Followers

Sunday, August 15, 2010

Hari Kelima Berpuasa Encik Shizuo

"Dahaganya..... Wei, tak larat gila ar. Nak buka puasa leh tak"

Tanya Shizuo kat Izaya.

"Hang gila ka apa, rilek arr. Lagi 6 jam 15 minit lagi!"

Jawab Izaya. Beliau agak hairan kenapa hari ni si rakannya nampak begitu lembik. Kalau sebelum ini, punya la kuat, siap boleh cabut tiang lampu.

Tengah hari tadi, Shizuo telah pergi ke tandas. Bukan untuk tujuan suka-suka atau melawat keindahan tandas, tapi nak melepaskan hajat lah. Malangnya, hari ini bahan kumuh yang dihasilkan beliau agak berair. Watery lah. Hari ini bolehlah dikatakan beliau sedang diarrhea. Cirit birit.


Beliau teringat penjelasan dietitian beliau pada dua minggu lepas, mengenai diarrhea. Diarrhea membawa maksud sebarang perubahan pada bentuk najis iaitu dari bentuk pepejal ke bentuk berair dan mestilah mempunyai kekerapan membuang lebih dari 3 kali sehari.


Beliau terfikir lalu bermonolog dalaman:


"Adakah aku ni diarrhea? Kekerapan hanya sekali je. Tapi..huh. Perut rasa punya lah memulas. Dah ler tu, buah pinggang pun rasa sakit semacam. Mesti air dalam badan aku dah banyak hilang selepas *dotdot* tadi. Buah pinggang aku pun teruklah bekerja dah air takde."



Mengikut fahaman beliau, buah pinggang perlukan air supaya senang le nak tapis dan kawal keseimbangan elektrolit, buang urea, dan etc. Sepanjang bergelar student dietetik, apabila melihat nilai biokimia pesakit tinggi urea tetapi creatinine normal, itu bermakna pesakit tersebut kurang minum air yang mana menyebabkan urea pesakit itu pekat.


Jam menunjukkan pukul 1. Shizuo tetap rasa sangat dahaga seperti sudah dehydrated saja. Hendak berbuka minum air pun, dilihatnya botol air RO beliau kosong. Hendak memasak air pun, tidak terdaya rasa. Lagipun, beliau rasa sayang untuk berbuka. Jika beliau berbuka, maka tidak sempurnalah 30 hari puasa beliau kali ini.

"Haiyaa...."


Tak tahu nak buat apa lagi. Berada di dalam ketidakpastian. Kelas pun tiada petang ini. Maka...













Beliau pun tertidur. =p

P/S: Tak dapat jumpa gambar Shizuo tengah cool tido. Tak kisah ar ada Izaya & nampak cam Yaoi pon. Janji mesej sampai! hehe


5:36 pm, 15/08/10
chanz

8 comments:

  1. 22 minit...hari ni tak buka puasa kat surau.

    ReplyDelete
  2. masjid sultan katne?? kat istana ke? jom2..izmer tunjuk jalan eh

    ReplyDelete
  3. hahahhaa, sabar encik shizuo, sabar........
    hahahhaha.......
    kau sakit ke semalam???

    ReplyDelete
  4. aku dah ilang 2 kg 5 hari puasa....huhu

    ReplyDelete
  5. haha:D kelakar la post ang ni~~ sengal nak mampos..tp bagus gax menerapkan apa yg dipelajari..keep it up~~

    ReplyDelete
  6. masjid sultan = masjid sultan ismail petra .. kalau nak gi surau istana pun ada berbuka free,.. jalan cr sendiri,heh

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)