Followers

Tuesday, April 20, 2010

Kumbang

"Panasnya. Malam-malam pun panas. Baik aku gi mandi."

Kabuto bermonolog.

Lalu beliau bersiap ke bilik air.

"Ahh! Kumbang. Apa yang kau buat kat bilik air ni. Ish."

Kabuto terlihat ada seekor kumbang hitam kecil di lantai bilik air yang baru dimasukinya. Ia berada dalam keadaan terbalik dan sedang terkapai-kapai, cuba menolehkan badannya. Disebabkan rasa malu dengan kumbang itu, Kabuto pergi ke bilik air yang lain.

"Bilik air ini okay. Lalalala~"

-----

Keesokan hari.

"Lapar la pulak. Berhenti ar kejap studi, gi kafe, beli nasi, then makan sambil tengok anime kat bilik."

Kabuto bermonolog.

Setelah membeli makanan, dalam perjalanan ke bilik, Kabuto pergi ke pantri untuk membasuh tangannya. Kabuto memang suka menyelam sambil minum air. Fikirnya, kalau beliau kembali ke bilik dahulu nanti apabila hendak makan perlu keluar bilik lagi hanya untuk basuh tangan.

Tanpa melihat kepala paip, Kabuto terus memutar kepala paip tersebut.

"Ahh!! Patut tangan aku rasa lain! Ada kumbang rupanya! Ish. Buat aku saspen je. Blah ar ko."

Baru beliau perasan rupa-rupanya ada kumbang sedang melekat di kepala paip tersebut. Dengan sadisnya, Kabuto jentik kumbang itu sehingga terpelanting ke luar tingkap.

-----

Jam menunjukkan pukul 5 petang.

"Alamak, tak solat lagi."

Kabuto terlalu leka menelaah pelajaran sehingga terlupa Asar sudah masuk. Lalu beliau pergi mengambil wudhu' di bilik air di mana terletaknya pili paip yang lebih tinggi, sesuai untuk beliau mengambil wudhu'. Lebih baik bersolat dari stress studi, fikirnya.

"Ahhh!!! Ko lagi kumbang. Ish."

Kali ini, kumbang itu berada di atas lantai, betul-betul di bawah paip tersebut. Mengikut ingatan Kabuto, kumbang ini sudah lama ada di situ. Sudah beberapa minggu. Kabuto memang suka memerhati. Kumbang yang ini biasanya cuba naik ke atas dinding marmar. Secara logiknya, marmar licin. Tentu sahaja kumbang tersebut tidak mampu naik ke atas dinding marmar dengan jayanya. Walau bagaimanapun, kumbang itu tetap juga cuba berkali-kali untuk naik ke atas dinding itu.

"Gigih dan penuh kesabaran betul kumbang ni. Dah fail banyak kali pun cuba jugak. Kalau la aku macam ko."

Kabuto terfikir setelah melihat perbuatan kumbang tersebut.



P/S: Kumbang zaman moden suka lepak dekat bilik air ar. Apasal eh?
Dan Kabuto itu kumbang.


6:41pm, 20/04/10
chanz