Followers

Saturday, May 2, 2009

Ganas Aku

Salam..

Ganaskah aku? Aku ganas? hoho. Entri kali ini bukanlah nak cakap pasal keganasan aku atau terrorist. Tapi nak promote satu game 2D online. Game ini coursemate aku yang perkenalkan. Tapi GForummer pun dah main game ni rupanya..Aku je jarang buka forum tu. hoho. Well, dah habis exam, apa-apa game pun aku nak main sementara kena pergi community service Isnin, 4hb ni.

Bagaimana hendak main game ini? Mudah sahaja.. First sekali, tekan link di bawah ini:

[Brutal!!!]

Isi lah nama yang anda rasakan sesuai. Then, boleh tukar 'appearance' anda mengikut kesukaan anda, begitu juga warna baju, kulit & rambut anda. Tapi, agak susah nak letak nama yang smart sebab dah banyak nama user guna. So, pandai2 lah anda ye.. Kemudian, tekan 'validate'. Kalau nama anda tiada orang guna, boleh la main...

Kemudian, anda perlu berlawan sebentar dengan kimkuro tuh.. Perlukah anda menekan keyboard, mouse atau joypad untuk berlawan? Haha. Tak perlu. Anda hanya perlu tengok jek..ye, TENGOK dan PERHATI betol2.. Kalah atau menang, anda tetap akan pergi ke 'cell' anda..cam kat bawah ni:


Seperti yang tertera, anda ada abiliti dan stat tertentu. Semuanya random. Abiliti atau stat anda yang akan dapat semuanya adalah random, mengikut luck anda. Jika anda berpuas hati dengan watak Brute anda ni, boleh la anda isi password kat dia, dan main lah dia... Untuk pertama kali, anda boleh enter ARENA, dan lawan sebanyak 6 kali.. Menang atau kalah anda tetap dapat experience point (XP). XP ini untuk anda naik level la..

Tapi, apa yang bestnya game ni? Takkan tengok dia lawan je kot? Hoho..explore lah sendiri. Bagi aku, game ni boleh tahan, sebab setiap kali lawan ada je senjata baru, atau pun abiliti baru yang boleh dilihat. Menarik le gak.. Main je la bila2 bosan.

Lawan!!

Lagi satu, anda boleh cari 'pupil' dengan promote le plak game ni kat rakan2 anda.. hoho. Dengan dapat pupil, XP anda pun bertambah..setiap kali pupil anda naik level, XP anda bertambah gak..

Inilah pupil2 aku..hoho

Terlupa pula nak maklumkan yang anda perlukan Adobe Flash yang latest untuk main game ini. Kalau flash anda dah lama, pergilah update ye..hehe. Dan semua golongan boleh main game ini, kanak2 ribena ka, remaja emo ka, pregnant woman ka, boleh je main..selagi anda ada internet + PC. hoho.

Game ini sebenarnya menjadi popular baru2 ini kat dunia internet...Baik korang main supaya tak dianggap sebagai ketinggalan zaman.hahaha.

Okay, ENJOY!!

5 comments:

  1. aku taknak maen...
    tapi aku tak ketinggalan zaman ok...
    hehehe

    btw...ko memang ganas pun..;p
    lalalalalal~~~

    ReplyDelete
  2. tak kira..
    kini terbukti ko ketinggalan zaman~~yeah!!

    ReplyDelete
  3. best ke???
    aku tengok cam game yang xleh save je........
    dia kira rpg gak ke???

    ReplyDelete
  4. hahaha..baru ko tau best.

    Peringatan!! - boleh menyebabkan ketagihan

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)