Followers

Friday, September 26, 2014

termimpi


satu ketika itu
kau dan aku
indah.

semalam aku termimpi
kisah baru tentang kita

ku lihat engkau
bukan seperti biasa

ku tunggu
engkau hampiri ku

ku seru namamu
tiada sahutan
tiada peduli

cuma tiada

ku tertanya
kenapa
adakah kisah kita telah luput

hilang dari ingatanmu
hilang erti
hilang segala

akhirnya dia khabarkan
engkau bukan engkau

terbangkit dari lena
hanya untuk menyedari
akan hakikat

kita tidak lagi bersama.