Followers

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tinggal Fesbuk~

[Mungkin ini azam tahun baru 2010?]

Kisah ini bermula apabila seorang sahabat SMKANT aku, yang baru sahaja membuat akaun fesbuk, bertanyakan aku soalan:
Camna nak wat bagi taknak dapat emel dari fesbuk ni?Banyak sangat aih.
Hm. Biasa la tu. Aku bermonolog. Fesbuk memang suka spam emel.

Aku pun balas:
Hang pi cek kat account settings, tengok kat notifications.

Sebagai pengguna fesbuk selama lebih kurang 6 bulan, of course aku tahu caranya. Soalan beliau membuatkan aku terfikir dan terasa nak cek inbox emel yahoo aku. Sebab aku dah jarang cek emel tu.

Pergh! 70689 unread emails. Semua emel aku dipenuhi oleh emel dari fesbuk. Apa kejadah. Dispam oleh fesbuk je. You have a wall post comment la, photo tagged la, la dan la, la. Patutnya emel fesbuk ni masuk ke box spam jek.

Lalu terfikir di minda hendak mengurangkan emel pemberitahuan dari fesbuk ni. Pada mulanya, aku disable sikit je notifications tu. Then, entah macam mana, rasa nak jadi ekstrim sikit, aku pegi disable SEMUA terus notifications by email tuh.

Unclick, dan unclick. Puas.

Sehari selepas tu, aku pun menjalankan rutin harian aku sewaktu cuti, iaitu main fesbuk sampai vertigo. Disebabkan laptop aku juga digunakan adik aku yang menyibuk nak memfesbuk gak, maka, aku dilogoutkan olehnya. Selalunya aku taknah logout pun fesbuk. Oh fine. Password pun aku bagi laptop ni remember.


Tapi, cubaan aku nak login tak berjaya! Pelik. Hm. Mungkin aku tersilap password. Mungkin kot. Takpe. Boleh reset. Rilek ar. Apa gelabah. Masukkan je word pelik captcha tu. Bukan susah pun.

Hmm. Damn. Apa Invalid Email pulakkk ni?? Aku dah taip betul kot word captcha tuh!! Tak caya tengok bawah ni.



RESENTED BABYLONS kan? Kan? Aku tak rabun lagi. Aku tahu aku betul!

Aku klik "Reset Password", yang ni yang aku dapat:

Urghh. Invalid Email. Why fesbuk? Why?



Then aku tekan kat bawah tu ada facebook help kejadah apa. Baca sana baca sini. Last2 aku isi form ni hantar kat dorang. Lambat gila lebih kurang dua hari baru aku dapat emel dari team fesbuk ni. Suh aku reply emel dorang, untuk tujuan security. Lagi dua hari pastu, dapat emel lagi, team fesbuk tu cakap, "we are unable to find your account associated with the email provided".

Oi..Pala hotak ang ar...! (Bermonolog lagi)

Ahouuu!!

Sekarang dah seminggu berlalu. Aku cuba isi form untuk "my account been hacked". Taktau la akaun aku kena hack ke apa. Isi je. Tapi sama, tak ada reply pun. Tak ada perkembangan pun. Takleh login pun. Maka aku pun malas. Malas dah nak setelkan. Mampus ar ko fesbuk. Ingat ko bez sangat ke.

Lagipun, sem ni aku dah start klinikal. Sangat sibuk bai. Ada faedahnya takleh login fesbuk ni. So antara pros nya isu aku hendak meninggalkan fesbuk ini, masa aku dah tak terbuang berjam-jam kat fesbuk tu.

Bila difikirkan balik, fesbuk ni sangat banyak membuang masa berharga aku. Banyak sangat keburukan dia. Tak dinafikan ada kebaikannya, tapi aku melihat banyak keburukan dari kebaikan.

Antara keburukan yang dapat aku senaraikan:
- Membuang masa orang dengan game-game nya, kuiz-kuiz bengong nya, tag-tag gambarnya, komen-komen statusnya.
- Mengajar orang untuk merepek di alam maya.
- Buatkan orang jadi addicted dengan benda ni. So benda lain diabaikan. Lalu produktiviti manusia menurun seperti yang aku baca dalam satu artikel anti-fesbuk ni.

Lagi, rasanya mesti korang pernah dengar khabar angin mengatakan Fesbuk jual maklumat kat CIA la, agen Israel la, la dan la, la.

Lagi, aku nak mengajak korang berfikir. Mesti ramai yang tak pernah baca terms fesbuk ni. Antara yang tertulis di situ:
- You will not provide any false personal information on Facebook, or create an account for anyone other than yourself without permission.
- You will keep your contact information accurate and up-to-date
Fesbuk pentingkan accuracy dan up-to-date information nampaknya..

Oh ya. Yang buruk mesti ada yang baik.

Kebaikan dia mudah je:
- Dapat jumpa balik rakan-rakan lama. Add sana add sini. Tapi mereka tak online pun. Camne nak sembang dengan mereka? Hmmm! Add jee lah!
- Mudah la nak contact orang bila nak wat event ke, berbincang ke. Tapi cam aku cakap kalo orang tu offline, takde guna le. Dan jarang aku tengok orang berfesbuk untuk tujuan berbincang akademik.
- Itu aje kot.

Note:
- Kepada mereka yang berkali-kali gagal untuk berhenti dari berfesbuk, apa kata anda cuba buat seperti saya? Mana tahu berjaya. =P
- Aku tak ingat sangat berapa inbox emel aku tu coz aku dah delete sume emel dalam tu. Tapi memang banyak ar.
- Kalau ada yang perasan gambar Ed tu profile pic kat gt & ym.
- Entri ni dah lama duduk kat draft.

03.01.10. 7:46pm
chanz