Followers

Sunday, March 17, 2013

Teruskan!

Haha~

#terjemahanlirik
#fun.
#carryon



--------------------------------------------------------------------
Oh aku terjaga akibat riuh rendah,
rasa seperti belati menusukku macam tengah gaduh buku lima.
Aku lihat botol wain di tangan kau.
Jemalamu bawah langsir
Jiwa rasa bagai *4 Julai

Madah mu, "Kita bukan, bukan bintang gemerlapan."
Ya aku tahu. Tiada ku bilang itu

Walau ku tidak pernah tempuh derita sebegitu.
Telah ku tutup pintu-pintu agar tidak kau kenang kisah silam.

Andai kau sendirian dan tak ketahuan,
Atau seperti batu sedang karam.
Teruskan!
Biarkan masa silam cuma runut kaki mu
yang berpijak di daratan.
Teruskan!

Teruskan, tabahlah!

Aku lepak dengan rakan-rakan tengah malam buta
Di bar hampir jalan 75
Kita bicara, borak akan orang tua kita,
jiran tetangga dan bini-bini.
Semua kan mati.

Tidak, aku tetap fikir aku akan terlepas dari nya.
Supaya dapat ku kecapi waktu ku tersia-sia
Alangkah bagus pabila aku mati
Ku tak terbiar, berlegar-legar di jalan ini
Aku bukan siluman
Seperti kau pada ku

Ho
Kepalaku bergeliga tapi tidak kakiku
Biarlah, ini badan aku
Lempar selubungmu ke lantai
Tutup pintu, genggam telefon itu
Buktikan pada ku tiada siapa
mampu halang kita malam ini

Kerna kita
Kitalah bintang gemerlapan
Kita perkasa
Kita adalah kita
Sungguhpun dalam gelap
Biarpun berjauhan
Mentari kan hadir
Tetap kita jumpa jalan pulang

Andai kau sendirian dan tiada hala tuju,
Atau seperti batu makin tenggelam.
Teruskan!
Moga masa silam hanyalah runut kaki mu
yang berpijak di daratan.
Teruskan saja!


(*Hari Kemerdekaan warga Amerika)
---------------------------------------------------------------
sumber lirik: azlyrics