Followers

Thursday, May 7, 2009

Choice and Decision

[Entri ini adalah tentang kisah hidup aku. Ia mungkin panjang tapi tak ler sepanjang jawapan MEQ. hoho]

Hidup ini sentiasa akan didatangi dengan pilihan. Pilihan makanan. Nak makan roti canai atau nasi lemak pada waktu sarapan. Pilihan membaca. Nak baca blog uncertainty ini atau blog ilmiah lain. Sepatutnya, kita yang putuskan pilihan diri kita. Akan tetapi, adakalanya, pilihan kita dipengaruhi oleh orang/faktor lain, sama ada kita sedar atau tidak. Aku sendiri, banyak memilih jalan yang aku tak pasti betul, sesuai ke tak dengan diri ini. Selalu orang cakap semuanya ada hikmah tersendiri..betul ke eh? mari kita selidik..

Dua jalan terbentang luas

Memula, mari flashback balik sejarah hidup aku. Ok..rasanya kembali ke zaman sekolah la. Sekolah rendah rasanya banyak pilihan ditentukan ibu bapa. Sekolah menengah yang aku rasa aku boleh decide sendiri jalan aku. Masih aku ingat lepas UPSR, dapat 4A lalu ditawarkan ke SMKA Nibong Tebal. masa tu aku taktau apa sangat pun. tengok abang dengan kakak pergi SMK Seri Perak. mungkin dah naluri aku..tak pernah nak ikut orang lain. aku pergi SMKA. taktau la..maybe aku tengok abang aku tu cam teruk sangat jek perangai kat rumah..aku pun taknak la ikut dia. dan memang bagus aku pergi SMKA. seriously. banyak yang dipelajari. itu la hikmah dia kot.

and then..lepas PMR dapat 9A..dapat offer pergi SBPI Gopeng. tengok ramai sahabat2 berbondong-bondong, berduyun-duyun seperti sekawan burung di langit mengorak langkah ke sekolah berasrama penuh yang kononnya lebih baik dari sekolah lama. tengok ada yang cam tertunggu2 offer, nampak sangat le dah tak sabar nak blah dari sekolah ni..bagi aku, sekolah mana pun sama jek. (ye ke?) apakah pilihan aku plak? aku stay. hanya aku dan 2 orang perempuan je yang dapat 9A masa tu stay..hohoho. masa form 2 sibuk dok 'fly', nampak cam tak suka dok sekolah tu, tapi last2 aku stay gak. pelik tol. actually ada sebab lain aku stay..tapi takleh le plak aku nak citer..bahaya2. hahak. it's just someone.

bila fikir balik, result SPM aku takde lah hebat sangat. aku admit subjek sains teruk. mungkin kalau pindah sekolah better lagi result? ye la kan..cikgu2 SBP ramai yg wat soalan exam dan mereka ada past year. tapi bagaimana dengan subjek Math? BM? aku rasa kalau pindah kemungkinan besar BM aku lak teruk..kalau tengok result rakan2 aku la..BM kantoi. pahtu takleh pergi oversea. hua3. last2 jumpa balik kat KMPP. hampeh. boleh kata rakan sekolah yg pindah ramai yg aku jumpa kat KMPP balik.

Seterusnya..apabila berada di KMPP. Rasanya dua tawaran datang. First, tawaran JPA Scholarship ke Jepun. Buat Diploma Engin 3 tahun. 2 tahun first degree. 2 tahun preparation. Total? 7 tahun... baru nak dapat ijazah!! Ayah aku dah bawa aku siasat betol2 pasal 'belajar di Jepun' selepas aku pergi interview JPA tuh. Pergi jumpa orang yg tahu la camna keadaan sana.
Point orang tuh:
Kalau you belajar sana, dan kerja kat sana, contoh buat syarikat sendiri. Baru lumayan dan berbaloi pergi sana. Bukan senang. Lagi satu, nak makan pun susah. Masak sendiri apa sumer. Kena hidup berdikari. Susah.
hoho. lagi la aku hepi dok Jepun lama2...!! haha. Masak sendiri? Berdikari? Itu yang aku nak! Tapi kerisauan tetap ada..bolehkah aku? Mampu ke? Preparation tak lepas kang..naya jek. ahak.

Ada seorang rakan yang gila komik cakap kat aku lak:
Rugi la hang.. Dapat Jepun taknak. Peluang tuh. Bagi kat aku bagus. Leh enjoy2 maen2. 5 tahun tu boleh maen.
haha. ye la tu. ingat pegi sana nak maen2 je ka.. yang ni aku tak rasa menyesal sangat. sebab ada pro & contra dia..(tapi kekadang ada terfikir gak bila tgh jd wapanese..)

kemudian, setelah beberapa minggu kat KMPP, dah rapat mesra dengan rakan2 matrik dan mula membiasakan diri dengan suasana matrik..aku dapat call di tengah2 kuliah kimia En Ibrahim (hoho ingat lagi nama cikgu).

Caller tu berkata:
Saya dari Pengambilan Pelajar Ijazah Perguruan Luar Negara nak offer kat encik Hakim, untuk subjek Matematik. Macam mane? Hakim ni memang minat Engineering la? Taknak jadi cikgu? Hm? Hmmmm?
Hahh? Masa tu aku ingat kan dia nak offer TESL. sebab aku pergi interview maktab TESL. matematik aku letak no. 3. aku cam blur gak masa tuh. di fikiran aku tidak mahu jadi cikgu cam ayah aku, dan aku tengah syok2 dok matrik. Engin tu aku tak minat sangat pun. kat fikiran aku masa tuh,

Camne dia leh tau pasal aku taknak jadi cikgu neh dan aku minat Engin? ha...aku rasa maybe masa interview ari tu...Camne ni eh.. Dah syok2 dok matrik ni..Ai...

Tak terfikir jawapan soalan dia pun. hahak. Namun, aku tetap berkata TAKNAK............ (lebih kurang camtu ar ayat aku) huhuhu. patotnya aku cakap bagi saya masa fikir dulu ke apa ke............. yang satu ni memang aku nyesal gile siot.........bukan apa. aku memang nak belajar lebih lagi pasal Mathematics ni.. memang aku minat. tapi...... aku taktau kenapa!!!! bengong gak....dah banyak aku terlepas peluang kan?

last2 aku stay matrik. datang USMKK. ambil dietetik. aku masih lagi tak pasti sama ada aku enjoy ke tak course ni. enjoy ke? adakah aku enjoy? tak pasti. tak kisah le. yang pasti grad cepat2. pahtu kerja le apa yang patut. dietitian ke apa ke. watever. just going on the process yang patut dilalui. belajar, learn, study, know more..apa yang penting? kerjasama! eh tak, yang penting cuba jadikan diri kita hepi..hoho.

Dan sekarang, kena wat praktikal pun. kena pilih sendiri tempat. Dah rasa bosan pulak pergi Pusat Dialisis. Rasa mungkin aku patut pilih tempat yang banyak aktiviti sikit seperti tempat senior, Hafiz buat dulu. At least, leh ronda2 Taiping ke.. Taktau le. Mungkin aku ni perlukan masa. Masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran. Tengok le dalam 2 bulan ni praktikal aku rasa camna..


Teringat karya poem The Road Not Taken oleh Robert Frost belajar masa sek men..tak ingat dah form berapa. tapi inilah sajak dia:

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Aku rasa aku sama cam Robert Frost. Mengambil jalan yang jarang orang ambil. Aku budak fizik, sepatutnya mengikut rakan2 mengambil engineering ke, fizik ke, tapi aku menyimpang jauh.. mengikut haluan sendiri. menjadi extraordinary. haha. teringat lagi masa study poem ni, aku fikir sangat panjang pasal poem ni. rasa cam mendalam sahaja mesejnya..

So, manakah jalan terbaik? Both have pro & contra...

Panjang tol berceloteh kali ni noh...Berilah aku kata2 semangat!!

7 comments:

  1. eh3..
    aku ingat gak kat en.ibrahim tu!
    haha...
    nape x penah nmpak p0n ko kat kmpp tu? hua3..

    ReplyDelete
  2. en ibrahim ajar ko gak ke? haha. popular la dia..
    aku pun xnah nampak ko..biasa ar tuh. hahak.

    ReplyDelete
  3. ini bait-bait ayat al-Quran untuk motivasi kau, Surah Al-Baqarah, ayat 216:

    "Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

    kalau itu janji dan takdir Allah, mengapa kita nak merungut kan???
    apapun, kita yang hari ni memang adalah daripada kesilapan kita yang lepas.......
    aku pun banyak gak buat keputusan yang salah.......

    ReplyDelete
  4. panjang seyh story ko kali ni..huhu

    tapi kan...
    hebat la ko dpat tawaran jpa g jepun...
    apsal xpegi..
    dulu aku pun simpan impian nak amek engine kat jepun..
    tapi xdapat coz bi aku hancur...huhuhu

    ReplyDelete
  5. ko ni tiru aku.. ms form 3 lg aku dh berimpian nk pergi jepun. aku rasa aku dah nyatakn sebab dia..

    ReplyDelete
  6. mana ade aku tiru ko...
    ko yg selalu tiru aku...
    tu pun impian aku masa before pmr...
    aku betul study hard masa pmr agar aku dpt masuk skul asrama penuh..
    then boleh apply g jepun..
    tapi last2 kat kelantan jugak..huhu

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)