Followers

Friday, August 28, 2009

Lima Belas Malaysia

Lima belas Malaysia? Sejak bila Malaysia ada lima belas? Satu je la. 1 Malaysia! Aha. Actually, aku nak promote satu benda kat korang. Mungkin ada yang dah tahu. Yang tahu, buat2 tak tahu sudah. Bagi yang tak tahu, meh nak bagi tahu. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, korang wajib tahu benda alah ni. Seriously.

15Malaysia

Secara ringkasnya, 15Malaysia ni merupakan satu projek filem pendek. Sekitar 5 - 7 minit sahaja. Ia hanya terdiri daripada 15 filem pendek. Diarahkan oleh 15 pengarah berbeza. Sebab itu la nama dia 15Malaysia.


Setakat ni, aku baru tengok satu je filem. Potong Saga. Sangat lucu. Tengok ar sendiri. Aku masih dalam proses mendonlod. Nak tahu lebih lanjut pasal filem 15Malaysia ni, boleh usha website dia. Klik kat banner atas tu. Kat web tu, korang boleh baca lebih lanjut pasal projek ni, atau donlod video dia. Yang best dia ada sediakan torrent jugak. Aku memang prefer torrent dari direct buat masa ni.


Yang bestnya pasal projek ni, tokoh2 politik pun muncul seperti Tok Guru Nik Aziz, Liow Tiong Lai, Khairy Jamaludin & etc. Memang menarik. Nah tengok trailer kat Youtube ni:


Mula2 tahu pasal projek bila aku tengah lurk pasal pengarah citer Gadoh, Namron. Aku terbaca pasal filem Lollipop, salah satu filem dalam projek ni. Filem tu menarik perhatian aku sebab:
(i) Tajuk filem itu sendiri. Sapa yang maen DotA dengan aku tahu la apa pasal.
(ii) Isu dalam filem tu. Ia sentuh tentang kisah pedophile. Rasanya semua sudah sedia maklum pasal kisah arwah adik Sharlinie.

Yang tak boleh buka youtube, tengok video trailer Lollipop aku upload ni:



Kepada yang ada facebook, boleh add jadi fan kepada projek ni. Here.



Kepada yang nak menang laptop Acer & broadband P1 WiMax, boleh klik gambar kat atas tu. Aku tak berminat. Haha.

3 comments:

  1. "meter" bez..wlaupun aku anti KJ..tp lakonan die mcm ktuk diri sndri..aku ske..haha

    ReplyDelete
  2. Meter selamba sial...boleh plak si KJ bercrmh dlm teksi..

    ReplyDelete
  3. haha.. najib pening nanti awat ada 15 malaysia lak.. nanti dia mesti tgk nih

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)