Blog ini sudah lama tidak diupdate. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk kembali aktif dengan mukadimahnya mengepos entri yang simple.
Baca, analisis dan muhasabah diri.
Berubahlah,
Diri anda kini
Dan selama ini
Giliran anda sudah tiba
Berjuanglah,
Peperangan sudah bermula
Pembalasan pasti kan hadir
Kesusahan juga kan tiba
Terbaik,
Jadilah yang terbaik
Usahalah mengubah diri dan dunia
Usah,
Janganlah berdukacita
Hindarilah harakiri
Inilah sahaja peluang terakhir anda!!
Diri anda kini
Dan selama ini
Giliran anda sudah tiba
Berjuanglah,
Peperangan sudah bermula
Pembalasan pasti kan hadir
Kesusahan juga kan tiba
Terbaik,
Jadilah yang terbaik
Usahalah mengubah diri dan dunia
Serta gunakanlah peluang yang ada
Inilah detik keemasan andaUsah,
Janganlah berdukacita
Hindarilah harakiri
Inilah sahaja peluang terakhir anda!!
Terjemahan dari lagu MUSE - Butterflies & Hurricanes dengan mengekalkan maksud asal lagu tersebut.
Lirik lagu ini mempunyai mesej motivasi iaitu mengajak kita melakukan anjakan paradigma. Bagus kan, MUSE? hehe. Sebenarnya, saya terfikir lagu ini juga sesuai dengan tema bulan Ramadhan.
Jika sebelum ini, kita malas ke surau bersolat jemaah, inilah masanya kita tingkatkan amalan solat kita. Jika sebelum ini kita malas menelaah al-Quran, inilah waktunya kita tingkatkan pemahaman dengan membaca ayat-ayat Allah.
Saya menggunakan perkataan 'malas' kerana, ya memang, benda ni la yang menghalang saya dan anda dari buat semua itu. Mari kita rajin-rajinkan diri sama-sama ya! Siapa tahu mungkinkah ini Ramadhan terakhir? Rebutlah peluang yang ada. Semua tahu nikmat dan pahala berlipat ganda pada bulan ini, kan? Tahu, tapi tak amal.

Penulisan ini bertujuan untuk berpesan pada diri sendiri dan anda semua.
P/S: Post sebelum ini - Hingga Akhirnya juga terjemahan lagu MUSE. =)
10:20 pm, 12/08/10
chanz
slmt berposa hakim..
ReplyDeleteselamat ramadhan ... nak beli perfume untuk bulan puasa @ raya,.. jemput ke blog ~~~
ReplyDelete:-)