Hari ni banyak benda aku belajar. Dan banyak yang aku deal. Mematangkan diri. Mendewasakan diri. Menunaikan tanggungjawab. Aku yang dulu mungkin tak dapat selesaikan masalah ini dengan sebegitu tenang. Aku yang dulu mungkin akan "escape", lari dari masalah. Ya. Betul.
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
So pagi tadi cam biasa pukul 7 pagi, aku bertolak pergi kerja. 7 tepat.
Oh lengangnya jalan. "Where's everyone?" I thought.
Aku pun bajet leh sampai 7.30 la Kelana Jaya..kalau hari biasa selalunya mengambil masa 40-50 minit. Trafik di KL camni la.
Oh salah jangkaanku kali ini. Nasib kurang baik.
Pukul 9.08am baru aku punch card!
Sebelum bertolak aku ada baca basmalah, selepas baca aku terfikir, well biasa la manusia. Ada je benda buruk pergi fikir. Sebab teringat abang ipar aku ada cek kereta hari tu, katanya clutch ada problem sikit. Tapi boleh lagi nak bawak dekat-dekat je.
Terdetik, sekejap je terdetik pun.
Ia bukan terdetik sebenarnya. It's like a flash. Flash forward mungkin. A sudden flash akan scene di mana kereta aku akan rosak masa memandu.
It's either I have a premonition ability or it's because of the law of attraction, that I attracted the bad things. Either way, I can digest; both theories. haha. This world is still full of mysteries right?
Nak dijadikan cerita, dalam setengah perjalanan, setelah melepasi roundabout airport Subang, dengan bergayanya aku nak pecut masuk gear lima.....................
"TKANGG"
"trett"
woi. awat takleh masuk gear ni. nakaram tekan clutch tak rasa pa lak ni. kejadah.........
Peliknya, aku cool je time tu. Kalau dulu aku akan gelabah bab* punyalah. Aku tau aku ni memang takda ilmu papa pasal keta ni, kena pi tepi jalan dah ni..
Nak masuk gear pa pun tak boleh, jadi free gear ja, seb bek jalan lengang aku pun tekan lampu emergency dan pi kat tepi jalan...
huhuuhuhuhuh
Macam-macam dalam kepala otak. Nak call sapa. This is not my place, I know almost no one.
Oh student lagi ada datang hari ni. Haiyaa. Kalau takda student, takda masalah sangat. Deal dengan klinik ja. Call abang ipar aku. sebab abang ipar aku tinggal lama sini so aku bajet dia kenal la sapa2 pomen. jiran sebelah rumah call aku. abg ipar aku la yg call dia. dia cakap takda pomen hari ni, suma cuti.
aku cool je. hmmmm.
call dietitian tempat kerja aku. dia visiting klinik lain masalahnya. student takda sapa handle la dah colleague aku balik kelantan. dia suh student gi klinik dia. call student lak. driver van bawa student takleh hantar la plak, dia taktau jalan. aku cool. biar dulu masalah yang tu.
call ayah aku tanya insurans keta. call insurans tak angkat.
dan akhirnya..jiran sebelah rumah call sekali lagi menyelamatkan keadaan. ada pomen!
pomen datang lagi 30 minit.
sementara tu, aku pun buat panggilan lagi kepada individu2 yang sepatutnya...staff nurse terlibat, lecturer terlibat. just maklumkan keadaan je. kena laporkan, sebab libatkan student dan patient.
serius aku cool je. takde la gelabah bagai. yang post aku langgar uncle dulu tu, aku gelabah gila.
Alhamdulillah...brader pomen bukan jenis ambil kesempatan. Baik. Siap bagi pinjam kereta untuk aku pergi kerja. Dan cadangan dia bagi semua bukanlah untuk menyusahkan aku..
Thanks bro..dan baru dapat tahu dia duduk kawasan rumah aku jugak.........
oh pasal student, setel. sumbatkan mereka dalam kereta dietitian tu. ahhaa....
gambar ni tertangkap masa nak call2 orang |
Agaknya aku cool sebab tak banyak kereta kot jalan tu. Kalau tak, gelabah jugak kalau orang dok tengok2, tak suka. Tengok bukan nak tolong pun. lol
.............................................................................................................................
Sebab itulah status fb aku suruh kenali jiran tetangga hari ni..ahha.. which I'm bad at. Baru 3 bulan kat sini maaa
Anyhow, SALAM MAAL HIJRAH.
No comments:
Post a Comment
would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)