Followers

Wednesday, March 11, 2015

tentang puisi (kah?)


Hai.

Lama tak berblog.

Pembaca bisu blog ini ramai (baca: dari pelbagai golongan) bagi komen secara peribadi pada saya.

"blog sudah jadi blog puitis lepas grad"

"tak faham...puitis sangat"

"ada bakat..bila nak bukukan?"


Terima kasih kerana masih peduli akan blog ini wahai sobat sekalian.



Untuk pengetahuan, selepas graduasi, saya melalui beberapa fasa dalam kehidupan. Mungkin kalau dalam Lima Tahap Pendukaan (Five Stages of Grief) yang diterapkan dalam disiplin psikologi....ia adalah fasa "Depression".

Yep.

Apa reaksi kalian apabila saya membuat pengakuan sebegini?

Sesuka hati saya diagnos diri sendiri, ye?

Tapi itulah sebenarnya yang saya fikir telah terjadi pada diri. Saya tak rasa masalah sebegitu kita akan sedar. Maksud saya, ia adalah masalah psikologi yang hadir tanpa kita sedar.

Pernah sekali berlaku pada waktu malam, entah mengapa, entah dari mana, saya diserang perasaan yang...... Tak perlulah saya cerita apa jadi selepas itu. Cukup untuk saya katakan, it's the longest night in my life.

Kemuncak peristiwa.

Esoknya, selepas bangun tidur baru saya sedar akan hakikat.

It's like everything has become clear. What's wrong with me.

Funny.

Agak-agak apa intepretasi dan reaksi kalian apabila saya buat kenyataan sebegini rupa?

Ahahha.

Jangan bimbang.

Saya masih punya iman. Moga sentiasa kukuh harapnya.

Bagi yang mengekori blog ini dari awal, mungkin punyai idea apakah yang saya maksudkan. Ya, apa yang anda fikir itu mungkin, ya mungkin, antara faktor penyebab saya alami masalah ini. Salah satu penyebab okay. Bisa mengerti kiranya?

Jadi "puisi" karangan saya (jika boleh dianggap puisi lah) itu berkisarkan apa? Fiksyen semata?

Well, fiksyen bercampur realiti. Imaginasi.

Perihal ini sangat peribadi untuk saya coretkan di sini.

Cukup untuk saya kisahkan...

Ia adalah tentang individu yang membuatkan saya mengenal apa itu ertinya "bersama".

Saya tak kata seorang. Mungkin beberapa individu.

Mereka yang buatkan kita rasakan..

Istimewa. Bermakna. Penting.

Like you would do anything for that particular person. Anything.

But you could not.

Pernah terfikir untuk berjumpa shrink

Tapi? Tiada tindakan.

Oh mengapa saya berani untuk menulis coretan seperti ini kali ini?

Mungkin sekarang saya rasa saya telah beralih ke fasa terakhir.

Penerimaan. Acceptance.

Dah boleh let go harapnya? I guess.

Huh.

Moga takkan ada lagi entri "puitis" lah harap-harap!

I don't even feel like it (read: being poetic) anymore.

tbh, I never thought people were reading whatever I wrote here. Then..people were talking to you about your blog. Oh my Tony Tony Chopper..

Apa pun tak boleh.

Mata ne...


No comments:

Post a Comment

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)