Followers

Thursday, February 18, 2010

Cuti Mid Sem Saya

[Kisah ini sangat panjang dan membosankan. Sila baca ketika bosan atau jika anda mahu menjadi lebih bosan.]

Hari ini hari khamis. Dah lima hari saya cuti. Pada mulanya, rancang nak buat assignments waktu cuti. Nak pergi interview premis makanan. Nak buat NCP. Nak mantapkan buku kecik. Nak itu dan ini.

(Budak diet je yang faham benda alah ni. Yang lain buat-buat faham sudah, ok!)

Penat-penat bawa balik semua lecture note dan assignments. Tapi semua assignments tersebut tidak dilakukan. Saya pun tak tahu kenapa. Op. Mungkin saya tahu. Laptop lah punya pasal.

Kisahnya macam ni. Sampai sahaja di rumah, saya dapati bilik saya berselerak. Biasa la, bilik tu dah dibiarkan selama dua bulan. Tambahan lagi, rumah saya ni dah jadi rumah babysitter. Maka, petang saya sampai itu juga, saya mengemas bilik. Sapu sawang, cuci kipas. Semangat betul mengemas. Kemudian buka laptop, tengok data-data punyalah berserabut. Dekstop serabai dengan file-file berformat .txt. Kedua-dua partition local disk C & D pula berwarna merah menandakan hampir penuh. Oh saya perlu mengemas data-data laptop pula!

Plan mengemas data laptop bermula dengan mengemas desktop. File .txt tu kebanyakanya link-link yang ingin didonlod cuti ni. So, letak dalam satu folder yang mana belum donlod, yang sudah saya buang. Lepas tu, kemas pulak data-data "Downloads". Ugh. Macam-macam ada kat situ.

Pening. Pening.

Tengok pula local disk C & D berwarna merah. Kedua-duanya hanya tinggal 2 GB. Camne nak buat ni. Kena burn. Saya kena burn. Sebab external hardisk saya hanya dikhususkan untuk file video. Kalau data dalam D, tiada yang file video. Folder "Mangas" sudah mencecah 7 GB. Boleh burn rasanya. Tetapi malang, manga complete (cerita sudah tamat) belum cukup 4.5 GB untuk dimuatkan dalam DVD. 7 GB itu termasuk manga-manga lain seperti One Piece, Naruto, Bleach & Gantz yang mana ceritanya belum tamat. Terlihat folder "Pluto". Saya pernah mendonlod 3 chapter manga Pluto. Kemudian tidak menyambung baca kerana..ya, SIBUK. Hm. Apa kata saya sambung donlod, baca then boleh burn! Yay idea yang bagus!


Saya sangka saya mampu menghabiskan manga Pluto ini dalam masa sehari. Tetapi saya silap. Membaca di laptop tidak sama dengan membaca di kertas. Saya menghabiskan manga Pluto dalam masa dua hari! Ya...DUA. Antara sebab ia lambat adalah kerana saya tidak mendonlod semua chapters terlebih dahulu sebelum baca. Saya hanya donlod sikit2. Sambil baca sambil donlod. Contohnya, saya sedang baca chapter 13, dan yang sudah didonlod sampai 20 chapters. Apabila saya sudah hampir nak baca chapter 19, baru saya sambung donlod.


Atom (Astro Boy) dalam Pluto

Sebab kedua, saya bukan baca tidak henti-henti dari pagi ke petang. Saya stop juga untuk menonton anime yang belum ditonton. Sebab ketiga, saya suka mencari info atau gambar di internet selepas membaca mana-mana chapter yang dirasakan menarik. Sebab keempat, banyak kenduri saya ikut famili pergi sepanjang tiga hari itu. So, proses membaca jadi lambat. Walau bagaimanapun, pada hari Isnin lepas, saya berjaya membaca kesemua 65 chapter! Yay!! Naoki Urasawa sensei terbaikK! Haha.



Tetapi bodoh sahaja kerana kesemua 65 chapters manga Pluto masih belum mampu mencukupkan 4.5 GB..


Tidak mengapa. Jom main dotA. GG liao!! Memang dah lama tahan nak main dotA waktu cuti ni. Sepanjang di USM, saya main sekali je dengan Wali & the geng. Oh ini juga kesilapan saya kerana gatal pergi main dotA. 4 game saya main, jadi 4 jam lebih saya gunakan untuk dotA.


Rexxar, hero kesukaan saya kini. Jangan tanya kenapa...Saya masih noob.


Itu hari Rabu. Digunakan untuk main dotA. Malam Selasa digunakan pula untuk memaraton movie. Movie Ketika Cinta Bertasbih selama 4 jam! Hari ini pula digunakan untuk memaraton TV Show, Lie To Me Season 2. Sedang suka theme song citer itu - "Brand New Day by Ryan Star".

Dr. Cal Lightman, a human lie detector.


Berdasarkan semua itu, cuba anda bagi saya waktu bila saya buat assignments? Tiada!! Har3~ Cuti di rumah tidak pernah membolehkan saya membuat kerja-kerja assignments. Study apatah lagi. Jika cuti di kampus tidak sama. Cuti hujung minggu la maksud saya. Cuti yang mana masih wujud manusia di kampus. Kalau cuti CNY/Mid Sem macam ni, mana ada manusia di sana!! Opp. Saya minta maaf kepada mereka yang masih di sana yee.. Hehe.

10:24pm. 18.02.10
chanz

4 comments:

  1. sme d0wh. aku pnye assignment, lab rep0rts smua x siap... pnat2 wat balik buku laa..n0ta laa.. ish.

    ReplyDelete
  2. apa ko buat masa cuti ni hah?
    (sambil tanya diri sendiri)

    ReplyDelete
  3. Sudah dijelaskan dalam entri ini lol.

    ReplyDelete
  4. ingat xbalik leh wat kerja.. sama ja doh.. hoho.. nama pun cuti so sepatutnya cutilah.. asalah kita di berikan kerja.. org kerja cuti, cutilah xdak kerja pun.. kita cuti pun xmacam cuti.. dr sekolah lagi.. bila nak cuti cikgu mesti bagi kerja sekolah yg bertimbun2.. huhu

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)