Followers

Sunday, September 14, 2014

moments


saat kita bersama tidak selamanya.

masa kan berlalu.

ke depan.

takkan diundur.

betapa aku mahu waktu terhenti

frozen

agar saat indah itu selamanya begini.

berulang-ulang.

pusing dan pusing semula.

kekal.

kau dan aku.

bersama.

our beautiful moments.

why can't it stay forever.

betapa aku impikan kita tiada menua.

betapa aku ingin kau di sisiku sentiasa.

betapa perpisahan itu ku takuti.

mengapa?

anak kecil mengapa membesar?

sahabat setia mengapa menjauh?

kekasih tercinta mengapa berubah?

jika ini bahagia, mengapa ia pergi dari ku?

kerana segalanya bukan milik kita.

agar penghargaan itu lebih terasa.

ternilai.

dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali.

nikmat dan kebahagiaan yang sementara cuma.

hargailah ia.

nikmatilah ia.

rasailah ia.

jangan kau abaikan walau satu detik.

moga ketemu semula di syurga sana wahai jantung hati.