Followers

Tuesday, July 21, 2009

Kategori Pen'donlod'

Tahukah anda dalam dunia ni ada berapa kategori pen'download'? atau dalam bahasa suka2 kita, DONLOD. Tak tahu? Meh nak bagi anda tahu.


Kategori Pertama: Taksub dan pulun, hardcore gitu

Pendownload dalam kategori ni tahu segala-galanya pasal internet. Software. Movies. TV Series. Anime. Games. Semua dia nak download. Asal kuar je file2 baru kat internet, mesti dia dengan pantasnya download. Torrent? mIRC? DDL? Forum? RS Free Premium Account? Sumer dia pakai. Hacking? Terer yang amat. Aku taknah jumpa lagi mamat macam ni. Korang pernah jumpa? Atau korang jatuh dalam kategori ini? Tepuk-tepuk mouse tanya hardisk ada space ke lagi. Golongan ini sama seperti kucing yang pulun kat bawah ni:





Kategori Kedua: Usahawan yang tak berjaya-jaya

Dia download dengan satu tujuan. Ingin berniaga. Dia tidak kisah akan kualiti video tersebut atau kebolehgunaan dan keselamatan (trojan!!) software tersebut. Asalkan dia dapat jual pada pelanggan yang nak tengok citer-citer latest dengan cepat. Bukan dia guna duit pun download citer tak berkualiti tu. Janji ada orang buduh nak beli. Dia berpegang dengan prinsip di bawah:


Kategori Ketiga: Hobi di masa lapang

Baginya, mendownload merupakan satu hobi. Kalau tak main bola, dia mendonlod ler. Bosan2 baca lecture note tuh, boleh la dia lurk, usha2 website untuk donlod citer ke, game ke, lagu ke. Dia tahu bagaimana nak donlod dengan selamat. Bagaimana nak pilih file berkualiti. Term2 macam fansub, DVDRip, R5, TS, DDL, torrent sume dia tahu. Tapi dia tak terlibat dalam geng2 yang mengupload. Keje dia donlod je. Tak reti nak share pun. Kadang-kadang dia upload gak la file2 kecik2 cam lagu. Dan dia juga sentiasa mengharap kolej dia mempunyai server sendiri macam Uniten, UIA. Takpun internet nye laju cam MMU. Hehehe..Lagi senang dia donlod citer macam2. Web-web kat bawah ni sumer dia tau.



Kategori Keempat: Pendonlod ringan

Budak ni tak tau apa. Dia tau la donlod sket2 lagu. File2 kecik2. Golongan ni memang perlu respek. Sebab dia tak kacau line wireless universiti dengan donlod file berat2. Dia pun tak minat sangat pasal donlod mendonlod nih, buang masa kata dia. Baik dia donlod journal2 lagi bagus, ada gak faedah dapat ilmu2 baru. Kalau nak tengok citer ke, software ke dia pegi beli sendiri, original punya!!



Kategori Kelima: Haprak. Pemalas. Kambing

Dia tak suka donlod. Apa yang dia suka? Dia suka minta-minta kat orang lain,
"wey ada citer baru tak, ada movie ke anime best2 tak? Nak2, nak copy..!"

Bukan reti nak donlod sendiri. Bukan lah taknak bagi. Boleh bagi. Tapi kadang2 menyusahkan orang lain, suruh orang lain donlodkan untuk dia. Tak bayar lak tuh. Penat2 PC on lama2, penat2 tangan klik2, penat2 mata tengok2 skrin. Kena bayar tuh! At least donlod la sama, share2 antara satu sama lain, bahagi2 kan link, sama2 tolong donlod ke. Ini tak. Mengharapkan orang je. Malas. Cam sloth kat bawah ni. Gayut kat pokok je keje.


Macam mana produktiviti nak meningkat? Kalau tak reti, tanya la, boleh ajar. Ni nak belajar pun taknak. Ish2. Kalau sama2 donlod, kan dah banyak citer boleh kongsi~~ hehehe.


JADI, sekarang anda semua jatuh pada kategori mana ye??


Itu sahaja kategori pendonlod yang aku rasa wujud kat dunia ni. Ini merupakan pandangan diri aku sendiri. Melalui pemerhatian aku. Jangan ambil berat sangat entri aku nih. Har3. lol

9 comments:

  1. aku katogeri ke4..

    pandai donlod lagu jer...

    huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha~
    aku no.4..kdg2 no.5 k0t..hua3..
    tp..abg n adek2 aku kategori no.1...
    siyesly..
    lalalalala~

    ReplyDelete
  3. aku kategori yang last skali....
    haha!! sebab tu kadang2 segan gak nak mintak cita ngan orang lain.

    ReplyDelete
  4. aku no3 (hehe tp cuma link yg dibenarkan encik fortinet).xleh gtau.yg semestinya aku no.4 dan leh jd no.5 jgk.tgk keadaan la cmn.haha

    ReplyDelete
  5. heh, menarik.........
    aku no 3..........
    memang aku reti download je, upload tak reti langsung.........
    maklumlah, aku ni guna single link..........
    dah ada link untuk download, batpe nak upload kan???
    lainlah kalau guna torrent.......
    hak3.........

    ReplyDelete
  6. gua pendownload dan jua penupload lagu .. haha !!

    malas mau ambik movie la .. malas tunggu ^^

    ReplyDelete
  7. reen kategori pendonlod ringan..hahah..kdg2 kategori yg last pon ade gak..malas donlod cndri n suh org donlodkan..weee ^__^

    ReplyDelete
  8. naseb baek kat sini takde kategori DUA..hehehee~~ cuba2 lah jadi yang KETIGA ye..

    ReplyDelete
  9. aku kategori downloader hardcore...haha...

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)