Followers

Saturday, December 3, 2011

Kisah Robot 2 Minggu

Stress.

Benda ni subjektif. Pengalaman aku jadi catering dietitian tak sama dengan orang lain.



Aku bermula dengan keserabutan. Company baru nak tukar. Proses mobilisation, kata mereka. Lagi satu, dapur nak renovate. Masak kat tempat lain. Pagi2 lori sampai. Nak panaskan lagi. Keje aku? Kena test la food tu. QC. Ok ke tak nak bagi patient. Mendokusai.. Masalah sekarang, chef lain yang masak, nak suruh chef kat sini alter pun kadang2 takde orang sangat pun kat kitchen. Lagi pagi-pagi, sume mood down. Ngantuk. Tak makan lagi. Aku jadi malas nak arah-arah orang kitchen. Mendok.. Oh ini semua sebenarnya cerita pagi semalam punya breakfast. Spaghetti tawar dan plain. Dapat aduan. hurm... Bukan aku yang masak pun...


Sambung pasal mobilisation. Aku sangat tak expect 1st week kerja aku adalah dari pukul 6am-8pm. Aku bukan orang KL. Jalan pun tak reti. Dah la duduk kat Sg Buloh. Depa expect aku datang sebelum 6am? wtf? Apa kejadah ni? Pahtu hujung minggu pun kena full? Akta Buruh pun cakap..... (apa ntah...) secara ringkas tak boleh la kerja 7 hari tanpa cuti. Kan? Ada kan?

Itu minggu pertama punya cerita.

Minggu kedua dah start shif. Nasib la umai join aku. Tapi masalah kerja shif pulak. Memula shif petang. Bajet senang boleh pergi lewat. Note: Dari Sg Buloh gi tempat kerja ada la dalam 40-50 minit. Mana aku nak expect jem lepas tol Damansara tu. Bengong. Lepas tu, parking pulak masalah. Sebelum ni, selamba je parking belakang dapur tu. Mana tahu Pak Guard mai, kasi warning tak leh parking situ sebab lori gas nak masuk situ. Gelabah cari parking. Dengan takde pasnya. Memula terpaksa parking kat tempat pelawat. Sejam RM1. Esoknya...Alhamdulillah, jumpa spot parking. Harap takde masalah parking situ..hoho :D




Bukan aku taknak cari umah dekat2, ni aku tengah cari la ni. Tunggu motor nak pos sini lagi. Sapa-sapa tahu ada umah/bilik kosong area PJ tu, kabor la kat awok. Tak larat la nak jem, nak abeh duit minyak, nak bangun awal2 pukul 4 pagi, nak bayar tol. Gua tak larat.


Kesimpulan, jangan kerja kat KL. Ahha~

P/S: Aku bernasib baik (atau tak?) sebab staf sume suka bagi galakan dan dorongan. Kata mereka, "Jangan lari dari masalah, face it". Ayat itu berlegar-legar dalam otak setiap kali aku rasa mendokusai mendokusai mendokusaiiiii..