untuk mengingatkan kita kembali. Hidup hanya sementara. Ingatlah nanti di akhirat, tangan-tangan & kaki-kaki akan menjadi saksi segala perbuatan kita di Bumi.

Saya cadangkan semua orang wajib baca buku ini. Thanks Popular coz suggesting this book!


TQ. Noted by,
5:17 pm, 05/11/10
chanz

Menanti di Barzakh versi LP


Pernah dengar lagu Far East bertajuk Menanti di Barzakh? Lagu tentang kehidupan di alam kubur/barzakh. Alam yang akan kita temui selepas alam dunia. fyi, lagu itulah yang membuatkan aku beli album Halawatul Iman & mula suka Far East. Walaupun ada kontroversi sikit tentang lirik lagu tu.


Dua tiga hari ini, aku tengah dengar lagu baru Linkin Park, iaitu Blackbirds. Lagu ini merupakan iTunes bonus track bagi A Thousand Suns. Actually, lagu ini asalnya feature dalam game LP ni - 8-Bit Rebellion. Game pasal suatu empayar High Definition (HD) telah mengambil alih kuasa dunia 8-Bit. So LP members (the 8-bit people) rebel!! Mana nak dapat game ini? Kena ada iPhone!!! Coz game ni hanya available untuk iPhone & iPad jek..huhuuhu




Okay, lagu ni bagi aku, adalah Menanti di Barzakh versi LP. Sebab apa? Read the lyrics + translation merepek aku.


Drop that / get up
Take to the streets / better lock that kid up
Face full of teeth when he hock that spit up
Pacing the beat like a beast
Rocking the block on repeat
Speak from the cut like a rush of blood
Paint red on the sleeves of the ones you love
Lay the sick ones down and the bells will ring
Put pennies on the eyes let the dead men sing


[Verse 1]
I shiver and shake the warm air cold
(Ku kesejukan, udara panas bertukar dingin)
I'm alone on my own
(Ku keseorangan, sendiri)
In every mistake I dig this hole
(Dengan segala kesalahan ku gali lubang ini)
Through my skin and bones
(Menembusi kulit dan tulangku)


[Pre-Chorus]
It's harder starting over
(Ianya lebih sukar memulakan semula)
Than never to have changed
(dari tidak pernah perlu berubah)


[Chorus]
With Blackbirds following me
(Burung hitam itu mengekoriku)
I'm digging out my grave
(lalu ku menggali keluar dari kuburku)
They close in, swallowing me
(Ia menutupiku, menelanku)
The pain, it comes in waves
(Kesakitan datang bertalu-talu)
I'm getting back what I gave
(Ku terima padah perbuatanku.)


[Verse 2]
I sweat through the sheet as daylight fades
(Ku berpeluh melalui kain ini, siang kian kelam)
As I waste away
(Ku makin mereput di sini)
It traps me inside mistakes I've made
(Ia memerangkapku atas segala kesalahan ku buat)
That's the price I pay
(Itulah harga yang perlu ku bayar)


I drop to the floor like I did before
Stop watching / I’m coughing / I can’t be more
What I want and what I need are at constant war
Like a well full of poison / a rotten core
The blood goes thin / the fever stings
And I shake from the hell that the habits bring
Let the sick ones down / the bells will ring
Put pennies on the eyes / let the dead men sing

Malas nak translate yang rap. No idea camne nak translate. hahak

Ini aku punya interpretation. Well, setiap orang ada pandangan sendiri, isn't it. Ada yang kata lagu ini tentang rasa 'guilt' LP terhadap album Minutes to Midnight la. LOL. Takyah fikir jauh sangat. No simile, metaphora here. Kalau ada maksud tersirat pun, hanya Mike yang faham kot. Derpp.

P/S: Nak dengar lagu ini? Pergi google sendiri. gahaha. Dan sila komen mana aku silap.


TQ. Noted by,
4:02 pm, 05/11/10
chanz

Monday, November 1, 2010

Entri Sebulan Sekali


Sayalah blogger yang pemalas. Ceitt. Kata blogger. Entri sebulan sekali baru ada satu!!

Sebenarnya, aku banyak idea daaa nak pos entri. Tapi tak berjaya mengepos. Sebab apa? Sebab selalunya, idea-idea aku yang terbaik datang apabila aku hendak tidur! Yaa! Masa nak lelap mata pada waktu hening malam. Masa nak tidur laa macam-macam benda muncul kat kepala.. Betul tak? Ke aku sorang je macam tu?


Selalu, bila nak tidur, semua perkara yang berlaku hari tersebut, sebelum atau yang lepas-lepas mula berlegar kat kepala. Ada orang cakap aku hensem pemalu la, panggil aku Sanjiman, etc etc.. Yang peliknya, memori entah zaman bila entah - masa sekolah kot, pun boleh tetiba muncul masa nak tidur, tengah pejam mata ni!



Nak tidur pun payah kan. Usually masalah takleh tido ni jadi bila aku berniat "Okeh jom tidur!". Maknanya minda aku dah set nak tidur. Masa ni lah, benda ni jadi. Tapi, apabila aku tak terfikir pun nak tidur, baring je atas katil, tak de pun kuar mende-mende pelik. Tup tup dah tertidur! Ahhaaa


Masalahnya apabila idea datang waktu hendak tidur ni, ye lah, dah set minda "saya mahu tidur", kan mesti la nak tidur. Takkan nak on laptop balik semata-mata nak berblogging! Kadang-kadang kalau tetiba ada idea, aku taip kat henset sikit, then tidur. Tapi esoknya terlupa pulak pasal blog ni sebab sibuk nak gi ward, NCP sumer. Maka dengan itulah, blog ini hanya entri sebulan sekali (at least).. Harharhar..




Ok lah, gua nak gi tidur dan mimpi yang hentai-hentai dengan Nami-chwan~ hehe ಠ⌣ಠ ಠ‿ಠ


TQ. Noted by,
9:41 pm, 01/11/10
chanz

Thursday, October 14, 2010

MURAH?! Fikir Balik.


Jom pergi ***tau ***jang. Beli jersi, seluar jeans. Murahh~



Kita memang tak suka membazir. Ye lah. Kalau ada pilihan untuk mendapatkan barang yang sama, tetapi dengan harga murah. Of cos pilih yang murah, kan? Tapi tahukah anda, di sebaliknya? Siapakah mereka yang hasilkan barang-barang ini?

Apa-apa pun, aku nak ajak korang tengok video ni, dan fahamkan mesej yang ingin disampaikan.

Dari MTV EXIT (End Exploitation & Trafficking), MUSE - MK Ultra.


Sokonglah barangan original! Ingat. Some things cost more than you realize.

Aku tulis ni untuk peringatkan diri sendiri. Ingatkan korang gak la kalo korang baca.

P/S: Off to buy LP's new album & jersi the reds. Ori okayy~

2:54 pm, 14/10/10
chanz

Wednesday, September 22, 2010

Kepastian

Entah kenapa rasa syok layan nasyid balik. Lagu ni lagipun sesuai dengan tema blog ini. =p


Inteam - Kepastian

Ujian Tuhan kepada semua insan
adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan
tentang nikmat berpanjangan Ilahi..
Neraka yang tercipta menghimpun azab derita
tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
angkara kedurjanaan insan..
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah..


Lirik & Lagu: Suhaimi & Khairul Salleh
Daripada album baru mereka "Allahu Rabbi".

8:00pm, 22/09/10
chanz

Thursday, September 16, 2010

Reviu Band: Within Temptation

Next list of my favorite bands - Within Temptation, sebuah alternative rock band dari Netherlands. Naib juara FIFA World Cup 2010. Tak silap aku, aku start layan band ni pas Belanda konfem masuk Final. haha. Menurut google translate, Within Temptation adalah Dalam Godaan. Boleh laa pakai...



Band ini aku kenal jugak melalui last.fm. Lurk kat page Evanescence. Pahtu tengok similar artist ada nama band-band - Within Temptation, Epica, Lacuna Coil & Nightwish. So try lah dengar satu lagu bagi setiap band. Lagu Lacuna Coil - Spellbound. Tak sesuai dengan aku. Then Epica & Nightwish pun..Not bad tapi still tak impress aku. Kemudian lagu Within Temptation - Final Destination. Kesemua franchise filem Final Destination aku suka (kecuali yang keempat). Entah kenapa, seronok pulak layan lagu ni. Lirik dia memang ada kena mengena dengan filem tu.


Terasa nak tengok video band ni lakk..So cari dan cari video. Oh video dorang pun menarik. Video-video dorang selalu banyak version. Berjaya dapatkan semua version. Video What Have You Done, Frozen, All I Need, Utopia, Angels & etc. semuanya ada cerita tersendiri dalam video tu. Bukan sekadar nyanyi atas pentas. Bagi aku, Music Video kena ada jalan cerita baru best.


Apa yang bestnya tentang band ni? Band ni band symphonic rock. Bagi yang suka band macam Evanescence & We Are The Fallen, band ni boleh kata lebih kurang lah. Agak sesuai untuk telinga peminat Ev & WATF. Antara persamaan yang boleh dilihat. Kedua-duanya menggunakan vokalis pompuan. Tapi band ni lebih halus & soprano lagi suaranya. Founder band ni gak adalah couple - vocalist Sharon den Adel & guitarist Robert Westerholt. Yang membezakan dorang dengan Ev, dorang ni takda la berpecah pahtu wat grup len lak...lol.




Lirik dorang kebanyakan berkisarkan tentang kisah-kisah dari buku, filem atau kisah Sharon sendiri. Contoh lagu - Final Destination. Album The Silent Force juga menurut Sharon adalah berdasarkan buku dengan tajuk yang sama. Ada jugak lirik dorang pasal alam semulajadi macam lagu Mother Earth & Ice Queen.


Lagu-lagu yang aku rasa universal sesuai semua dengar - Utopia, What Have You Done & Forgiven. Try arr dengar!


P/S: Wat reviu band lagi...aku wat reviu ikut suka aku. Tak ikut kriteri pereviuan pon. =p 


12:10 am, 16/09/10
chanz

Wednesday, September 15, 2010

Driving yesterday

Hari ini 15 September 2010. Dah masuk hari raya keenam. Esok 16 September. Satu Malaysia meraikan buat julung kalinya Hari Malaysia. Bermula hari Ahad lepas, aku pergi kembara raya ke rumah kawan-kawan. Begitu juga Isnin dan Selasa. Dan, setiap kali kembara, aku jadi driver.


Kali ini, aku nak kongsi sikit laaa aku punya pengalaman bawa kereta kat highway PLUS Seberang Perai nih. Bukan apaa.. Aku ni kira masih noob gak la dalam memandu ni. Setakat ni, aku hanya bawa kereta kancil. Masa belajar memandu kereta kancil, bawa kereta sewa pun kancil, kat umah pun ada kancil maroon.




Orang cakap, skill ni kalo tak guna kang berkarat. So sebab tu bila member aku minta aku bawa kereta, aku cakap,
"Berehhh!!"


Hari pertama kembara p beraya kat Sungai Dua, Butterworth. Of coz guna highway la kan. Umah aku kat Nibong Tebal. Masa nak pi, no problem sangat. Masa nak balik, jem kat highway Seberang Jaya laluan masuk ke Jambatan. Masa ni, dapat la aku gunakan skil main-main clutch tukar-tukar gear suma. Tapi nasib baik jem tak panjang sampai kat Juru.


Dah lepas dari jem ni, mula la nk bawa laju-laju. Aku tak suka bawa lebih had laju. Kang kena saman. Speed trap lah. Paling laju pun bawa 110 km/j. Lagipun, kancil je pon..Kang bawa laju-laju, terbang pulak!! Kalo bawa laju, kena dok line paling kanan. Common sense. Tengah syok bawa laju-laju, kereta depan brek lak...Pahtu...




Haha...takdak papa la.. ;p. Kereta tu brek bagi slow coz ada kereta depan cilok masuk ke kanan ja. Aku pun slow gak..And then, ada satu kereta Myvi yang bajet laju, dengan kereknya, dia rapat-rapat dengan kereta aku...cucuk-cucuk. Apa perasaan bila bawa kereta orang buat camtu?? Bengang weh!

Aku ni baik, aku bagi la dia jalan.

"Haaa pi, pi, nak sangat...amekk!!"


Yang kurang ajaqnya, kereta Myvi tu pon buat kat kereta depan-depan tu. Pahtu siap nak cilok gi kiri lak tuh coz keta depan tu tak 'baik' cam aku! Padahal ada lori sikit punya besar kat kiri tuh. HUH. Kalo dia teruskan niat dia, dah KEBABOOM da ar.. Aku masuk line kanan balik, pahtu dah dekat dengan keta myvi shial ni (masa ni keta depan suma slow), aku apa lagi...flash kat dia banyak2 kali. Padan mukoo...Pahtu bagi 'that symbol' kat diaa..Entah dia nampak ke x..member aku cakap yang bawa tu pompuan. Lantak ang ar pompuan ka, dah ang kuang ajaq sapa suh.


Begitulah perangai sesetengah orang ni bawa kereta...Laju sangat nak pi mana pun aku taktau la...Kalo taknak tensen, cubalah bersangka baik.
"Dia tak tahan dah tuu. nak buang."


Walopun cuba bersangka baik, ketensenan tu tetap ada...


Sebenarnya banyak lagi aku nak citer, tapi cukup ar setakat ni. Ni pun dah banyak arr..What a wall of texts. =p



Semalam pergi makan Nasi Goreng 69 kat kafe route 69. Pedas da nasi dia.

15/09/2010.11.16 am
chanz