Followers

Friday, February 17, 2012

Apabila Anda Terlanggar Moto Orang...


Setiap orang pun mengalami situasi ini dalam hidup. Sekali. ke.

Kemalangan.

Huhu...

Tapi bukan salah aku pun seratus peratus. Ye la kalau ikutkan undang-undang, kalau langgar je orang, memang kita salah. Tapi tak kira, ego aku mengatakan aku tak salah!

Okeh nak tahu camna kemalangan minor ni terjadi? Ia berlaku semalam, Khamis. 6pm camtu.

Aku tak pandai grafik, tablet pc pun takdo, nah tengok la lukisan pakai paint ni.



-----------------------------------------------------

Tersebutlah seorang jejaka kacak, beliau memandu pulang dari Pacific sambil pakai topi LFC. Nak tunjuk support Liverpool la konon kan.. (sebenarnya nak elak silau matahari). Dalam perjalanan pulang, tetiba dia sampai kat satu simpang ni.


Selalu jalan tu lengang je..Tapi jejaka ini miscalculated. Sekarang pukul 6 petang! Ini taman kawasan perumahan! Ada banyak sekolah! Argh! Ia secara tidak langsung membuatkan jejaka itu rasa kurang best.

Dan di depannya ada satu kereta putih dan dua moto di sisi. Mereka bertiga mahu keluar ke kanan. Aku nak ke kiri je. Tak susah sangat nak kuar. (malas ar pakai ganti diri "jejaka").




Ku sangkakan kau pergi, kau pergi.. bersama mereka~~ Tetapi.. (Dengan melodi lagu Dadali)


BANG BUNG BANG!  

Uish bunyi apa tu? Tengok depan....alamak..gua langgar orang da..





Aaaaaaaaaaa Mengapa ni terjadi??


Dah nama pun accident kan. Tak sengaja. Tak expect.

Sebenarnya, ini jalan alternatif dari jalan yang lebih busy..Siapa sangka jalan yang konon tak jem ni boleh membawa masalah lak..


siap sedia nangis minta maaf

Aku dah gelabah gila. Kang tetiba kena belasah lak. Tapi yang bawa moto tu seorang Uncle. Umur 50+.. Aku terus minta maaf. Blur dan blur. Takut. Tetiba ada polis peronda mai. Seb bek polis tu ok. Tanya nak buat report polis tak, aku cakap setel sini je la. Uncle tu pun okay je. Call my dad. Ubah kereta, ubah moto dia supaya tak kacau laluan jalan. Huh nasib baik ada polis ni..

Uncle tu calar lutut sikit. Moto dia ok je. Choke je rosak pon. Boleh start lagi. Setel kat bengkel je. Huhu..kereta aku lak..No plate depan habis hancur.. Malam tu lak ayah aku pakai, temperature kereta terus naik.. Rupanya sebab tempat penutup intercooler engine tu dah patah..pasal langgar tu lee..

Uhuu..

Berbalik pada sebab aku cakap aku tak salah seratus peratus adalah..aku langgar tu masa moto tu dah kat tengah jalan kot. Aku kuar slow je. Uncle tu arr. Dia lambat. Teragak-agak nak kuar. Moto dan kereta sebelah tu boleh je kuar. Cepat. Pas minor accident ni berlaku, aku dah tak nampak kelibat mereka berdua. Hilang.

Hmmpph!


Kata nasihat: Hati-hati di jalan raya ye kawan-kawan!