Friday, March 20, 2015
kiseki
kehidupan ini dipenuhi dengan misteri.
sering kali jua terselitnya keajaiban.
"oh tak sangka!"
takjub.
sesuatu yang kita anggap remeh seperti pertemuan.
pernahkah kita terfikir atau menyangka betapa suatu pertemuan itu boleh membawa kesan yang mendalam pada kehidupan kita?
impak yang besar.
dalam membuat setiap keputusan.
dalam mencorak pilihan
dalam mengejar cita-cita
dalam mencapai redha-Nya
pernah terfikir tak?
rakan sekelas misalnya, kenapa hanya beberapa orang sahaja yang akhirnya menjadi teman rapat?
sedangkan ada antara mereka jua serasi dengan kamu.
apa yang menyebabkan kamu terjurus ke arah individu lain?
what is it?
mungkinkah kerana ruang, peluang dan masa bersama?
pernah terfikir bagaimana rakan satu dorm, rakan serumah, rakan sekelas, rakan sekerja...
mampu menulis kisah hidup kita yang indah, yang ceria, yang gundah, yang pahit, yang pedih.
bagaimana seorang insan bisa membuatkan kita terkenang bertahun-tahun lamanya..
kisah kau dan aku
bagaimana seorang insan bisa membuatkan kita mengenal erti sifat "selfless"
bagaimana seorang insan biasa..
tak terdetik langsung.
pada mulanya
..untuk peduli.
sementelah, dialah di hati.
biarpun dia adalah cilik kecil yang menemani
biarpun dia adalah si Venus yang menemani
biarpun dia adalah jurang generasi yang menemani
biarpun dia adalah kekeliruan yang menemani
tetap keajaiban.
seperti dicoret oleh GReeeeN,
cukup hanya kerana kita bertemu,
itu adalah keajaiban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)