Followers

Wednesday, March 24, 2010

Gajet Yang Hampeh

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh.

Panjang mengeluh.

Kebelakangan ini, aku agak tensen dengan gajet teknologi yang aku miliki. Laptop, printer, mp3 player. Henset pun kadang-kadang suka bagi bengang jugak. Teknologi la sangat!

Pertama sekali laptop. (fyi, laptop aku bernama Compaq Presario F731AU)

Masa cuti sem dulu, burner laptop ni buat masalah. Sebagai salah seorang pengumpul citer (cerita), antara aktiviti mingguan aku adalah burn citer dalam dvd. Masa cuti, biasa la, digunakan untuk memaraton citer yang abundant dalam external tu. Waktu cuti tu, aku memaraton citer Smallville. Elok-elok dah burn (pakai dvd imation lagi tu), cek-cek dvd tu kosong je. Takde data.

Bengong.


Prinsip hidup aku - "Setiap masalah ada penyelesaian!" Lalu aku pun gi cari pakcik google & tanya member, aku dapati firmware DVD drive tu maybe kena update. Tapi malang, version aku nye tak available kat internet. Salah satu cara nak update pun, maybe kena cross-flash drive aku, pakai firmware jenama lain kot. Not TSST-Corp. Yang lain la. Samsung ke. Ntah aku pun sebenarnya tak berapa faham, buat-buat faham jek. Tapi kalo nak wat benda tu, ada risiko. Benda-benda berisiko ni aku malas. Kang takleh burn terus pulakk naya je. Last-last aku cek web HP, dia suh uninstall & install back driver. Aku wat. Dan boleh. Boleh la. Boleh burn dvd jenama HP jek. DVD-R. Oh sebelum tu aku dah terbeli 50 keping DVD+R imation. Rugi. Buduss.


Masalah terbaru laptop ni pulak adalah masalah sound. Sound laptop ni dah pandai buat magik. Sekejap ada sekejap takde. Hebat, kan? Oh, bez nye tengok anime (note: Kimi ni Todoke) tanpa suara!! Mula-mula ingat masalah speaker. Ok lah. Boleh beli speaker baru, or dengar je pakai earphone. Tapi setelah siasatan, ia bukan. Ia mungkin masalah windows Vista ni. Masalah explorer ntah ape benda. Disebabkan masalah ni datang, pergi dan datang balik, (magikk!!) so aku masih dalam dilema untuk memformat beliau.




Sebenarnya banyak sangat masalah laptop ni. Compaq Presario F731AU yang dotdot ni. Tak larat nak citer. Korang pulak bosan nanti. Kesimpulannya, JANGAN BELI LAPTOP HP COMPAQ!


Bila laptop takdak suara ni, aku nak dengar lagu pun tak boleh. Apatah lagi nak layan citer. Selalunya, aku akan cari alternatif lain bila berdepan dengan masalah. Alternatif aku untuk mendengar muzik: mp3 player. Untuk pengetahuan korang, mp3 player aku berjenama SAMSUNG YP-U3QB, Black Edition, 2 GB, dibeli masa second year, tahun 2008.






Masalah beliau ni rasanya dah lama jugak. Lebih kurang 2 bulan. Mungkin sebab aku dah jarang guna mp3 ni, so aku endahkan je masalah ni. Tapi sekarang aku perlu. Sebab laptop buat hal. Masalah mp3 ni agak remeh, tapi tetap mampu buat aku bengang. Samsung YP-U3QB ni, tak dapat didetect oleh laptop yang bengong. Apabila dicucuk ke USB port, beliau disconnected, then charging..padahal bateri dah penuh. Kalau takleh connect, camne aku nak transfer lagu2 baru yang aku nak dengar dari laptop ke mp3??



Masalah seterusnya adalah printer. Printer aku ni bernama Canon Pixma MP140. Aku ingat boleh save ink, so aku pasang extension ink tu, bayar pun lebih arr! Tapi bodoh saja, kerana ink tu tak berjalan2 ke catridge dari extension tu. Camne nak print??? Alternatif aku, curik ink dari yg ext. tu masukkan sendiri ke catridge. Cara aku berjaya bertahan selama 3 bulan, di mana sekarang catridge tu dah tak elok rasanya.

Kena tukar kot. Huhu.

Apa lagi, gajet teknologi apa lagi? Ha. Henset. Henset aku ni dah berkurun lama dari zaman matrik. Sony Ericsson K300i. Masalah utama beliau cumalah punyai joystick yang hensem. Kadang-kadang nak scroll down, dia pegi kanan. Nak gi kanan, dia tertekan butang 'yes'. Buat masa ni, aku masih malas nak tukar henset ni, sebab....malas arr!

Cukuplah setakat tu aku beremosi pada hari ini.

=(

P/S: Entri ini telah diedit kerana terlalu beremosi dengan perkataan tidak sesuai. lol

10:39pm, 24/03/10
chanz

16 comments:

  1. huh byk btul masalah.. tulah accer best.. bkn nak bangga tpi laptop aku yg buruk lembab cabuk nih pun xde r lg problem cam 2.. accer memang tahan lama.. mthebord rosak pun sebb aku xpandai jaga.. org kedai accer pun terkejut dia ckp laptop accer jrg rosak terutama motherboard.. hoho

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu bro.. Magik kalau gajet sekarang tahan lama..

    Lecture sy dulu penah keje dgn syarikat buat telefon, dia kata jgn salahkan engineer buat gajet tak berkualiti, salahkan owner kilang sebab nak yang murah. Beselah, kalau dah murah barang mesti tak kualiti..

    Sume tu strategik bisnes, sekarang banyak model gajet baru keluar, kalau barang tahan lama orang tak beli la.. hehe..

    Apa pun,saya bersimpati dgn apa yang berlaku. Ada duit beli baru je.. :=)

    ReplyDelete
  3. lahai~~
    kesiannye tgk kimi ni todoke yg bisu.
    haha! cter tu best oh! ko ade smpai epis0d bpe?
    nak...! XD

    sila byk bsabar ye..
    byk lak word 'bongok' lam entry ni.
    ish3.

    ReplyDelete
  4. @luk, ang memang..btw, acer la not accer.

    ReplyDelete
  5. @jamal, a'ah..itu bisnes belaka. Huhu

    @nisah, aku baru smpai ep 15, xpe ak dh ade ep 18-latest nnti ak gtau. dan maaf entri banyak perkataan tu. aku perlu ekspres masalah aku, baru rasa lega. tension.

    ReplyDelete
  6. mslh mp3 tu same je mcm ipod aku.. connect je, trus chagring, tak sync pun dgn itunes. frustrating btul!

    ReplyDelete
  7. uteh..try ko cari driver utk ipod tu..ak pon tgh cari2 driver samsung yg sesuai tapi xjumpe2..huhu

    ReplyDelete
  8. syukur printer aku masih sihat, encik ip1880.murah, mudah baso, sene kiro..ko pakai ink extension buat pe? g cari ink refill pstu tebuk katrij tu..dan cucuk dakwat refill ke dlm katrij mcm cucuk insulin.haha

    handset? asal leh call sudah..handset canggih2 xde kredit pn xde maknanya..

    laptop - acer aspire 4520..walaupun mslh 'hang'dan processor cpt panas, aku msih leh guna utk buat mcm2..huhu

    mp3 aku sudah jd arwah dh..masa matrik dulu ada tp lps tu dh bengong dan rosak.skg aku rs dh dilupuskan..

    p/s: tuhan sdg berbicara dgn kamu..
    hoho

    ReplyDelete
  9. comel ko nyer mp3...
    turut bersimpati dgn kamu..
    aku xleh bygkan kalo laptop n enset SE aku rosak..
    dua-dua aku syg giler...

    byk2 bersabar yer!
    =)

    ReplyDelete
  10. ada masalah, ada penyelesaiannya.........
    jangan cakap Compact tak bagus, bukan juga Acer lebih bagus, tak elok..........

    1. gi la format komputer kau tu naik w7, w vinta memang banyak masalah............
    2. pasni kau beli henpon baru yang ada mp3.......... settel masalah mp3 dan henpon kau.........
    3. printer, aku pernah tanya ikram....... katanya kalau nak guna refill ada caranya......... so, kena tanya pada yang pakar lah apa tips penjagaan printer........

    try le solution nih........

    ReplyDelete
  11. actually cartridge aku yg bermasalah..aku tersentuh dia punya nozzle tu..so kene beli baru. aku tulis pasal printer tu sebenarnya nak sentuh ttg masalah extension yg ak tmbh tu...

    thanx krn bg solution

    btw, ko pun berjangkit dari luk ke..tulis tak betol ni...lol

    ReplyDelete
  12. erk. gajet2 kita hampir sama dan masalah yg sama aku alami. cis cis cis. hehe

    mp4 aku dah mula bengong dan x dpt detect kt lptop sendiri. tp dia menggatal ng lptop org len pulak. nyampahs i.

    oh anyway, anda ditag..hehe cekidout kt blog i :)

    ReplyDelete
  13. hahaha apelah. kelaka pon ade bace entry ni.
    sabar sabar. agak2 sume tabole pakai. bakar je ;p

    ReplyDelete
  14. @.ejat - isk takleh bakar..geram tp sayang. ahak

    btw, update. mp3 tu dah lingkup terus, laptop still auto shutdown & henset pun dah lingkup. ha. ha. ha....sedeh. printer still ok.

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)