Followers

Wednesday, February 24, 2010

Hingga Akhirnya

Tak ada idea nak post apa. Mungkin nak berpuitis sikit kali ini. Hua3.

Puisi ini bertajuk Hingga Akhirnya. Ia ditujukan kepada seseorang yang tak pasti. Sesuailah dengan tema blog ini iaitu "ketidakpastian".

Hingga Akhirnya

Ada sesuatu yang kau tak kan pernah tahu
Perkara yang tak kan pernah aku tunjuk

Harapnya ku kan cintai mu hingga akhirnya
Harapnya ku kan beri segalanya
Aku takkan lepaskan mu
Takkan mengecewakan mu
Dan takkan tinggalkan kamu
Jika hanya saat itu tiba

Lucunya melihat ia cuba berkata-kata
Mimpi terindah selamanya terlena

Bolehkah ku mencintai mu selamanya
Mampukah ku memberikan semuanya
Namun aku takkan lepaskan mu
Takkan mengecewakan mu
Dan takkan tinggalkan kamu

Tetapi saat itu tidak pernah tiba.


Usah bertanya bagaimana saya tiba-tiba berminat menulis puisi. Sebenarnya ini adalah lirik lagu Muse - Endlessly. Ahak! Saja-saja tetiba rasa nak terjemahkan liriknya. Ia diterjemah mengikut kesukaan saya & kesesuaian dengan irama lagu tu.


BTW, ingin saya isytiharkan di sini saya sudah menjadi peminat MUSE!! (lololol~ Tu pun nak declare)

11:34pm. 24/02/2010
chanz