Followers

Sunday, December 4, 2011

Prejudis terhadap foreigner

Dua minggu aku bekerja tetiba aku kena ikut supervisor aku jumpa department sekuriti.

"Ada barang hilang kat ward."


"Hah?"

Dan suspeknya adalah staf PSD (aka atendan yang tolong serve kat patient) yang asalnya dari Bangladesh.

Aku dengan blur-blurnya baru dua minggu, ikut je la si supervisor aku. Staf aku tu pun aku tak tau nama dia. lulz. Katanya ada dompet hilang.



Masuk je bilik sekuriti, dengan dorang punya CCTV kamera terpapar sekeliling..pakcik brutal muka garang marah-marah tengking-tengking macam interrogate orang.

"Kau ambil ke tak barang tu? Baik kau ngaku!!"
"....?? tak tau.."
"Betul kau tak ambik? Kalau saya tunjuk gambar orang cakap kau ambil camna???"
"....... .." (staf tu masih lagi blur) Lalu supervisor aku terangkan dengan bahasa mudah difahami.

"Insya Allah kalau saya tau saya cakap...."
"Kau jangan nak insha Allah insha Allah dengan aku, satgi aku....haiiiii"

Asal tak leh insha Allah?

Aku rasa cam aku lak yang kena interrogate tu. Seb bek aku pakai white coat time tu. Nampak la cam high level sikit kan.

Staf tu dengan blur dan tak faham sangat Malay, disuruhnya keluarkan semua barang dalam baju seluar. Aku pun tolong la kuarkan barang2 dia sebab supervisor aku tu female.

"Jangan pula dibogelkan sudah budak ni....haih." bisik dalam hati.

"Ni ada isi ke tak ni??" Pakcik brutal yang masih lagi sadis.
"Isi?" Balas supervisor.
"Ada passport ke tak ni??"
"Ehhh ada...."

Asal lak isi? Ingatkan tanya dah makan ke belum...

Pendekkan cerita, kami pergi naik ward berkenaan nak jumpa patient yang hilang barang tu. Tapi patient takde pergi buat report polis. Dengan intuisi seorang staff nurse berjiwa detektif, dompet tersebut berjaya dijumpai. Dia jumpa dompet tu bawah tingkap. Dan yep. Memang milik patient itu. Pesalah? Katanya, kat ward tu ada budak-budak masalah.....haih. Dah tahu ada budak camtu kat situ main tuduh je staf aku ni apa hal? Tak pasal-pasal budak tu kena tuduh, kena tengking, apa la. Main sergah je.

Turun balik office, rakan-rakan Bangladesh yang lain sorang demi sorang datang citer kat aku sebelum ni pun pernah jadi kes sama. Kawan dorang kena tuduh curi henset. Dan terbukti juga bukan dia.

Macam-macam.

Kesian pun ada aku dengan staf Bangladesh ni. Kerja teruk-teruk, gaji tak masuk lagi sebab ada agensi ambil kesempatan. Bukan aku nak sebelahi depa, cuba bayangkan jadi kat kita? Kalau kita pergi negara lain dibuat sebegitu rupa? Memang ada juga yang perangai tak betul (ada kes staf sorang ni flirt dengan patient dan...dotdotdot), tapi tak semua macam tu.


Actually masa sekolah dulu aku yang innocent pun pernah kena interrogate camtu, so aku faham apa yang dia rasa. Tak professional laa buat camtu, main tuduh je. Pihak sekuriti tu cakap minta maaf ini hanya prosedur prosedur. Prosedur la sangat. Cara budak sekolah betul.

The end.