Followers

Sunday, November 30, 2014

karappo #2



aneh.

jika sebelum ketemu dengan kamu, aku peduli sahaja akan dia.

suka itu ada.

sayang itu ada.

tetapi mungkin tidak sekuat sayangnya pada kamu.

ya.

walaupun singkat kita bersama.

walaupun tidak kita mengerti bahasa kita.

walaupun aku cuba, tika itu, jarakkan diri.

hanya kerana aku takut.

takut aku cinta.

hei, siapa mahu ku bohongi?

kamu yang begitu, tidak mampu aku jauhi.

kamu yang begitu, sungguh istimewa.

kamu yang begitu, kepingin ku bersama.

hanya kamu.

dan,

saat kita menjauh.

hari demi hari.


aku rasa kosong.

kosong di hati ini.

sungguh.

aku cuba.

cari cara untuk mengisi ruang kekosongan.

susah. payah. 

dan dia, oh dia.

mahu pada ku.

namun aku tak bisa.

dia tidak mampu isi ruang kosong ini.

walau bagaimana aku cuba untuk lupakan kamu,

walau bagaimana aku cuba untuk izinkan dia,

tidak.

aneh. 

sungguh aneh.

hakikatnya, sebelum kamu, ada yang lain di hati ini.

setelah kamu aku kenali, si lain itu umpama menghilang.

hilang pergi dari hati ini.

cebisan demi cebisan.

sedangkan waktu yang lain itu mula muncul kembali,

ia hampir sama waktu aku bertemu kamu.

namun setelah kamu di hati, yang lain itu bukan lagi.

oh adakah kerana hanya satu sahaja mampu berada di hati?

wahai kasih, wahai sayang, wahai cinta.

mengapa ia datang tidak ku duga.

mengapa ia datang tidak ku pinta.

mengapa ia hanya sementara.

mengapa akhirnya buat ku terseksa.

aku tahu, cinta yang satu hanyalah pada Yang Esa.

aku tahu cinta ku rasa ini kurnia Yang Esa.

aku tahu semua ini bukan milikku.

milik Yang Esa.

hanya mampu berdoa.

kamu sejahtera.