Followers

Saturday, December 27, 2014

you made me smile again


Dalam hidup ini, jodoh dan pertemuan bukan kita tentukan. Ada yang memberikan impak mendalam pada diri untuk sekian lama. Sukar untuk dilupakan. Ada juga yang hanya datang dan pergi dari ingatan begitu sahaja. Seiring waktu dan jarak, individu tersebut mungkin disangkakan pergi dari ingatan, hakikatnya ia masih kekal di situ. 


Oh and you, were the former.

....... 

Seperti biasa, hujung minggu aku akan habiskan aktiviti dengan berlari. Kali ini aku ambil keputusan berlari di kawasan yang berbukit. Trail running. Seorang diri. Selama 15 tahun beginilah tabiat dan rutin aku. Ini adalah caraku tersendiri luangkan masa untuk diri sendiri. Anak dan isteri memang faham.


Pagi-pagi begini kebiasaannya tak ramai orang.

Ada lah dalam 10 orang. Denai yang luas memudahkan untuk aku berlari memintas orang di depan. Mereka biasanya datang untuk mendaki sahaja. Jalan agak landai juga membantu.

"Go bro go!!"

Hehe thanks anak muda.

Thumb finger dinaikkan. Isyarat memberitahu mereka, abang yang berumur ini masih kuat.

Agak basah dan licin. Semalam hujan agaknya. Ataupun ada gerimis subuh tadi.

Setelah memintas orang-orang di depan, akhirnya aku di depan.

Seronoknya rasa berada di depan. Nafas lebih baik. Tidak perlu berkongsi oksigen. Tidak perlu menerima ekstra karbon dioksida mereka. Now I can breathe better.

Peluh semakin berderai jatuh. Kaki mula terasa panas. Petanda baik. Tiada masalah itu semua. Yang dinanti adalah apabila dapat bersatu dalam kehijauan semulajadi. Alam indah ciptaan Ilahi. Menakjubkan. Nikmat dunia yang jarang kita hargai.

Ahhh segar.

Hilang resah. Hilang segala masalah di pejabat.

Oh masalah. Staf muda yang baru yang semakin kurang nilai-nilai murni. Kurang hormat pada yang tua. Malas dan tiada inisiatif berdikari. Tidak kompeten. Penat sungguh. Aku sungguh penat menegur mereka semua.

Dan juga masalah anakku yang remaja yang hanya tahu memberontak.

Sedang aku nikmati alam hijau, tanpa aku sedari ada seseorang berlari di sisiku.

Menoleh ke kanan.

Seorang lelaki muda, rasanya dalam lingkungan awal 20-an, memakai dri-fit Salomon oren, berseluar 2XU panjang.

Nafasnya agak heavy. Tapi sekata. Peluh melitupi muka.

"Assalamualaikum pakcik.."

Dia senyum. Aku senyum dan jawab salam. Jangan la panggil pakcik. Aiseh. Baru 40 tahun umur "pakcik" tahu.

Persepsi melihatnya pada mulanya seperti dejavu. Tak dapat dijelaskan namun beliau kelihatan familiar.

"Tak pernah nampak pakcik kat sini."

"Oh saya memang jarang datang sini."


"Patut laa tak pernah nampak. Saya selalu lari kat sini."

"Oh ye ke. Ni nak lari sampai ke mana ni?"

"Haha. Sampai ke gym atas tu je. Kawan-kawan saya dah sampai dulu tinggal saya. Tak guna betul. Tadi kami datang sekali, and then saya pergi tandas dulu bawah tu, lepas tu dorang dah hilang. Tinggal la sorang-sorang. Ahahah"

Doesn't look like he mind being left by his friends.

"Kawan awak tahu awak hebat boleh kejar mereka, sebab tu mereka pergi dulu... kan"

"Haha..mana ada saya biasa je. Eh jap ye. Ada sampah."

Aku mengikut rentak beliau berhenti berlari. Baru perasan beliau ada menggalas beg. Beg camping tetapi kelihatan ringan seperti tiada barang di dalam. Aku ikut mengutip sampah sekitar.

"Orang bandar ni tak ramai yang boleh hargai alam semulajadi. Saya memang selalu lari bawa beg semata-mata untuk kutip botol-botol dan plastik ni. Mungkin saya asal kampung bukit yang jauh dari bandar, sebab tu rasa lebih sayang akan semua ni. Terkenang kampung halaman. haha."

Di saat itu, dejavu yang datang bertalu-talu. Seakan pernah berlaku. Situasi begini.

"Pakcik nak air?"

Senyuman ikhlas beliau sedikit sebanyak menyentuh hati nurani aku. Di saat itu, segalanya seakan jelas. Mengingatkan aku akan pengalaman aku suatu masa dahulu ketika di umur beliau. Ia muncul kembali.

Yeah. I know now why he looks familiar.

"Pakcik okay lagi ke? Jom ah lari sekali. Saya bosan ni"

"Haha okay je. Orait gak tu. Cepat la sikit kalau saya ada, leh tolong kutip sampah kan."

"Hahaha!"








You've made me smile back then. And because of you, I learned to be becoming a better person. How grateful I was to be fated to meet you. You've shown me happiness.

And today, after a long forgotten time and years...

you made me smile again.

......









































"Awak asal mana?"

:)




No comments:

Post a Comment

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)