Followers

Thursday, May 7, 2009

Tag Wallpaper Desktop

Huh, baru balik dari Pusat Dialisis. Tengah syok2 pecut moto ada JPJ tahan pulak. Aku dah la anti betol kena tahan ni, sejak kena saman tak pasang lampu depan dulu. Seperti biasa, dia minta lesen moto & road tax. bagi je ar.. last2 dia tengok alamat rumah aku, bagitau dia duk Taman Harapan gak. la.....dia cam moto ni abang aku punya.. sembang2 sket pasal abang aku pastu blah.. susah gak ada abang nih.

Hari ini, aku interview dua patient..Chinese & Indian. soalan2 aku tanya sama jek. First, wat dietary recall, pahtu tanya la soalan2 sket.. Yang Cina tu cam rajin bercakap tapi yang India tu tak banyak sangat cakap. Apa yang aku leh simpulkan hari ini, patient tak begitu berpuas hati dengan layanan Nurse2 kat situ.. Kadang2 mereka rasa okay, kadang2 tidak. Hm...

Masing2 punyai latar belakang berbeza.. Ada hypertension. Masih bujang. Dapat bantuan SOCSSO. Blah2.. Petang2 cam bosan tak ramai patient. Aku pun minta izin nak balik awal sikit..hahak.

Dan hari ini aku nak jawab tag Lea. Simple jek.
Arahannya:
1. sila tunjukkan wallpaper di desktop anda.
2. ceritakan tentang wallpaper korang tue.
3. tag 10 orang...

Nampak ke? Seperti mana yang tertera, wallpaper aku ni merupakan gambar masjid di kala petang. Rasanya hampir senja waktu Maghrib. Ia adalah Masjid Rustem Pasha di Turki. Dan folder2 aku tu yang tidak terurus aku malas nak cerita..

Sebab apa gambar ini? Sebab ia mendorong aku pergi masjid..Insya Allah. Actually, aku ada download gambar2 architecture Islamic all around the world.. Sejak buat projek pasal Seni Bina dalam subjek Hubungan Etnik, aku start minat nak tengok architecture Islamic neh.. Cantik kan seni bina dia. Tapi malang, sangat kurang orang yang dapat mengimarahkannya. Cubalah kita sama2 imarahkan ye.. Aku pun sentiasa mencuba kalau berkesempatan..

Tag 10 orang? takyah le kot..


Choice and Decision

[Entri ini adalah tentang kisah hidup aku. Ia mungkin panjang tapi tak ler sepanjang jawapan MEQ. hoho]

Hidup ini sentiasa akan didatangi dengan pilihan. Pilihan makanan. Nak makan roti canai atau nasi lemak pada waktu sarapan. Pilihan membaca. Nak baca blog uncertainty ini atau blog ilmiah lain. Sepatutnya, kita yang putuskan pilihan diri kita. Akan tetapi, adakalanya, pilihan kita dipengaruhi oleh orang/faktor lain, sama ada kita sedar atau tidak. Aku sendiri, banyak memilih jalan yang aku tak pasti betul, sesuai ke tak dengan diri ini. Selalu orang cakap semuanya ada hikmah tersendiri..betul ke eh? mari kita selidik..

Dua jalan terbentang luas

Memula, mari flashback balik sejarah hidup aku. Ok..rasanya kembali ke zaman sekolah la. Sekolah rendah rasanya banyak pilihan ditentukan ibu bapa. Sekolah menengah yang aku rasa aku boleh decide sendiri jalan aku. Masih aku ingat lepas UPSR, dapat 4A lalu ditawarkan ke SMKA Nibong Tebal. masa tu aku taktau apa sangat pun. tengok abang dengan kakak pergi SMK Seri Perak. mungkin dah naluri aku..tak pernah nak ikut orang lain. aku pergi SMKA. taktau la..maybe aku tengok abang aku tu cam teruk sangat jek perangai kat rumah..aku pun taknak la ikut dia. dan memang bagus aku pergi SMKA. seriously. banyak yang dipelajari. itu la hikmah dia kot.

and then..lepas PMR dapat 9A..dapat offer pergi SBPI Gopeng. tengok ramai sahabat2 berbondong-bondong, berduyun-duyun seperti sekawan burung di langit mengorak langkah ke sekolah berasrama penuh yang kononnya lebih baik dari sekolah lama. tengok ada yang cam tertunggu2 offer, nampak sangat le dah tak sabar nak blah dari sekolah ni..bagi aku, sekolah mana pun sama jek. (ye ke?) apakah pilihan aku plak? aku stay. hanya aku dan 2 orang perempuan je yang dapat 9A masa tu stay..hohoho. masa form 2 sibuk dok 'fly', nampak cam tak suka dok sekolah tu, tapi last2 aku stay gak. pelik tol. actually ada sebab lain aku stay..tapi takleh le plak aku nak citer..bahaya2. hahak. it's just someone.

bila fikir balik, result SPM aku takde lah hebat sangat. aku admit subjek sains teruk. mungkin kalau pindah sekolah better lagi result? ye la kan..cikgu2 SBP ramai yg wat soalan exam dan mereka ada past year. tapi bagaimana dengan subjek Math? BM? aku rasa kalau pindah kemungkinan besar BM aku lak teruk..kalau tengok result rakan2 aku la..BM kantoi. pahtu takleh pergi oversea. hua3. last2 jumpa balik kat KMPP. hampeh. boleh kata rakan sekolah yg pindah ramai yg aku jumpa kat KMPP balik.

Seterusnya..apabila berada di KMPP. Rasanya dua tawaran datang. First, tawaran JPA Scholarship ke Jepun. Buat Diploma Engin 3 tahun. 2 tahun first degree. 2 tahun preparation. Total? 7 tahun... baru nak dapat ijazah!! Ayah aku dah bawa aku siasat betol2 pasal 'belajar di Jepun' selepas aku pergi interview JPA tuh. Pergi jumpa orang yg tahu la camna keadaan sana.
Point orang tuh:
Kalau you belajar sana, dan kerja kat sana, contoh buat syarikat sendiri. Baru lumayan dan berbaloi pergi sana. Bukan senang. Lagi satu, nak makan pun susah. Masak sendiri apa sumer. Kena hidup berdikari. Susah.
hoho. lagi la aku hepi dok Jepun lama2...!! haha. Masak sendiri? Berdikari? Itu yang aku nak! Tapi kerisauan tetap ada..bolehkah aku? Mampu ke? Preparation tak lepas kang..naya jek. ahak.

Ada seorang rakan yang gila komik cakap kat aku lak:
Rugi la hang.. Dapat Jepun taknak. Peluang tuh. Bagi kat aku bagus. Leh enjoy2 maen2. 5 tahun tu boleh maen.
haha. ye la tu. ingat pegi sana nak maen2 je ka.. yang ni aku tak rasa menyesal sangat. sebab ada pro & contra dia..(tapi kekadang ada terfikir gak bila tgh jd wapanese..)

kemudian, setelah beberapa minggu kat KMPP, dah rapat mesra dengan rakan2 matrik dan mula membiasakan diri dengan suasana matrik..aku dapat call di tengah2 kuliah kimia En Ibrahim (hoho ingat lagi nama cikgu).

Caller tu berkata:
Saya dari Pengambilan Pelajar Ijazah Perguruan Luar Negara nak offer kat encik Hakim, untuk subjek Matematik. Macam mane? Hakim ni memang minat Engineering la? Taknak jadi cikgu? Hm? Hmmmm?
Hahh? Masa tu aku ingat kan dia nak offer TESL. sebab aku pergi interview maktab TESL. matematik aku letak no. 3. aku cam blur gak masa tuh. di fikiran aku tidak mahu jadi cikgu cam ayah aku, dan aku tengah syok2 dok matrik. Engin tu aku tak minat sangat pun. kat fikiran aku masa tuh,

Camne dia leh tau pasal aku taknak jadi cikgu neh dan aku minat Engin? ha...aku rasa maybe masa interview ari tu...Camne ni eh.. Dah syok2 dok matrik ni..Ai...

Tak terfikir jawapan soalan dia pun. hahak. Namun, aku tetap berkata TAKNAK............ (lebih kurang camtu ar ayat aku) huhuhu. patotnya aku cakap bagi saya masa fikir dulu ke apa ke............. yang satu ni memang aku nyesal gile siot.........bukan apa. aku memang nak belajar lebih lagi pasal Mathematics ni.. memang aku minat. tapi...... aku taktau kenapa!!!! bengong gak....dah banyak aku terlepas peluang kan?

last2 aku stay matrik. datang USMKK. ambil dietetik. aku masih lagi tak pasti sama ada aku enjoy ke tak course ni. enjoy ke? adakah aku enjoy? tak pasti. tak kisah le. yang pasti grad cepat2. pahtu kerja le apa yang patut. dietitian ke apa ke. watever. just going on the process yang patut dilalui. belajar, learn, study, know more..apa yang penting? kerjasama! eh tak, yang penting cuba jadikan diri kita hepi..hoho.

Dan sekarang, kena wat praktikal pun. kena pilih sendiri tempat. Dah rasa bosan pulak pergi Pusat Dialisis. Rasa mungkin aku patut pilih tempat yang banyak aktiviti sikit seperti tempat senior, Hafiz buat dulu. At least, leh ronda2 Taiping ke.. Taktau le. Mungkin aku ni perlukan masa. Masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran. Tengok le dalam 2 bulan ni praktikal aku rasa camna..


Teringat karya poem The Road Not Taken oleh Robert Frost belajar masa sek men..tak ingat dah form berapa. tapi inilah sajak dia:

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Aku rasa aku sama cam Robert Frost. Mengambil jalan yang jarang orang ambil. Aku budak fizik, sepatutnya mengikut rakan2 mengambil engineering ke, fizik ke, tapi aku menyimpang jauh.. mengikut haluan sendiri. menjadi extraordinary. haha. teringat lagi masa study poem ni, aku fikir sangat panjang pasal poem ni. rasa cam mendalam sahaja mesejnya..

So, manakah jalan terbaik? Both have pro & contra...

Panjang tol berceloteh kali ni noh...Berilah aku kata2 semangat!!

Tuesday, May 5, 2009

Latihan Dietetik Komuniti (Ver. 1)

Salam wbt..

Aku rasa cam hendak menulis sesuatu pasal aku nye first praktikal ni... Ia digelar Latihan Perkhidmatan Dietetik Masyarakat. Sementara rakan2 Forensik, Biomed dan yang seangkatan dengannya berpoya-poya di alam cuti, kami budak Diet menimba pengalaman di alam komuniti... Sebab apa ver. 1? sebab aku rasa aku nak menulis macam2 lagi pasal benda ni kat sini..nanti senang sikit nak buat report. Just ambil dari sini~~~ Yeah!

Hari ini adalah hari kedua aku ber'komuniti'. Kami kena berkomuniti dari 4 Mei - 26 Jun. Berapa lama? Dua bulan da.. Nak habis cuti siot.. Dan aku, seorang diri, disebabkan alasan tertentu aku memilih berkomuniti di Pusat Hemodialisis, Simpang Ampat. Yang jauhnya. lebih kurang..hm, 30 km kot dari rumah aku..jauh doh. tapi cam dekat pun ada..maybe sebab dah selalu pergi Bukit Mertajam naik moto dengan member..rasa dekat le gak.

Nanti aku cerita sebab aku pergi tempat ni. Hari ini aku nak berseloroh merepek tentang apa yang berlaku selama dua hari kat situ.

Okay..kelmarin. Hari pertama. Pergi melaporkan diri. Pukul 10 kot aku pergi. Sebab hujan lebat pagi tuh. Ayah aku yang hantar. Jumpa En Mohd Noor, MA atau Medical Assistant tempat tu. Masih lagi dalam blur2, aku dibawa duduk kat bilik beliau. Aku bagi dia surat biru, surat melaporkan diri..dan aku nyatakan kat dia aku masih tak tahu nak melakukan apa di situ... dia pun cam takdak respons sangat.. maybe dia pun takdak idea nak bagi aku watpa.. And then, aku diperkenalkan dengan staf2 kat situ..nurse le sumer...

Semua beransur buat kerja masing2..hm..hari pertama..nak watpa sangat pun..aku duduk je la..tengok2 camna keadaan pusat ni.. camna mereka bekerja.. Dah la sakit perut plak.. hoho. Hari pertama ni aku rasa just banyak sembang2 dengan staf la. Camne pusat tu berjalan apa sumer...tak berani nak sembang dengan patient lagi doh...

Pesakit semua ada 53 orang. Mereka datang ikut giliran dalam jadual selang sehari. Contoh, kalau Mr X pergi Isnin, dia kena datang Rabu plak..sama ada pagi atau petang...Dia datang, buat dialisis selalunya dalam 4 jam sahaja..kemudian pulang ke rumah..habis.. Pesakit tinggal kat rumah mereka la..kebanyakan pesakit adalah dari sekitar perumahan Pusat Dialisis ni jugak. Justeru, aku tak dapatlah nak buat aktiviti sangat macam kat Rumah Kebajikan Orang2 Tua..

Hari pertama aku adalah sangat bosan..aku duduk jek..tak buat apa sangat..tengok2 mereka bekerja..baca paper entah berapa kali sudah dibelek... Dan terpaksa balik lambat tunggu ayah aku ambil. Rehat2 dengan En Noor tu boleh plak dia sembang2 politikus dengan aku..hohoho.. Cara dia cakap mengingatkan aku pada seseorang yang aku pun tak ingat sapa da...maybe cikgu aku kot..

Hari kedua? Sama sahaja bosan.. Aku pergi lambat gak..Pukul 10. Tapi aku ada idea sikit nak watpa la hari kedua ni. Sebab En Noor cakap kebanyakan patient takdak motivasi nak kawal pemakanan mereka.. Cakap macam mana pun tak boleh ubah katanya.. Tak pandai berpantang. Sebab tu dialisis mereka ada yang teruk jek.. Oleh itu, aku terfikir gak le nak wat dietary recall neh... Nak tau la apa yang mereka makan seharian kan? Baru aku leh kaitkan dengan masalah pemakanan mereka. dan hari ini, aku hanya interview dua orang sahaja...hohoho. Dua orang yang aku rasa bermotivasi la.. Kawal pemakanan. Nama mestilah confidential. hahak.

Kebanyakan maklumat aku dapat kat situ hanyalah informal..jadi tak berapa ingat da benda2 penting nak tulis sangat pun..Gambar pun aku tak tangkap lagi.. Aku nak tengok2 perhati dulu seminggu ni pusat dialisis ni..apa yang boleh dibuat kat sini.. Diet recall, lagi.......taktau sudah...Food Diary maybe.. FFQ.. tengok le macam mane....huhuhuhuhuhuhuuh

In 'nyesal' mood...

Saturday, May 2, 2009

Ganas Aku

Salam..

Ganaskah aku? Aku ganas? hoho. Entri kali ini bukanlah nak cakap pasal keganasan aku atau terrorist. Tapi nak promote satu game 2D online. Game ini coursemate aku yang perkenalkan. Tapi GForummer pun dah main game ni rupanya..Aku je jarang buka forum tu. hoho. Well, dah habis exam, apa-apa game pun aku nak main sementara kena pergi community service Isnin, 4hb ni.

Bagaimana hendak main game ini? Mudah sahaja.. First sekali, tekan link di bawah ini:

[Brutal!!!]

Isi lah nama yang anda rasakan sesuai. Then, boleh tukar 'appearance' anda mengikut kesukaan anda, begitu juga warna baju, kulit & rambut anda. Tapi, agak susah nak letak nama yang smart sebab dah banyak nama user guna. So, pandai2 lah anda ye.. Kemudian, tekan 'validate'. Kalau nama anda tiada orang guna, boleh la main...

Kemudian, anda perlu berlawan sebentar dengan kimkuro tuh.. Perlukah anda menekan keyboard, mouse atau joypad untuk berlawan? Haha. Tak perlu. Anda hanya perlu tengok jek..ye, TENGOK dan PERHATI betol2.. Kalah atau menang, anda tetap akan pergi ke 'cell' anda..cam kat bawah ni:


Seperti yang tertera, anda ada abiliti dan stat tertentu. Semuanya random. Abiliti atau stat anda yang akan dapat semuanya adalah random, mengikut luck anda. Jika anda berpuas hati dengan watak Brute anda ni, boleh la anda isi password kat dia, dan main lah dia... Untuk pertama kali, anda boleh enter ARENA, dan lawan sebanyak 6 kali.. Menang atau kalah anda tetap dapat experience point (XP). XP ini untuk anda naik level la..

Tapi, apa yang bestnya game ni? Takkan tengok dia lawan je kot? Hoho..explore lah sendiri. Bagi aku, game ni boleh tahan, sebab setiap kali lawan ada je senjata baru, atau pun abiliti baru yang boleh dilihat. Menarik le gak.. Main je la bila2 bosan.

Lawan!!

Lagi satu, anda boleh cari 'pupil' dengan promote le plak game ni kat rakan2 anda.. hoho. Dengan dapat pupil, XP anda pun bertambah..setiap kali pupil anda naik level, XP anda bertambah gak..

Inilah pupil2 aku..hoho

Terlupa pula nak maklumkan yang anda perlukan Adobe Flash yang latest untuk main game ini. Kalau flash anda dah lama, pergilah update ye..hehe. Dan semua golongan boleh main game ini, kanak2 ribena ka, remaja emo ka, pregnant woman ka, boleh je main..selagi anda ada internet + PC. hoho.

Game ini sebenarnya menjadi popular baru2 ini kat dunia internet...Baik korang main supaya tak dianggap sebagai ketinggalan zaman.hahaha.

Okay, ENJOY!!

Saturday, April 11, 2009

Get to know myself better, huh?

salam..

actually aku malas nak post apa2 dah lepas 'Selamat Berjuang' dan sambung balik lepas exam.
tapi takpe cam menarik plak tag azahiri ni. dah lama tak wat test2 personality nih..


Personality Test. Which type are you? Get to know yourself better.

1. Open this website.
2. Take the personality quiz.
3. Copy and paste the result into your blog.
4. Tag your friends.

The story is like this:
I walked along a path. Around me was a yellow corn field against a brilliant blue sky. I saw a mirror near my feet. I decided to pick it up. Then I walked along a lake. I found a beautiful antique key in the lake. After that I stumbled across a beautiful old stone castle. It looked interesting hence I walked right on inside and explored. Suddenly a spider jumped out. I was shocked and ran until there was a wall blocking the path in front of me. There is a door, but it's locked, so I looked through the key hole and guess what? There is a beach with waves crashing onto the sand!! hoho.. it is the end..

This is the result of the personality test:

Your view on yourself:

You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

komen: I lol at this.. cam kenal je ayat ni. sama je dgn test laen aku wat. hoho. intelligent is hakim after all. xD

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

komen: ade ke yang sembunyikan charm? hoho.. dunno.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

komen: ready to love yozora kanashi wo yamete yo neee..teringat lagu YUI lak..hahahak

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

komen: no komen..

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

komen: yeah. true, in some way. but maybe not..

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

komen: aku nak jadi manga-ka..aku nak jadi engineer..aku nak jadi mathematician.. nak jadi inventor.. xnah terpk pon nak jadi dietitian maaa.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

komen: hoho..try lah stop me!!! come on!! hahaa.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

komen: dont think so... sometimes i concern sometimes i just ignore about my appearance..

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.

komen: hoho.. is there anyone who can predict me? then this test is wrong.. ahak.


itu lah aku. aku dah kenal diri aku ke belom nih? dah banyak personality test aku wat kat tenet nih.. macam2 jek. mungkin betol dan mungkin salah gak. cam aku ni, cenderung menjawab soalan contradict dengan pilihan aku. cam blue sky n corn field tu. aku suka dapat tengok langit tapi tak suke ladang jagung pon. tapi pilih yg tu gak. so test ni mungkin tak betol. or mungkin sebab tulah, result aku camtuh. mungkin kot.

aku nak tag...sape2 ar yang nak jawab silakan.. encik din ke, lukman ke.. sape yang lom jawab lagi silakan.

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Berjuang


hm. takde pape.. just nak cakap

'SELAMAT STUDY!'


contohi Edward Elric yang penuh dengan keazaman nih. yeah. boleh!! (tak sabo nak tgk FMA 2..)

jangan malas2. nanti pointer teruk jangan ngadu kat aku plak. tak larat nak layan deh.

nak tengok movie ke men game ke, jangan ajak aku. nanti aku tak study lak. dah2. Jom2. baca lecture note punya banyak tuh. sapa nak wat study grup dgn aku? haha.

takde semangat study coba korang dengar lagu Brothers - Selamat Berjuang. takpun lagu pape yang naikkan semangat korang ar! kk. da.. jumpa lagi bila2 free~~

Monday, March 30, 2009

Serve me right...=<

Warning! Entri mungkin berunsur LOL atau mungkin juga memerlukan empati anda.
(go wiki if dont understand what i mean)


hm. cantek tak gambar ni? cantek kan. ni la gambar pintu gerbang. bercahaya kelap kelip bak bintang di angkasa. yeah. namun tahukah anda kisah di sebalik gambar ini? tak tahu dan nak tahu? biar aku cerita..

rakyat Kelantan patut tahu hari ini hari keputeraan sultan. dan sehari sebelum hari ni mereka juga tahu lampu2 di pintu gerbang kat jalan sekitar KB akan bercahaya terang gemilang menyinari alam buana. seperti dalam gambar kat atas. dan tahu apa yang mereka buat? mereka akan naik kereta dengan rakan taulan saudara mara lalu menyesakkan jalan. sangat sesak. jammed. sesetengahnya berhenti di tepi jalan bertujuan hanya menangkap gambar. sesetengah mungkin nak pegi majlis2 sambutan ni. sesetengah mungkin ada yang nak balik kampung. well, balik kampung.

and, thanx to the kemeriahan, aku terlepas bas. betool. aku terlepas bas. tak caya sudah. bertolak dari USM kul 9.15, sampai Langgar kul 10.07 pm! bertambah tensen bila tahu bas yang kuar masa kereta baru masuk stesen tu lah bas Butterworth. tak guna. si driver kereta dah bertolak pegi. ape lagi ku mengejar bas itu sepenuh hati (jalan je pon..) tapi tak sempat. tak larat nak kejar dah. huhu. lalu ku rehat di tepi jalan dan tunggu kereta datang mengambil kami lalu ku mengambil gambar pintu gerbang yang cambez tuh..

huhuhu..

dan inilah dia. burn tanpa guna api. rm34. yay, damnit.

nak tahu kisah versi lain. pegi tengok blog the future. blog masa depan yang tak boleh meramal masa depan pon......dia cakap nak post gak

(haha, and pity you...?)