Followers

Sunday, June 21, 2009

Kyle XY Tamat Dengan Ketidakpastian

Aku bengang. Baru-baru ini, aku telah mendownload TV Series Kyle XY. Melalui wikipedia, aku dapat tahu siri ini hanya sampai Season 3. Okay la. Aku ingat Season 3 tu betul-betul tamat la. Tapi, malam ini setelah habis tengok episod 10 Kyle XY Season 3, aku betul-betul tak puas hati.

Nak tahu macam mana ending nya?

Stupid cliffhanger




Ya. Siri ini tamat dengan mamat Cassidy ini mendedahkan bahawa beliau dan Kyle adalah adik beradik, satu ibu kandung untuk mengelakkan Kyle dari terus mencekiknya. Macam itu sahaja. Apa yang terjadi pada Latnok? Klon-klon in da making Kyle tuh? Hubungan Kyle-Amanda-Jessi? Blah2?? Banyak lagi tak terjawab. Takkan nak tamatkan begitu sahaja? Haihh. Kalaupun, ABC Family (nama produksi yang hasilkan siri ini) nak tamatkan siri ini atas alasan rating turun atau alasan2 lain, at least buat la ending yang memuaskan.. Macam Jericho dan Prison Break. Takde la fan2 tertanya-tanya...

Setelah lurking around the internet pasal penamatan siri ini, aku jumpa artikel tentang penulis siri Kyle XY menjawab persoalan yang belum terjawab dalam series finale. Heck. Ini link dia:

Kyle XY Ending


Setelah baca artikel tu, ada la terjawab sikit persoalan2. Huhu. Siri ini pada mulanya Season 1 memang best. Dalam Season 2 setelah Jessi jadi baik, siri ini mula jadi bosan. Tapi, disebabkan aku dah tengok, baik aku tengok sampai habis. Namun, malang. Ianya diberhentikan. Rasanya selepas ini, aku patut layan movie je lah kot. TV Series ni suka sangat ending tiba-tiba.

Kisah innocent Kyle. Hubungan kekeluargaan. Friendship. Boyfriend girlfriend. Sifat saling memahami dan mempercayai. Semua ada kat siri ini. Namun, ia sudah tamat. Bye bye bye..wahai manusia yang tak berpusat.


Aku suka quote Kyle yang ini:
People live much of their lives in uncertainty. What happens in a week, months or maybe years later. I wondered about my own life. If I would be able to answer the questions had kept appearing, I guess I, too was looking for certainty. However, the only certainty for the future, is that the answers to the unknown are most likely hidden right in front of us.

Woo. It's deep. Always the uncertainty thingy. lol


Tuesday, June 16, 2009

Ilusi Optik

Hello. Lama tak update blog. Kali ini aku hendak berkongsi dengan anda sedikit gambar-gambar ilusi optik. Mungkin ramai yang sudah pernah tengok. Tak kisahlah.






Tengok betul-betul. Sembilan roda itu sedang bergerak! Tapi yang peliknya aku hanya dapat tengok 8 je roda yang bergerak. Yang paling atas kiri tak bergerak-gerak pun mata aku melihatnya.

Mula-mula selepas baca soalan di bawah itu, aku rasa silinder tu ke kanan. Tapi, entah macam mana selepas tatap gambar itu beberapa saat, ia dah jadi ke kiri. Haha. Lucu betul otak aku ni.


Semuanya garisan selari!!


Tak tahu kenapa aku rasa ia semakin membesar..

Pusing memusing...


Argh..pening kepala tengok gambar ni


Jawapan aku adalah B. Eh, kejap kejap, A kot..hehe


Antara semua gambar tersebut, aku paling suka yang silinder tu. Saat ketika silinder tu nak berubah dari kanan ke kiri, mata aku macam kabur-kabur sikit. Bila mata nak jelas balik, mai-mai silinder tu dah ke kiri.

Kesimpulannya, janganlah mudah percaya apa yang mata anda lihat. Tak semuanya betul. Contohnya, anda ternampak si A ini sedang melakukan maksiat. Anda hanya nampak dari jauh baju beliau selalu pakai, tak pun gaya rambut dia. Kemudian anda sebarkan kat orang lain. Bukan ke dah jadi fitnah. So, hati-hati ye kawan-kawan. Dont trust your eyes. They may cheat you.

Teringat lirik nasyid aku nyanyi masa kecik-kecik dulu,
Pandangan mata selalu berdusta,
Pandangan akal selalu melulu,
Pandangan hati berjiwa hakiki..