Followers

Wednesday, February 17, 2010

Usah Begitu Mudah Menghukum

Baru-baru ini, buat mereka yang peka dengan isu semasa pasti akan tahu isu-isu yang berlaku di negara tercinta sekarang ni. Isu buang bayi, isu skandal artis atau ahli politik, isu liwat, isu gay, isu pembantu rumah, isu ini dan itu.

Bila terbaca berita-berita tidak baik yang boleh lah diklasifikasikan sebagai jijik, bodoh, teruk dan kejam, ramai yang cepat melenting. Reaksi dan komen-komen mereka antaranya - bodoh, kejam, tak ada otak punya orang, macam binatang, setan!!

pic refers to Scandal, a Japanese girl band

Ya. Memang apa yang dikatakan itu benar. Tapi kita sebenarnya lupa. Lupa bahawa kita adalah manusia. Manusia yang secara fitrahnya akan sentiasa melakukan kesilapan. Tanpa dorongan dan bimbingan yang betul, manusia cenderung melakukan kesilapan. Jangan cakap anda tidak pernah buat silap. Semua orang pernah, betul? Cuma kesilapan itu tidaklah sampai mengaibkan anda atau cukup untuk dipaparkan dalam dada akhbar.

Mungkin sekarang anda rasa mereka sangat tidak layak untuk menjadi manusia sampai mengatakan mereka binatang. Mungkin anda menganggap anda tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Tetapi anda perlu ingat yang kesilapan itu sendiri berlaku disebabkan kita tidak sedar akannya. Apabila berada dalam situasi dan diberi peluang tertentu, tindakan bodoh tersebut berlaku.

Saya beri contoh. Jika suatu hari anda memerlukan sejumlah wang yang banyak. Katakanlah untuk membiayai kos pembedahan anak anda yang mahal. Anda tiada duit dan sangat terdesak. Kebetulan, anda seorang akauntan dan pakar dalam menggodam sistem komputer bank. Agaknya, dalam keadaan terdesak tersebut dan tiada bantuan orang lain, apakah yang akan dilakukan?



Saya menulis ini sebagai perinngatan kepada diri sendiri. Asyik kita mengutuk perbuatan orang lain, tidak kita sedar yang kita pun mungkin akan melakukan perkara yang sama. Tidak kita, mungkin ahli keluarga kita, anak, atau orang terdekat.

Jangan hanya tahu mengutuk dan menghakimi perbuatan orang. Jadikan ia sebagai pengajaran agar kita tidak mengulangi perbuatan mereka. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Fikir-fikirkan la sendiri.

1.39 am. 17.02.2010
chanz

7 comments:

  1. itulah manusia.........
    kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak.........

    ReplyDelete
  2. emm...baru aku terpk...thanx ingatkan...XD

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Terlebih dahulu izinkanlah saya memberi pendapat ke atas tulisan anda yang pada saya amat menarik ini. Apabila membacanya, saya selaku seorang Muslim berasa terpanggil untuk berkongsi apa yang saya fikir/tahu dengan sesiapa sahaja yang sudi menerima buah fikiran saya ini.

    Adapun selaku hambaNya yang mengaku beriman, adalah WAJIB kita mengutuk sebarang perbuatan maksiat yang berlaku di hadapan/sekeliling kita. Sekiranya berlaku maksiat di hadapan kita dan kita dapat menghalangnya dengan 'tangan' (kuasa) kita, wajiblah kita menghalangnya. Sekiranya tidak mampu, halanglah dengan kata-kata. Dan sekiranya itu pun tidak mampu, hendaklah kita berasa benci terhadapnya, dan itulah SELEMAH-LEMAH IMAN.

    Bercakap tentang muhasabah diri, dakah kita patut berdiam sahaja apabila berlaku maksiat di hadapan kita semata-mata kerana kita juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan? TIDAK, tidak sama sekali. Jangan lupa, bukan semua kesalahan dilakukan dengan tidak sengaja. Kerana itulah wujudnya neraka, iaitu untuk menghukum jin dan manusia yang SENGAJA engkar terhadapNya.

    Saudara penulis, janganlah saudara menyamakan semua maksiat itu dengan keadaan darurat (seperti contoh yang diberikan saudara). Hukum untuk keadaan darurat/terdesak tidak sama dengan hukum untuk maksiat yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Takkanlah kita tidak boleh berasa benci terhadap kemungkaran yang berlaku? Memang benar kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku tetapi itu tidak cukup. Kita juga sepatutnya berdoa supaya kita dijauhkan daripada melakukan perkara yang sama di kemudian hari. Janganlah semata-mata kerana kita berasa kita pun mungkin akan mengulanginya maka kita hanya berpeluk tubuh tanpa berkata apa-apa. Itu jumud namanya.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.

    Ya betul. Bencilah kemungkaran. Dan pada masa yang sama jadikan ia iktibar.

    Saya terlupa yang itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. ye..yg penting kita sentiasa doakan mereka dan jaga diri sendiri...

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)