Followers

Wednesday, September 15, 2010

Driving yesterday

Hari ini 15 September 2010. Dah masuk hari raya keenam. Esok 16 September. Satu Malaysia meraikan buat julung kalinya Hari Malaysia. Bermula hari Ahad lepas, aku pergi kembara raya ke rumah kawan-kawan. Begitu juga Isnin dan Selasa. Dan, setiap kali kembara, aku jadi driver.


Kali ini, aku nak kongsi sikit laaa aku punya pengalaman bawa kereta kat highway PLUS Seberang Perai nih. Bukan apaa.. Aku ni kira masih noob gak la dalam memandu ni. Setakat ni, aku hanya bawa kereta kancil. Masa belajar memandu kereta kancil, bawa kereta sewa pun kancil, kat umah pun ada kancil maroon.




Orang cakap, skill ni kalo tak guna kang berkarat. So sebab tu bila member aku minta aku bawa kereta, aku cakap,
"Berehhh!!"


Hari pertama kembara p beraya kat Sungai Dua, Butterworth. Of coz guna highway la kan. Umah aku kat Nibong Tebal. Masa nak pi, no problem sangat. Masa nak balik, jem kat highway Seberang Jaya laluan masuk ke Jambatan. Masa ni, dapat la aku gunakan skil main-main clutch tukar-tukar gear suma. Tapi nasib baik jem tak panjang sampai kat Juru.


Dah lepas dari jem ni, mula la nk bawa laju-laju. Aku tak suka bawa lebih had laju. Kang kena saman. Speed trap lah. Paling laju pun bawa 110 km/j. Lagipun, kancil je pon..Kang bawa laju-laju, terbang pulak!! Kalo bawa laju, kena dok line paling kanan. Common sense. Tengah syok bawa laju-laju, kereta depan brek lak...Pahtu...




Haha...takdak papa la.. ;p. Kereta tu brek bagi slow coz ada kereta depan cilok masuk ke kanan ja. Aku pun slow gak..And then, ada satu kereta Myvi yang bajet laju, dengan kereknya, dia rapat-rapat dengan kereta aku...cucuk-cucuk. Apa perasaan bila bawa kereta orang buat camtu?? Bengang weh!

Aku ni baik, aku bagi la dia jalan.

"Haaa pi, pi, nak sangat...amekk!!"


Yang kurang ajaqnya, kereta Myvi tu pon buat kat kereta depan-depan tu. Pahtu siap nak cilok gi kiri lak tuh coz keta depan tu tak 'baik' cam aku! Padahal ada lori sikit punya besar kat kiri tuh. HUH. Kalo dia teruskan niat dia, dah KEBABOOM da ar.. Aku masuk line kanan balik, pahtu dah dekat dengan keta myvi shial ni (masa ni keta depan suma slow), aku apa lagi...flash kat dia banyak2 kali. Padan mukoo...Pahtu bagi 'that symbol' kat diaa..Entah dia nampak ke x..member aku cakap yang bawa tu pompuan. Lantak ang ar pompuan ka, dah ang kuang ajaq sapa suh.


Begitulah perangai sesetengah orang ni bawa kereta...Laju sangat nak pi mana pun aku taktau la...Kalo taknak tensen, cubalah bersangka baik.
"Dia tak tahan dah tuu. nak buang."


Walopun cuba bersangka baik, ketensenan tu tetap ada...


Sebenarnya banyak lagi aku nak citer, tapi cukup ar setakat ni. Ni pun dah banyak arr..What a wall of texts. =p



Semalam pergi makan Nasi Goreng 69 kat kafe route 69. Pedas da nasi dia.

15/09/2010.11.16 am
chanz

4 comments:

  1. aku skang ni dok praktis bawa kete.......
    bimbang lagi nak bawa kat jalan jauh2........
    tapi kau kira terer la sebab kau guna manual.........

    ReplyDelete
  2. guna la manual bro...haha..

    xpa zaman la budak2 suma pakai auto ja..

    ReplyDelete
  3. owh.. ada jugak post untuk raya.
    tadi dapat makan ka? pas minum trus x nampak...

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)