Followers

Tuesday, June 16, 2009

Ilusi Optik

Hello. Lama tak update blog. Kali ini aku hendak berkongsi dengan anda sedikit gambar-gambar ilusi optik. Mungkin ramai yang sudah pernah tengok. Tak kisahlah.






Tengok betul-betul. Sembilan roda itu sedang bergerak! Tapi yang peliknya aku hanya dapat tengok 8 je roda yang bergerak. Yang paling atas kiri tak bergerak-gerak pun mata aku melihatnya.

Mula-mula selepas baca soalan di bawah itu, aku rasa silinder tu ke kanan. Tapi, entah macam mana selepas tatap gambar itu beberapa saat, ia dah jadi ke kiri. Haha. Lucu betul otak aku ni.


Semuanya garisan selari!!


Tak tahu kenapa aku rasa ia semakin membesar..

Pusing memusing...


Argh..pening kepala tengok gambar ni


Jawapan aku adalah B. Eh, kejap kejap, A kot..hehe


Antara semua gambar tersebut, aku paling suka yang silinder tu. Saat ketika silinder tu nak berubah dari kanan ke kiri, mata aku macam kabur-kabur sikit. Bila mata nak jelas balik, mai-mai silinder tu dah ke kiri.

Kesimpulannya, janganlah mudah percaya apa yang mata anda lihat. Tak semuanya betul. Contohnya, anda ternampak si A ini sedang melakukan maksiat. Anda hanya nampak dari jauh baju beliau selalu pakai, tak pun gaya rambut dia. Kemudian anda sebarkan kat orang lain. Bukan ke dah jadi fitnah. So, hati-hati ye kawan-kawan. Dont trust your eyes. They may cheat you.

Teringat lirik nasyid aku nyanyi masa kecik-kecik dulu,
Pandangan mata selalu berdusta,
Pandangan akal selalu melulu,
Pandangan hati berjiwa hakiki..


2 comments:

  1. aduh...
    sakit mana aku nengok..
    huhu

    ReplyDelete
  2. dulu ms tlg prof zalina kat pameran otak, ada orang pnah tanya ak, ape tu ilusi optik? tkial2 ak nak jawab... huhu...

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)