Followers

Sunday, January 5, 2014

kisah kereta kancil #2


Ni kali kedua Kancil aku cedera. Ya, cedera.

Hari tu pasal clutch cable.

Kali ni...erm. Rasanya common issue la. Masalah bateri.

Apparently the battery has weakened already.

Isnin lepas lagi, kereta ada masalah nak start pepagi. Camna nak gi kerja ni? Aku cool. Aku try start beberapa kali. Ada bunyi. Aku cool down jap. Dua tiga minit pahtu try lagi. Huh alhamdulillah ok dah..

Itu cerita hari Isnin. Berjaya pergi dan pulang kerja.

Hari Selasa aku guna kereta abang ipar. Sebab mereka baru sampai malam sebelumnya dan parking tempat yang block kereta orang lain. Alang-alang aku tolong ubah aku bawa terus la senang.

Rabu cuti.

Dua hari tak pakai kereta...akibatnya, Khamis. Kancil takleh start langsung. Masa start bunyi apa pun takda. Ketek ketek jap. Last-last apa bunyi pun takdak.

Khamis dan Jumaat pakai kereta abang ipar aku.

Sabtu aku cuba jumper kereta dengan kereta abang ipar. Tak jadi. Cuba tolak + gear dua. Tak jadi. Aku tepon mekanik yang tolong aku hari tu, dia kata Ahad baru leh tolong tengokkan.

So pagi tadi, dia tolong tengok. Dia try jumper. Boleh pulak...

I know I have to replace the battery..

Tengahari gi cari kedai spareparts, beli bateri. Aku cakap kat tauke kedai, "bateri kereta kancil" tanpa aku sedar kereta kancil aku pakai bateri yang lagi besar. NS60L. hua3...

Tunjuk kat member mekanik tu, dia kata tak boleh...connector bateri tu besar. Yang ni kecik je. Terpaksa gi kedai spareparts tu balik..

Nasib baik tauke tu dia boleh kawtim je. Malay.


21-12-10 doh...

Amek yang NS60L, member mekanik tolong pasang. Setel. Enjin senang je hidup. Memang masalah bateri lah ni. Dah lama kot. Dari tahun 2010 ni bateri ni. hoho... terer ayah aku jaga bateri sel basah ni.

Then gi kedai tu balik trade in bateri lama (lupa nak buka siap2 bateri ni..) dapat RM10 je. huhu. Okaylah dari nothing. At least dari RM160 aku dapat RM150..

then gi gunting rambut...

Setel dua benda hari ni.

Dan balik bilik, lampu bilik pulak rosak! APAKAH SEMUA INI????

2 comments:

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)