Followers

Wednesday, January 21, 2009

Kempen Boikot Israel

[entri Malay. yeah]

Salam wbt,
Baru-baru ini, Majlis Perwakilan Pelajar USMKK dengan kerjasama Pusat Islam menganjurkan "Kempen Boikot Israel". Tindakan MPP bagi aku memang bagus. Alhamdulillah, dengan usaha mereka tu, warga USMKK dapat mengetahui maklumat produk2 Israel dan kepentingan memboikot produk Israel ni. Khususnya non-Muslim yang kebanyakannya menganggap isu ini tidak penting bagi mereka. Namun, hakikatnya masyarakat Muslim sendiri masih ramai juga yang tidak sedar akan perlunya boikot barangan Israel ni.

"Negara aku dah aman. Peduli apa negara lain."
"Boikot tak guna. Tak berkesan pun."
"Susah ar nak boikot."

Macam-macam alasan.


Isu boikot ni memang dah lama. Sejak sekolah lagi. Senior2 selalu tekankan isu Palestin ni. Bagi aku memang takde masalah sangat nak boikot pun sebab barang2 Israel tu sume memang aku tak berminat pun~~~ cuma ada ar yang cam susah gak. tapi, kebanyakan food dah ar unhealthy. media tipu orang je banyak. barang2 kosmetik lagi ar taknah sentuh. barang2 sume MAHAL lak tuh. kesimpulannya, takde faedah ape2 pun korang guna produk2 company Israel & yang support Israel ni. Maka, jom boikot!! Kalo susah sangat nak boikot, cuba cari produk lagi bagus dari Israel laknatullah tuh!

Atas rasa tanggungjawab, aku akan menjawab tag Azahiri.

Original messege: Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list below that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others. This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

5 products that you are boycotting?
Semua. Tapi kalo aku tak sedar maybe terbeli gak. huhu. sebab banyak jenama cam blur gak produk2 dia.

5 products that i'll try my best to boycott?
1. 20th CENTURY FOX - banyak tol movie company ni aku tengok. tapi download jek. wayang tengok movie Malay jek. tapi aku tak suka sangat tengok wayang pun..ikut member punya pasal.
2. McDonald - mahal. banyak saturated fat. nak dapat cancer, CVD, obese leh ar try. yang menarik perhatian cuma iklan di TV yang cambez. akan ku cuba boikot.
3. MAGGI - ni pun sama. MSG. garam banyak. dapat hypertension satgi. kidney failure. takyah ar consume benda alah ni. ari tu (long time ago) try terus sakit kidney esok pagi.
4. NOKIA - aku peminat Sony Ericsson. sebab sound lagi best. design lagi best. bagi aku arr. pasni nak gi cari Sony Ericsson cybershot. dah nak lingkup henset lama nih.
5. KITKAT - kitkat ni sedap coklat dia. ye r banyak gula dalam tuh. caffeine lagi. ketagih nanti kang. coklat ni memang menarik perhatian aku bila pergi 7 Eleven ke, mana2 shopping complex ar. tapi jarang aku beli. nak save duit le katakan.

5 products that are hard to boycott?
1. NESTLE - yang ni memang..sangat PAYAH. taktau ar. produk susu. milo.
2. INTEL - walopun laptop aku pakai AMD, tapi barang2 lain byk gak Intel kat umah.
3.KFC - balik umah jek, ada ar member ajak gi KFC. perabeh duit jek. nak wat camne iklan TV tuh!! walopun tak terpengaruh cam budak2 tapi kita tetap akan rasa nak try.
4. SUNKIST - susah.. air oren dia sedap. ye r. pewarna dia sedap. kandungan gula pun sedap. kandungan vitamin C tu no komen ar.
5. DANONE - biskut dia cambest. walopun lagi suka Munchys. ntah ar. sume iklan TV yang pengaruh aku!!

TAG lain:
no idea. sapa2 ar.



Antara aktiviti MPP hari tu. Tandatangan di banner. Dan dimaklumkan nak dihantar ke Kedutaan Palestin (kot). tak pasti le plak. walao bagaimapun, aku dah tandatangan. cuba korang try carik tandatangan aku.

P/S: Azahiri, copy gambar dari blog ko eh~~ hehe.

1 comment:

  1. first entry ko in bm..
    hehehe...

    ko sama cm aku...
    aku pun suke SE..
    amek pic gune enset SE lagi best kan..
    sharp je pic die..
    sound die pun best...

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)