Followers

Friday, April 23, 2010

YUI - to Mother (Radio Rip)


YUI is going to release a new single called "to Mother"~
The release date would be 02 June 2010.


Now she's playing piano! Love it~



The tracklist:
1. to Mother
2. Tonight
3. GLORIA ~YUI Acoustic Version~
4. to Mother ~Instrumental~


I just listen to its Radio rip version. For me, it's good. It's a slow beat song. You can listen here:



Credit to http://listentheworld.wordpress.com/
4:15pm, 23/04/10
chanz

Thursday, April 22, 2010

Pukul 3 Pagi

Jam Casio itu menunjukkan pukul 3. Bukan petang. Tetapi pagi. Masuk hari ini, sudah dua hari Mr. Kool tidak boleh tidur. Sudah berkali-kali beliau cuba melelapkan mata. Dari pukul 1 pagi tadi, beliau berada di atas katil empuknya. Tidur melentang. Mengiring. Meniarap. Pusing kanan. Pusing kiri. Akibatnya serupa. Ketika hendak tidurlah, macam-macam benda yang terpampang di kepala. "Tension betul," fikirnya. Tambahan lagi, kepanasan malam tersebut juga mengganggu tidur Mr. Kool.

"Ahh! Tidak kool langsung malam ni! Asal panas nak mampus?!"


Disebabkan tidak boleh tidur, Mr. Kool mengambil keputusan untuk membuka laptopnya. Terbuka blog ketidakpastian. Ada temu ramah yang perlu beliau setelkan.

"Ok ar. Ada masa ni, baik aku jawab temu ramah itu. Macam bez jek."


Mr. Kool

Temu ramah tersebut dijalankan oleh cik Amalina. Hasilnya adalah seperti di bawah:

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
Dengan ilmu Taekwondo di dada, saya elak dan bagi montum jireugi kat dia. Jika tak berkesan, saya akan ambil apa sahaja yang ada di sekitar saya, contohnya tiang lampu, saya cabut dan libas dia.

2. 6 orang dihati anda?
Di hati saya ada kamu, awak, dia dan mereka. Mereka berjumlah 3 orang. Do your math.

3. Anda rasa anda kacak comel?
Kau nak suruh aku perasan atau merendah diri?

4. Single or taken?
Movie Taken orang cakap cambez tapi tak tengok lagi. Ah, movie I'm Not Single lakonan Farid Kamil tu takbesh pon.

5. Blog yang mana anda suka?
Mencari sesuatu yang (tak) pasti. Ehh?

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Jujur saya katakan, tidak kemas setiap hari. Akan tetapi frekuensi mengemas saya agak tinggi iaitu sekali seminggu.

7. Lagu yang terakhir anda dengar?
Kalau lagu, Muhammad Ubaid - Elaika. Baru dipromote oleh -fickryhisham. Kalau soundtrack, Toshiro Masuda - Hokage.

8. Last text message
Makan x?

9. Last phone call?
My dad call me asking about my well being.

10. Hari terakhir anda menangis?
Apa nangis-nangis? Tak macho betul. Ah. Hari tu tengok movie Bigfish. Layan jugak emonya.

11. List 5 warna kegemaran anda?
Ai. Warna yang suka pun nak tau ka. Ok la...Aoi, Green, Kuroi, Shiroi, & Ahmar. Paham dakk?

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
YM is soo ancient. I'm using GT aka Google Talk!

13. Game yang anda paling suka ?
You mean video game? DotA perhaps. Maen dah 3 tahun tak bosan-bosan. Tapi sem ni sudah lama tak maen!

14. Adakah anda peminat MCR?
Saya suka album The Black Parade. Mari kita lihat album baru mereka nanti bagaimana pulak.

15. Ape perasaan anda masa jawab tag ini?
Mengantuk. Tapi stress kerana tidak dapat tidur. It's already 3 am lawl.

16. Anda rasa tag ini best?
Ah..Biasa sahaja. Tag ini umpama menjawab temu duga. Biasa la kan orang popular.

17. Tag lagi 10 orang.
Mereka yang tiada idea untuk berblogging, dah lama tak update, boleh la jawab tag ini. Rasanya nak tag rakan blogger yang baru dikenali la.

-fickryhisham

Tag ini tak wajib untuk dijawab. Ingat tu. Sila copy paste soalan ini dan jawab di blog anda ye.

---------------

Demikian temu ramah Mr. Kool malam tu.

"Wuaarrgghh! Ngantuknya....awatla panas sangat ni..."

Mr. Kool terus cuba meneruskan perjuangan beliau untuk tidur malam itu.

P/S: Entri ini tiada kena mengena dengan lagu P.Ramlee - Pukul Tiga Pagi.


3:08 am, 22/04/10
chanz

Tuesday, April 20, 2010

Kumbang

"Panasnya. Malam-malam pun panas. Baik aku gi mandi."

Kabuto bermonolog.

Lalu beliau bersiap ke bilik air.

"Ahh! Kumbang. Apa yang kau buat kat bilik air ni. Ish."

Kabuto terlihat ada seekor kumbang hitam kecil di lantai bilik air yang baru dimasukinya. Ia berada dalam keadaan terbalik dan sedang terkapai-kapai, cuba menolehkan badannya. Disebabkan rasa malu dengan kumbang itu, Kabuto pergi ke bilik air yang lain.

"Bilik air ini okay. Lalalala~"

-----

Keesokan hari.

"Lapar la pulak. Berhenti ar kejap studi, gi kafe, beli nasi, then makan sambil tengok anime kat bilik."

Kabuto bermonolog.

Setelah membeli makanan, dalam perjalanan ke bilik, Kabuto pergi ke pantri untuk membasuh tangannya. Kabuto memang suka menyelam sambil minum air. Fikirnya, kalau beliau kembali ke bilik dahulu nanti apabila hendak makan perlu keluar bilik lagi hanya untuk basuh tangan.

Tanpa melihat kepala paip, Kabuto terus memutar kepala paip tersebut.

"Ahh!! Patut tangan aku rasa lain! Ada kumbang rupanya! Ish. Buat aku saspen je. Blah ar ko."

Baru beliau perasan rupa-rupanya ada kumbang sedang melekat di kepala paip tersebut. Dengan sadisnya, Kabuto jentik kumbang itu sehingga terpelanting ke luar tingkap.

-----

Jam menunjukkan pukul 5 petang.

"Alamak, tak solat lagi."

Kabuto terlalu leka menelaah pelajaran sehingga terlupa Asar sudah masuk. Lalu beliau pergi mengambil wudhu' di bilik air di mana terletaknya pili paip yang lebih tinggi, sesuai untuk beliau mengambil wudhu'. Lebih baik bersolat dari stress studi, fikirnya.

"Ahhh!!! Ko lagi kumbang. Ish."

Kali ini, kumbang itu berada di atas lantai, betul-betul di bawah paip tersebut. Mengikut ingatan Kabuto, kumbang ini sudah lama ada di situ. Sudah beberapa minggu. Kabuto memang suka memerhati. Kumbang yang ini biasanya cuba naik ke atas dinding marmar. Secara logiknya, marmar licin. Tentu sahaja kumbang tersebut tidak mampu naik ke atas dinding marmar dengan jayanya. Walau bagaimanapun, kumbang itu tetap juga cuba berkali-kali untuk naik ke atas dinding itu.

"Gigih dan penuh kesabaran betul kumbang ni. Dah fail banyak kali pun cuba jugak. Kalau la aku macam ko."

Kabuto terfikir setelah melihat perbuatan kumbang tersebut.



P/S: Kumbang zaman moden suka lepak dekat bilik air ar. Apasal eh?
Dan Kabuto itu kumbang.


6:41pm, 20/04/10
chanz