Followers

Friday, January 15, 2010

Mengapa Mereka Memanipulasi Kanak-Kanak

Petang tadi, aku keluar ke KB Mall dengan rakan. Asalnya, bertujuan hendak membeli External DVD Burner. Fikir punya fikir, tak jadi beli. Beli sahaja DVD-R jenama HP sebab jenama tu sahaja laptopku boleh burn. Sebenarnya, niat nak beli DVD burner tu disebabkan aku dah beli 55 keping DVD+R imation tapi malang laptop ni takleh burn. Sebelum ni boleh sahaja. Rugilah 55 keping itu. Cis betul.

Setelah penat pusing semua kedai komputer di KB Mall, rakan aku cakap dia haus. Aku pun cadangkan la jom beli aiskrim kat kiosk McD tu. Dia pun ok je. Sedang aku beratur dengan beliau, datang seorang budak perempuan (dalam lingkungan 9-12 tahun)secara mengejut. Tanpa bagi salam atau apa.
Bang, derma bang.

Sambil di tangannya memegang sticker bertulis Basmalah & buku al-Ma'thurat. Aku pada asalnya mahu membuat tidak endah. Namun, rakanku menghulurkan duit kepadanya. Aku pun ikut serta. Lalu diberinya kepada aku sticker tersebut. Apabila budak tu nampak kami seperti murah hati, cepat-cepat dia cakap,
3 ringgit. Harga dia 3 ringgit.

Oh ok.

Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi yang sama. Segolongan kanak-kanak, yang nampaknya daif, berjalan-jalan di pusat beli belah meminta derma dengan menjual sticker atau buku agama.


Sebenarnya, aku sangat kasihan dengan mereka. Mana ibu bapa mereka? Penjaga mereka? Sanggup biarkan mereka meminta-minta di khalayak ramai sebegitu rupa. Apakah patut mereka melakukan kerja seperti itu? Di saat kanak-kanak lain bergembira, mereka meminta-minta di jalanan.

Pernah aku terbaca tulisan seorang senior aku dalam blognya. Beliau mengekori seorang budak yang meminta derma padanya dan akhirnya berjumpa dengan seorang perempuan(mungkin ibu atau penjaganya). Menurutnya, perempuan tu hanya duduk menunggu mereka tanpa membuat apa-apa kerja. Perempuan tu juga sihat fizikalnya. Senior aku bertanya mengapa buat kerja ini, suruh budak-budak minta derma. Panik, perempuan tu merayu senior aku supaya jangan report polis dengan alasan mengatakan mereka miskin. Tak mampu.

Balas seniorku:
Tapi awak sihat je? Kenapa suruh budak-budak yang minta derma? Kenapa bukan awak? Kenapa awak tak bekerja?
Tetapi perempuan tu tetap merayu..


Pelik sungguh manusia. Punya tenaga tetapi tidak mahu berusaha. Sebaliknya mempergunakan golongan vulnerable atau yang mudah dieksploitasi iaitu kanak-kanak. Pelik.

Fikir-fikirkanlah sendiri...

9:30pm. 15.01.2010
chanz

14 comments:

  1. budak Melayu ke budak ala-ala India...

    tp diorg memang kesian..

    mcm mane la masa depan diorg nanti

    ReplyDelete
  2. kat Parit Buntar pun melambak

    dulu dekat jeti tu lagilah

    skrang dah pindah g Penang Sentral

    barulah kurang skit

    mudahnya cari rezeki yang mereka anggap halal tu ka...

    ReplyDelete
  3. Yep..Dulu selalu lepak Parit Buntar ada la budak2 camtu mai. Pelik tol aku..Terlintas gak aku nak folo depa, tapi tak jadi.

    ReplyDelete
  4. masa aku first yer dulu, pernah aku nampak beberapa orang dak minta sedekah sekitar red square USM........
    balik dari kelas, aku nampak dak tu dah kena tangkap ngan adik beradik dia yang juga minta sedekah oleh pak guard........
    pak guard check beg budak tu........
    perghhhh..........
    banyak gila duit dak tu kumpul......
    tak tau la konspirasi atau tak........

    ni persoalan aku........
    dak tu minta sedekah.........
    tapi dia ada pelekat basmalah dan al mthurat........
    siapa yang bekalkan mende tu semua???

    p/s: kau tak guna DVD R imation kan???
    kasi aku.......huhuhu........

    ReplyDelete
  5. Nak siasat tak wey? Ahak. Mungkin freemason punya keja? Tak tahu la aku.

    DVD tu aku jual RM1 satu. Alvieno pun beli. Murah dah tu wey. Imation mahal kot.

    ReplyDelete
  6. chanz ~ freemaason nyer keje?
    aku rasa diorg beli banyak
    then jual ... tp mmg sian kanak2 ...
    besar nti ~ x tau lah jd pe plak

    ReplyDelete
  7. haha...aku pernah cubit ngan sorg gal yg suh beli ayat kursi yg dia jual.....rasa nak lempang ja.
    tapi....bukan la salah dia pun.....
    kadang ksian gak....

    ReplyDelete
  8. huhu.. aku nk komen jgk pasal budak mintak sedekah 2.
    Ak org KB, mmg budk2 2 mintk sedekah dari kecik lg. Ak dah hafal da muka mereka.. dlu2 dyowang mintk kat area bndar kb. Slalu je jumpa. Dah la mase 2 ak br plajr sekolh. Duit byk mane sgt. dh pnat dh kasi duit kat dyowg. Huhu ingat x kn jumpa dh. Baru2 ni ak pn jumpa gak dyowg kat Kb Mall.. siap pakse2 lg sruh bg duit.. Sorry to say la.. ak x kn bg duit dh kat dyowng. Mmg dyowng ade agen..Lau kira kesian 2 mmg la kesian, dyowng bdk2 lg. Tp care dyowg mintk duit agak memakse..huhu

    ReplyDelete
  9. Aku suka-suka je kata freemason tu.

    Apa kata 999 ke 360 gi siasat isu ni? Bro Mazidul, we need you!

    ReplyDelete
  10. mmg kes camni banyak
    masalahnye ada yg bukan anak sini
    anak luaaaar sna pon ada

    ReplyDelete
  11. ..benda ini sangat bleluasa~.. di mana2 pun~ penang, klntan, mgkin sluruh malaysia n dunia~.. syg, mereka tcicir dlm pndidikan dan pgajaran moral oleh pjaga sndiri~ kecik2 lg diasuh untuk menipu.. benda nie lama sgt dah, macam tak ada pbelaan yang serius je thadap budak2 nie..erm,..entah r..ikut suka aku je komen~..aishshhh

    ReplyDelete
  12. Mungkin tiada siapa yang betul-betul kisah pasal hal ini....masing-masing sibuk dgn urusan sendiri.

    ReplyDelete
  13. sye ade jgak post pasal mende nie kat blog

    http://penasakura.blogspot.com/2011/01/situasi-panas-pengemis-ke-kumis.html

    kalau ikutkan hati nak jer malukan budak2 tu kat blog,..tapi takut jdi kes mahkamah jer nantie...

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)