Followers

Saturday, August 29, 2009

YUI - It's all too much (Radio Rip)

YUI nak keluarkan single baru bertajuk "It’s all too much/Never say die" ! Release date = 2009/10/14. Buat masa ni, korang boleh dengar versi Radio Rip, yang aku rasa elok juga kualitinya. Nah, korang leh dengar kat aimini.net. Aku dah upload.





All credited to http://listentheworld.wordpress.com/. xD.

Friday, August 28, 2009

Lima Belas Malaysia

Lima belas Malaysia? Sejak bila Malaysia ada lima belas? Satu je la. 1 Malaysia! Aha. Actually, aku nak promote satu benda kat korang. Mungkin ada yang dah tahu. Yang tahu, buat2 tak tahu sudah. Bagi yang tak tahu, meh nak bagi tahu. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, korang wajib tahu benda alah ni. Seriously.

15Malaysia

Secara ringkasnya, 15Malaysia ni merupakan satu projek filem pendek. Sekitar 5 - 7 minit sahaja. Ia hanya terdiri daripada 15 filem pendek. Diarahkan oleh 15 pengarah berbeza. Sebab itu la nama dia 15Malaysia.


Setakat ni, aku baru tengok satu je filem. Potong Saga. Sangat lucu. Tengok ar sendiri. Aku masih dalam proses mendonlod. Nak tahu lebih lanjut pasal filem 15Malaysia ni, boleh usha website dia. Klik kat banner atas tu. Kat web tu, korang boleh baca lebih lanjut pasal projek ni, atau donlod video dia. Yang best dia ada sediakan torrent jugak. Aku memang prefer torrent dari direct buat masa ni.


Yang bestnya pasal projek ni, tokoh2 politik pun muncul seperti Tok Guru Nik Aziz, Liow Tiong Lai, Khairy Jamaludin & etc. Memang menarik. Nah tengok trailer kat Youtube ni:


Mula2 tahu pasal projek bila aku tengah lurk pasal pengarah citer Gadoh, Namron. Aku terbaca pasal filem Lollipop, salah satu filem dalam projek ni. Filem tu menarik perhatian aku sebab:
(i) Tajuk filem itu sendiri. Sapa yang maen DotA dengan aku tahu la apa pasal.
(ii) Isu dalam filem tu. Ia sentuh tentang kisah pedophile. Rasanya semua sudah sedia maklum pasal kisah arwah adik Sharlinie.

Yang tak boleh buka youtube, tengok video trailer Lollipop aku upload ni:



Kepada yang ada facebook, boleh add jadi fan kepada projek ni. Here.



Kepada yang nak menang laptop Acer & broadband P1 WiMax, boleh klik gambar kat atas tu. Aku tak berminat. Haha.

Wednesday, August 26, 2009

BOSS


Tahun ni aku satu bilik dengan student medic 4th year. Aliff Ridzwan. Apabila beliau masuk bilik, beliau akan bagi salam dan suka menyapa aku dengan ayat ni,
BOSS! Tengok citer ape bos?

Aii BOSS! Study nampak!

Aha, memang peramah orangnya. Tapi aku bukan la nak cakap pasal roomate aku kali ini. Memang bukan habit aku nak cakap pasal orang lain. Cuma ucapan perkataan BOSS yang selalu digunakan beliau seakan sesuai dengan keadaan aku semester ni. Walaupun aku tahu beliau suka-suka je guna perkataan tu.


Semester ni, ada banyak tanggungjawab aku kena tanggung. Sebagai ketua. Ketua bagi kelas GTU301 Law & Ethics for Health Professionals & LAJ100 Japanese Language. Sebenarnya, aku malas nak jadi ketua2 ni. Buat pening kepala je. Lagipun, aku ni seorang yang ignorance, tak peduli sangat hal2 orang len. Akan tetapi, aku rasa apa salah cuba sekali. Well, biasa lah pada awal sem, mempunyai semangat yang tinggi. Konon2 boleh ubah diri ini. Rasa dengan menjadi ketua, mungkin aku akan jadi lebih rajin. Well, guess what - I AM STILL THE SAME. Malas. Benarlah, manusia tak mungkin boleh berubah sangat.

Untuk kelas GTU301, tak terdetik langsung nak jadi ketua. Tapi, disebabkan Ridhuan Audio push aku, ditambahkan lagi dengan takde sorang pun yang nak volunteer, lagi dengan kesian tengok Puan Rehanah penat bercakap seolah2 macam merayu, maka dengan baik hatinya aku turun ke bawah. Har3. Bengong. Walaupun Kolu dah bagitahu kat aku sebelum tu yang Prof Hawa suka buat kelas ganti sana sini. Aku tetap saja nak menyusahkan diri. Masalah utama bagi subjek GTU301 cuma nak cari kelas ganti Prof Hawa. Budak Speech & Audio asyik sibuk dengan klinikal nye. Nak cari masa yang sesuai punya lah susah. Prof Hawa pula begitu sibuk, tidak membalas mesej atau mengangkat telefon. Kemudian, budak2 lain tak abeh2 mesej tanya,
Ada kelas tak? Ada kelas ke???

Argh. Fed up. Namun, atas rasa keprihatinan aku balas jugak mesej itu walo nombor tu tak dikenali.

Kelas LAJ100 pulak, masalah dia cuma Mr Khoo adalah cikgu dari luar USMKK. Beliau perlu ikut arahan Pusat Bahasa. Lagi, disebabkan Group kami group terakhir, Group 5, susah nak cari masa lagi. Budak Group lain dah tibai dulu. Mr Khoo pun ada kelas dia sendiri. Lagi, tadi kami dimaklumkan kelas kena buat 5 jam seminggu. Huh. Dasat. 5 jam. Nak kena cari masa lagi. Nasib baik cos yg ada Biomed & Diet je. Tapi budak Biomed banyak Lab lak. Takpe ar. Walaucamnepun, LAJ100 best dan enjoy. Best sebab apa? Sebab dapat belaja Jepun laaa! Haha. Coz I am such a wapanese. Mr Khoo pun sangat friendly je.

Just for the LOL

Masalah lagi jadi ketua kelas ni, aku kena sentiasa ada kredit nak mesej2 dan call2. Kredit aku sem ni akan sentiasa tinggal RM1 setiap bulan. Kalau sebelum ni, baki kredit punya banyak sampai RM10 pun ada. Cam tak guna langsung je.

Sungguhpun macam banyak masalah, semua perkara tetap dapat dilaksanakan, walaupun mungkin tak begitu baik. Mungkin korang anggap aku ni cam tak ikhlas buat kerja, aku ungkit2. Lantak korang la. Janji aku wat kerja. Peduli apa aku. Like I said, I am an ignorance guy. Peace!