Followers

Thursday, September 16, 2010

Reviu Band: Within Temptation

Next list of my favorite bands - Within Temptation, sebuah alternative rock band dari Netherlands. Naib juara FIFA World Cup 2010. Tak silap aku, aku start layan band ni pas Belanda konfem masuk Final. haha. Menurut google translate, Within Temptation adalah Dalam Godaan. Boleh laa pakai...



Band ini aku kenal jugak melalui last.fm. Lurk kat page Evanescence. Pahtu tengok similar artist ada nama band-band - Within Temptation, Epica, Lacuna Coil & Nightwish. So try lah dengar satu lagu bagi setiap band. Lagu Lacuna Coil - Spellbound. Tak sesuai dengan aku. Then Epica & Nightwish pun..Not bad tapi still tak impress aku. Kemudian lagu Within Temptation - Final Destination. Kesemua franchise filem Final Destination aku suka (kecuali yang keempat). Entah kenapa, seronok pulak layan lagu ni. Lirik dia memang ada kena mengena dengan filem tu.


Terasa nak tengok video band ni lakk..So cari dan cari video. Oh video dorang pun menarik. Video-video dorang selalu banyak version. Berjaya dapatkan semua version. Video What Have You Done, Frozen, All I Need, Utopia, Angels & etc. semuanya ada cerita tersendiri dalam video tu. Bukan sekadar nyanyi atas pentas. Bagi aku, Music Video kena ada jalan cerita baru best.


Apa yang bestnya tentang band ni? Band ni band symphonic rock. Bagi yang suka band macam Evanescence & We Are The Fallen, band ni boleh kata lebih kurang lah. Agak sesuai untuk telinga peminat Ev & WATF. Antara persamaan yang boleh dilihat. Kedua-duanya menggunakan vokalis pompuan. Tapi band ni lebih halus & soprano lagi suaranya. Founder band ni gak adalah couple - vocalist Sharon den Adel & guitarist Robert Westerholt. Yang membezakan dorang dengan Ev, dorang ni takda la berpecah pahtu wat grup len lak...lol.




Lirik dorang kebanyakan berkisarkan tentang kisah-kisah dari buku, filem atau kisah Sharon sendiri. Contoh lagu - Final Destination. Album The Silent Force juga menurut Sharon adalah berdasarkan buku dengan tajuk yang sama. Ada jugak lirik dorang pasal alam semulajadi macam lagu Mother Earth & Ice Queen.


Lagu-lagu yang aku rasa universal sesuai semua dengar - Utopia, What Have You Done & Forgiven. Try arr dengar!


P/S: Wat reviu band lagi...aku wat reviu ikut suka aku. Tak ikut kriteri pereviuan pon. =p 


12:10 am, 16/09/10
chanz