Okay ar. Join contest. Hadiah dari New Zealand tuhh. Cambez. Misteri misteri.
Tagged by Mus, Contest by NurusSalwa.
Syarat contest:
1) Letak header blogger tu:
2) Link kan ke blognya:
http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/04/kontest-kenangan-zaman-sekolah.html
3) Ceritakan tentang kenangan zaman sekolah.
4) Tag 2 orang at least.
5) Tinggalkan link kat blog si pembuat contest.
Orait, here you go.
Lepas baca entri Mus, terus rasa nak tulis Malay. haha. Here I am.
Taktau la citer aku menarik ke tak. Banyak sangat citer zaman sekolah ni eh. huu
Trivia:
1) Nama sekolah: Sek Keb Permatang Tok Mahat aka SKPTM
2) Rumah aku depan sekolah masa darjah 5-6. Anak cikgu la kan. Tiap kali rehat balik makan kat rumah. Nak ponteng kelas tak boleh kantoi cikgu datang rumah. zzz
3) Nama kelas aku dari Darjah 1-6: Biru Biru Biru Merah Merah Merah. haa best tak?
Ha ni la kenangan zaman sekolah aku! Tak cukup menarik ke info atas tu. :P
wawaaa kasi penampar sikit budak ni?
Banyak sangat nak citer kenangan zaman sekolah. But, sesetengah yang dapat diceritakan telah disenaraikan dengan teliti seperti di bawah:
----------------------------------------------------------------------------
find me if you can
Memula sekali, intro: aku sentiasa hang out dalam grup. Grup aku masa sekolah rendah dulu: Azmi, Pozan dan Ammar. Azmi si kecil dan kawan baik aku, Pozan si sepupu Azmi dan Ammar, yang buas. Haha depa tak bacanya blog aku neh!! gaga
Pahtu kalo lepak kat kampung, dengan sepupu-pupu si Asrap, Mirul and Topik.
And so this is about us.
1) Panjat
Haha. Kecik-kecik suka panjat. Besar-besar sudah gayat.
Ayah aku ada kebun. Aku suka panjat pokok manggis dengan sepupu-pupu aku. Gayut2. Loncat2. Sampai kena gigit tebuan dah. Terus jadi tembam muka tak pasal.
Selain dari pokok, aku dan kawan-kawan suka panjat menara masjid masa kelas mengaji. Yakni yang paling tinggi tu. Gila tak. Jatuh tangga tu mau dah arwah. Yang bestnya, pas panjat boleh tengok pemandangan bawah. Pahtu tunjuk2 la kat kawan sebelah, haa tu rumah aku wehh!! lol!
(Skang masa Jumaat tiap kali tengok menara tu, rasa takde la tinggi mana pun! haha)
And then kami ada panjat rumah orang tengah renovate. Rumah besar kot. Bungalow dua tingkat kan. Lepak atas bumbung tu. Baling batu kat bawah. Baling kapal terbang kertas semakkan jalan. Ada yang gila gi terjun dari atas tu ke bawah. Hidup lagi beliau okay.
2) Basikal
Masa kecik-kecik of cos bergateh dengan basikal dok. Seingat aku, aku lambat sikit belajar kayuh basikal berbanding sepupu-pupu aku. Tapi pas dah terer, semangat berbasikal!
Antara trip-trip yang menjadi kenangan masa dulu-dulu dengan Azmi, pergi sekolah orang lain semata-mata nak tengok pertandingan bola, pergi rumah hantu kat sekolah orang lain, dan pergi main PSone kat Pusat Komuniti (pusat bandar la). Gila. Masa kecik, badan pun fizikal kecik je so rasa cam jauh kot trip tu! Padahal dekat je. Ada gak trip masuk hutan kelapa sawit. Mencari babi hutan....gaga gila ka apa.
Teringat basikal Azmi pernah hilang masa pi main PSone...dah la basikal hilang kena curik. Hujan pulak. Disebabkan masa tu aku tumpang basikal dia, kami balik jalan kaki basah-basah. Kena marah dengan ayah. Esok gi kelas masing-masing senyap je. huuu Yang pelik tak demam pun, kuat tak aku.
3) Mancing
Hahahaha..ni bodo je aku kalo fikir balik. Tau katna kami "memancing"? Tepi parit!! Depan sekolah!! Mengail ikan sepat! Ikan apa ntah yg kecik-kecik tu. Then bawa balik rumah. Kena marah sebab balik lambat lepas sekolah. Sayang giler ikan tu. Bajet nak jaga ar. Last-last esoknya dah korban dek semut dan kucing. Huu.
Tapi kalo balik kampung, makes sense sikit, mancing dengan ayah aku kat tepi sungai.
4) Main
Sama macam Mus, sumer permainan dia main kami pernah main da. Pemadam, kad, kumpul kad, kad tepuk, maen tudung botol (apa nama eh game neh??), gunting2 buat stiker, kereta dash yonkuro, digimon, cyberpet, brick game, gila macam2 ar..tapi pas UPSR aku ingat lagi, suma main carrom je kat bawah. Dah tak minat main benda2 ni...bajet matang ar konon!!! hahaaha
ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Sampai sekarang kami masih hang out dan still buat trip-trip. Cuma lebih advance ar. Takkan pakai basikal lagi kot?? haha.
Haa style tulis dah terpengaruh dengan Mus...Mus bagi balik style aku!!! hahaaa
Bercakap pasal zaman sekolah rendah, you guys should read this manga: 20th Century Boys. Or watch the movies. :D
In case, anda hendak mengenali sekolah aku ni, sila sila lawat blog mereka...SKPTM!! hehe. Dan kat grup fesbuk pun ada untuk batch kami. Well, aku la admin and starter nya. Haha. Masa buat grup tu, baru dapat tahu ada classmate aku dah jadi artis da..whatever. Kami plan nak buat reunion nanti, tapi entah bila nak wat nya...
Tag seterusnya...jatuh pada:
1) Darkartz
akhirnya dark art terpaksa pikir idea untuk tulis dalam blog,:-)
ReplyDeletegmbr yang last sekali..muka ko paling nakal..haha
ReplyDeletemuka budak baik la
ReplyDeletede javu?? selalu dapat masa exam.
ReplyDeleteas'salam :)
ReplyDeletethnx join kontest ni..
n ceritenye.
mmg zaman kanak2 yang penuh dgn kenakalan.
neway,
good luck, juri tgh buat penilaian.
gambar kelas tu, ko kat belakang, no.3 dari kanan.kan? haha
ReplyDeleteeh.sape classmate ko yang jadi artis?
@ksol - hah ye kot. jwb soalan ksol cam jwb soalan xm
ReplyDelete@cik nurussalwa - orait
@dindiet - terer. sebelah kanan aku azmi, sebalah dia pozan.
nak tau ke? ngarut je. nama dia dotty.
aku suka mancing gak satu masa dulu..siap main dalam lumpur dan kena scabies!!damn betul
ReplyDeletemat hakim, mcm mana nak join? tarikh tutup sampai bila..? haha
ReplyDelete@mus - haha scabies
ReplyDelete@aminz - tu la sapa suh lambat haa