Followers

Wednesday, July 1, 2015

doa


ramai tak sedar akan kekuatan doa.

kita solat, kita doa, kita ikhtiar, kita tawakal.

selalu, bila akhirnya kita dapat apa yang kita nak tu..

ia adalah hasil dari doa-doa kita.

atau doa insan lain untuk kita.

mungkin pada masa lalu.

mungkin pada ketika dan saat itu ia dimakbulkan.

kita tak sedar.

sebabnya, kekadang yang kita minta tu bukanlah umpama apa yang kita bayangkan.

malah mungkin lebih baik, lebih elok.

aku pernah berdoa..

sering.

agar diberikan kekuatan.

iman.

keteguhan, ketetapan.

kerana aku mudah..

rapuh.

mudah sangat

terjerumus kepada perkara yang jauh.

dari rahmat-Nya.

bagi aku, itulah jihad paling besar kena lawan.

dalam meniti kehidupan harian,

aku bertemu dengan insan-insan yang telah ditakdirkan oleh Nya.

mengubah kehidupan aku

aku gembira.

bahagia.

mereka menguatkan aku.

agar sentiasa berada dalam landasan Mu.

bila mana aku sedar, yang doa aku itu dimakbulkan.

aku menangis.

kerna sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

apa yang dizahirkan mahupun hanya terdetik di dalam hati.

as-Sami'

hari demi hari,

jangan pernah putus.

panjatkan pengharapan.

dan sentiasa bersangka baik.