Followers

Wednesday, March 24, 2010

Gajet Yang Hampeh

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh.

Panjang mengeluh.

Kebelakangan ini, aku agak tensen dengan gajet teknologi yang aku miliki. Laptop, printer, mp3 player. Henset pun kadang-kadang suka bagi bengang jugak. Teknologi la sangat!

Pertama sekali laptop. (fyi, laptop aku bernama Compaq Presario F731AU)

Masa cuti sem dulu, burner laptop ni buat masalah. Sebagai salah seorang pengumpul citer (cerita), antara aktiviti mingguan aku adalah burn citer dalam dvd. Masa cuti, biasa la, digunakan untuk memaraton citer yang abundant dalam external tu. Waktu cuti tu, aku memaraton citer Smallville. Elok-elok dah burn (pakai dvd imation lagi tu), cek-cek dvd tu kosong je. Takde data.

Bengong.


Prinsip hidup aku - "Setiap masalah ada penyelesaian!" Lalu aku pun gi cari pakcik google & tanya member, aku dapati firmware DVD drive tu maybe kena update. Tapi malang, version aku nye tak available kat internet. Salah satu cara nak update pun, maybe kena cross-flash drive aku, pakai firmware jenama lain kot. Not TSST-Corp. Yang lain la. Samsung ke. Ntah aku pun sebenarnya tak berapa faham, buat-buat faham jek. Tapi kalo nak wat benda tu, ada risiko. Benda-benda berisiko ni aku malas. Kang takleh burn terus pulakk naya je. Last-last aku cek web HP, dia suh uninstall & install back driver. Aku wat. Dan boleh. Boleh la. Boleh burn dvd jenama HP jek. DVD-R. Oh sebelum tu aku dah terbeli 50 keping DVD+R imation. Rugi. Buduss.


Masalah terbaru laptop ni pulak adalah masalah sound. Sound laptop ni dah pandai buat magik. Sekejap ada sekejap takde. Hebat, kan? Oh, bez nye tengok anime (note: Kimi ni Todoke) tanpa suara!! Mula-mula ingat masalah speaker. Ok lah. Boleh beli speaker baru, or dengar je pakai earphone. Tapi setelah siasatan, ia bukan. Ia mungkin masalah windows Vista ni. Masalah explorer ntah ape benda. Disebabkan masalah ni datang, pergi dan datang balik, (magikk!!) so aku masih dalam dilema untuk memformat beliau.




Sebenarnya banyak sangat masalah laptop ni. Compaq Presario F731AU yang dotdot ni. Tak larat nak citer. Korang pulak bosan nanti. Kesimpulannya, JANGAN BELI LAPTOP HP COMPAQ!


Bila laptop takdak suara ni, aku nak dengar lagu pun tak boleh. Apatah lagi nak layan citer. Selalunya, aku akan cari alternatif lain bila berdepan dengan masalah. Alternatif aku untuk mendengar muzik: mp3 player. Untuk pengetahuan korang, mp3 player aku berjenama SAMSUNG YP-U3QB, Black Edition, 2 GB, dibeli masa second year, tahun 2008.






Masalah beliau ni rasanya dah lama jugak. Lebih kurang 2 bulan. Mungkin sebab aku dah jarang guna mp3 ni, so aku endahkan je masalah ni. Tapi sekarang aku perlu. Sebab laptop buat hal. Masalah mp3 ni agak remeh, tapi tetap mampu buat aku bengang. Samsung YP-U3QB ni, tak dapat didetect oleh laptop yang bengong. Apabila dicucuk ke USB port, beliau disconnected, then charging..padahal bateri dah penuh. Kalau takleh connect, camne aku nak transfer lagu2 baru yang aku nak dengar dari laptop ke mp3??



Masalah seterusnya adalah printer. Printer aku ni bernama Canon Pixma MP140. Aku ingat boleh save ink, so aku pasang extension ink tu, bayar pun lebih arr! Tapi bodoh saja, kerana ink tu tak berjalan2 ke catridge dari extension tu. Camne nak print??? Alternatif aku, curik ink dari yg ext. tu masukkan sendiri ke catridge. Cara aku berjaya bertahan selama 3 bulan, di mana sekarang catridge tu dah tak elok rasanya.

Kena tukar kot. Huhu.

Apa lagi, gajet teknologi apa lagi? Ha. Henset. Henset aku ni dah berkurun lama dari zaman matrik. Sony Ericsson K300i. Masalah utama beliau cumalah punyai joystick yang hensem. Kadang-kadang nak scroll down, dia pegi kanan. Nak gi kanan, dia tertekan butang 'yes'. Buat masa ni, aku masih malas nak tukar henset ni, sebab....malas arr!

Cukuplah setakat tu aku beremosi pada hari ini.

=(

P/S: Entri ini telah diedit kerana terlalu beremosi dengan perkataan tidak sesuai. lol

10:39pm, 24/03/10
chanz

Thursday, March 4, 2010

Okane

Sebab kau, orang sanggup menipu. Kau juga membuatkan orang sanggup mengkhianati orang lain, sanggup menyeksa orang lain, sanggup korup, sanggup itu dan macam-macam tak larat nak tulis dah. Bodoh, kan.

Apabila kau hilang dari tuan kau yang sebenar, kecoh satu dunia. Sebenarnya, salah tuan kau juga tak reti jaga kau betul-betul. Masuk hari ini, dah dua kali aku jumpa kau ditinggalkan kat Air Tea Amp. Boleh pulak tuan kau terlupa ambil kau. Nasib baik aku panggil tuan kau suruh ambil. Kalau tak....tuan kau yang rugi. Aku nak ambil kau pun serba salah jika waktu itu tuan kau dah menghilang la. Jadi maafkan aku jika kau dibiarkan. Sebab kau ini sangat sensitif. Untuk kali pertama pula, aku ternampak kau terbaring keseorangan di Air Tea Amp selepas aku menuntut kawan-kawan kau. Kau ini...kenapa lah kau berperangai macam tu. Oh tidak, patutnya salahkan tuan kau lah yang suka pelupa.

Kepada tuan-tuan kau yang suka tinggalkan kau, ingin aku minta izin ye, aku akan bagi kat orang lain yang memerlukan tiap kali aku ambil kau. Meaning ke. Hmm. Bagi kat Meaning le!

P/S: Peristiwa hari ini memang sangat-sangat amat mengecewakan!!!!!! Huh.
(Sampai salah tatabahasa BM aku, kalo cikgu BM sekolah aku baca, mesti dia marah! Kau ar punya pasal! LOL)

8:24pm, 04/03/10
chanz

Wednesday, March 3, 2010

Nothing Will Happen!!

Just now I answered the golf theory test. It only took me 10 minutes 49 seconds, though. Actually I want to make it to 11 minutes! Never mind that... lol.

Btw, take a look at this funny chain mail/message:

This is AMAZING! Foward this message on to 5 people and within 3 minutes NOTHING will happen!!!! I tried it TWICE and it worked BOTH times, absolutely nothing happened!!! THIS REALLY WORKS!! Pass this on, more people need to know.

LOL.

I lol hard at this message. I mean, it's like a sarcastic message directed to those people who love spamming at comment or email. Such message that asking people to forward it then something good will happen to them. lolwutz?

P/S: Back when I was a fourteen years old adolescent, I almost believe this shit. That time I was a naive boy. And yes, I'm still new to internet that time. Hahak.

12:20pm, 03/03/10
chanz