Followers

Showing posts with label smkant. Show all posts
Showing posts with label smkant. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

kisah camping


So..I went for camping last two weeks. Here just pieces of the story about the camping, from my perspective, observation and experience there. Actually, this is just like a journal report. Diary. Whatever it is.


Date: 26-27.7.11
Venue: Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang
Activity: Jungle trekking, camping, bbqing, mandi pantai, tuju kasut, photoshoot, sesi luahan hati, fishing

(tengok aktiviti2 nya pun dah terkesima?)

Monday, December 14, 2009

The Lost World of Penang

[Aku jarang post pic aku kat blog. So...sotong ar, bak kata Thien]

Aku berjalan-jalan lagi. Kali ini aku dan rakan-rakan menjelajah ke Taman Negara Pulau Pinang. 21 tahun tinggal di Penang, tidak pernah aku tahu wujudnya Taman Negara di sini. Ibu bapa aku pun tak tahu. Sapa yang tahu?

Disebabkan tiada siapa yang tahu akan kewujudan hutan ini, maka sesuailah aku namakannya "The Lost World of Penang". Hahak.

Antara aktiviti2 yang telah aku lakukan, berjalan-jalan di kanopi sepanjang 200 meter. Tapi tak tinggi mana pun. 200 m pun sebenarnya dia pusing2 pokok meranti melantai je.

Setelah hampir sejam ber'jungle trekking', akhirnya kami tiba di destinasi - Pantai Kerachut. Apa lagi, BBQ, pasang khemah, main bola, blah2..dan MANDI.

Jam menunjukkan 6 petang. Apa lagi, balik ar. Bukan nak bermalam pun sebenarnya. Ahak. Balik lambat2 kang hujan naya je.

Semasa perjalanan pulang ni, dah nak maghrib dah pun, berlaku peristiwa mistik sikit, yang ramai gak antara kami yang menyedari akannya. Tak tahu la betul2 mistik atau sekadar angin je. HUa3. Tapi aku pun ada rasa sesuatu. Sesuatu yang tak pasti. Hoho.


Milik bersama siapakah?

Menarik lagi tempat ini, sedang aku jalan2 di pantai aku terjumpa sesuatu!


Ada seorang bernama "chanz" di pantai itu. Taktau la sapa..

P/S: This post is just me trying to be open to public. But then I realize it was stupid and immature. Although the pics are actually nothing. By the way, just for clearance, there were no scandal pics here for those suddenly happen to click this link. lol
edited by chanz 17/02/10

Tuesday, December 1, 2009

Reunion

Reunion. Semalam, 30/11/09, kawan-kawan sekolah aku buat reunion yang agak grand ar. Ex-SMKANT batch 01-05. Bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort. Malas nak cakap banyak. Tengok ar gambar



logo reunion di banner


kami semua


happening gila. lompat!



yeah. posing2..



Memang seronok dapat jumpa balik member2 sekolah, yang mana kami menuntut ilmu bersama selama 5 tahun.

Walaupun tak ramai yang dapat datang, dengan pelbagai alasan yang boleh diterima dan tidak, bagi aku, aktiviti reunion kali ni memang best. Bak kata Don, "rugi sapa tak mai". Hahak.

Lepas ni, lagi 5 tahun maybe kami akan buat balik. Semua maybe dah ada keja/kahwin apa suma. Insya Allah. Lagi best rasanya. Hoho.

Monday, July 27, 2009

Bahasa Merepek Manusia

Gambar takde kena mengena dengan post ini. lol

Korang mesti penah sekolah kan? haha. Apa punya soalan. Takde pape. Hari ni aku nak kongsi satu benda dengan korang. Masa korang sekolah dulu, ada tak perkataan2, bahasa2 yg korang selalu guna, dan ia seakan menjadi trend kat sekolah? Well, I did have that kind of trend.

Ketika di SMKA Nibong Tebal:

deret - selalu, mesti jadi lagi
Contoh:
deret aku asyik dok sebelah hang ja kat kelas!

kejap
- power, ketat, buat benda cam perfect je (selalu guna utk perli2)
Contoh:
gila, memang kejap ar budak ni! [or] tak kejap lagi tuh hang tutup bekas tu

... ma cukup!
- ni org penang je pakai kot, mengakhiri ayat dengan "ma cukup", cam nak kata sesuatu tu hebat la, cam2 surprised, or ayat penegasan
Contoh:
ari tu aku gi pasar malam jumpa awek hang tak pakai tudung, ma cukup!

fly
- terbang di angkasa, eh bukan. ia bermaksud "gi blah kuar dari asrama tanpa kebenaran" aku suke fly dulu2. hahaakk. yang ni lebih merujuk pada term.

skema - yg ni rasanya ramai tahu, selalu merujuk kat pengawas2 yg bajet baik, bodek cikgu je lebih sebenarnya

mandom - main dalam dorm. bagi mereka yang tidak aktif, di kala orang lain di padang pada waktu petang, mereka duduk dalam dorm. (i'm one of them. lol)

sodom - solat dalam dorm. ini merujuk kepada mereka yang malas, suka ponteng pergi surau. selalunya solat Subuh. Yang bestnya sapa kantoi kenalah rotan oleh warden.

Waktu di KMPP:

cekang - ni lebih kurang sama cam kejap, boleh kata transformasi perkataan kejap sebab aku jumpa perkataan ini kat matrik
Contoh:
gila cekang budak ni! 4 flat siott!

tak boleh blah
- buat benda2 yang konon2 bagus atau luar dari kebiasaan, walopun sebenarnya si pengguna saja2 guna tanpa tujuan. aku pun tak tahu la apa yg dorang nak blah/belah. Si Ayie suka guna.
Contoh:
tak boleh blah ar mamat ni, buat terer lakK!

..doh!
- mengakhiri perkataan dengan "doh". aku rasa asal perkataan ni adalah dari English, "though". Yang ni aku perasan Huzai suka guna.
Contoh:
aku maen game tak tido doh!

mantopp! -
mantop atau mantap ni sebenarnya pengaruh dari ayat Ustaz Zamri dalam rancangan Mari Mengaji. Yang ni Baem selalu guna, panggil aku "wei budak mantopp!"

cucuk
- bukan cucuk guna benda tajam, tapi gi cucuk duit.


Kini, USM Kubang Kerian:

aduhh - ni Syakir selalu guna, Lukman pun suka2 gak cakap

sedeh aku/ sedihhh../ sedih ar camni - ni cam ayat2 pasrah, walaupun sebenarnya tak sedih, individu tu hanya nak mengekspresi rasa kecewa beliau

koya - perasan

poyo - buat benda cam bagus

powerr! - Wali suka gune

entah - Din suke gune..har3

tuu arr - Phang suke gune. Ayat ni aku pun penah dgr masa sekolah dulu

bajet arr - konon2 terer ar tuh. Mawi suka guna

sedut - copy citer

senget - Syazwan suka guna. Benda tak senget pun disengetkan.

Yang terakhir sekali,

LESTARI - USM SUKA GUNA!! HARHARHAR

Perkataan2 ni sebenarnya membawa maksud lain, tapi student suka-suka guna untuk istilah lain. Yang pasti perkataan2 ni budak laki je selalu guna, aku TAK PASTI dengan budak pompuan. Well, bahasa korang maybe laen waktu dulu2. Dan ini yang aku ingat je, kalo korang ada lagi leh la tambah ataupun bila aku teringat boleh la aku edit balik. har3. lol

P/S: adeh. teringat pulak member2 sekolah & matrik. huhu. ni yang nak bersentimental ni.