Followers

Sunday, June 27, 2010

Reviu Merepek: Kapoww Atoi The Ajaib Boy

Haiii! Apa khabar semua?? Haa... Hari ini Kak Jah ada satu bende nak citer kat korang sume. Nak tahu citer ape?? Citer Kapoww: Atoi The Ajaib Boy yang tengah tayang kat pawagam tu haa!! Nak dengar tak??? Ok mari Kak Jah citerkan ye.... (Sila baca dengan nada Zizan Raja Lawak) =p


Hari ini saya pergi tengok wayang. Kat mana? Kat pawagam GSC. Dengan sapa? Bukan dengan awek okay. Citer ape? Citer Melayu. Kapoww: Atoi The Ajaib Boy tajuk die.


Jujur saya katakan, saya tak minat citer Melayu!!!! (with exception to some; if Kabir Bhatia/Afdlin Shauki the director, for example) Tapi hari ini saya buat ajaib (ajaib boy!) sebab pi tengok citer ni. Ok, alasan saya nak tengok citer ni sebenarnya adalah sebab pelakon nampak cam leh harap - Zizan, Afdlin Shauki. fyi, sepanjang minggu ni, saya dok layan siri TV Spontan. Buat yang tak tahu apa benda Spontan ni, boleh klik kat link tu.


Antara artis yang menyepontankan diri dalam siri ni termasuklah Zizan, Afdlin Shauki, Douglas Lim & arwah Din Beramboi. Ok, saya suka tengok Spontan. Especially part si Zizan jadi mangsa permainan Demonstrasi. Sakit perut gelak weyh! Zizan ni kira antara artis faveret saya lah dalam Spontan ni. Maka dengan itu, saya pun pergi le tengok citer Kapoww lakonan Zizan & Lisa Surihani ni..


RM9 bayaran masuk. Then masuk hall. Ada satu barisan je orang. Aikk?? Ramai ni je ke?? Budak2 je lak tuh? Haha...Lantakk le..layan2..


Intro citer pada mula agak menarik, dia mulakan dengan gaya penceritaan macam Star Wars. And then..dia jadi macam komikal sikit. Macam komik. Ada dialog box apa sume tuh. Dia punya video kualiti pon macam cantek jugak. Efek pon okay. Elektrik2, meletup2 punya efek sumer tu kira nampak smart gak arr. Tapi....alahai. Jalan citer. Sangat simple. Tak payah guna otak pon tengok citer ni. Dengan lakonan terlalu ngarut. Mereka 'cuba nak wat lawak' dengan berlakon jadi bodo2. Tapi mereka silap. Bukan itu yang akan buatkan orang ketawa. Aduhai General.. Apehal ko macam tu?? Si Astromen Wau Bulan lak tak abeh2 dengan gaya pondan dia, usik2 rambut/kuku la..Aiyarkk.. I'm not amused at all la..


Walaucamnapon, saya suka tengok lakonan si Zizan. Ekspresi muka yang dia buat - ketika sedih, kerek atau menyesal nampak real gak. Scene Atoi dengan Mak Jah yang sedeh2 tu, kalo dibuat dengan betul boleh buat orang feel gak o. Mungkin sebab kehadiran 'superhero2' yang pakai topeng/kostum bodo kat sekeliling membuatkan orang tak sempat nak feel.


Lisa Surihani lak dalam citer ni berlakon cakap Perak. Lucu benor le bunyinye. Tapi saye tak pahe sangat le....hoho. Jadi saya takleh nak gelak. Kalo si Awie lak berlakon kecek Kelate. Hok ni kawe pehe...haha.


Mungkin citer ni hanya sesuai untuk budak2. Tapi masalahnya, budak2 ada duit ke, boleh ke gi tengok wayang?? Melainkan mak bapak yang bawak depa gi tengok. Tak paham aku apa motif penerbit wayang kat Malaysia ni terbitkan filem. Huhu..


P/S: Korang yang rajin pi wayang tu, perasan tak apsal sumernye ada Lisa Surihani?? Lagenda Budak Setan la, Zoo & Kapoww ni...


10:13pm, 27/06/10
chanz