Disebabkan laptop tiada suara ditambahkan dengan eksternal harddisk pula rosak, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan pembacaan buku. Buku bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz ini, sudah lama dibeli sejak bulan Ogos 2009 lagi. Buku ini menarik minat saya untuk membaca kerana ia mengisahkan tentang tokoh misteri yang disebut dalam al-Quran. Sewaktu mula beli, memang rasa semangat untuk baca sehingga 3/4 berjaya dihabiskan. Akan tetapi, disebabkan kesibukan duniawi sebagai seorang pelajar Dietetik, dan diri ini lebih suka menonton video, pembacaan ditangguhkan.
Sehinggalah hari ini.
Petikan dari buku tersebut:Masyarakat dunia secara umumnya dan masyarakat Melayu khususnya menganggap Raja Iskandar (Alexander the Great) adalah Zulqarnain hingga menjadi sinonim, dua nama ini diletakkan seiringan iaitu 'Iskandar Zulqarnain'. Namun ada ulama-ulama lain yang berhujah, gelaran Zulqarnain itu bukanlah bersandarkan kepada Raja Iskandar tetapi kepada raja yang lain. Hanya hujah-hujah mereka tidak sampai kepada kita.
Di dalam buku ini, siapa Zulqarnain sebenarnya dibincangkan dengan hujah-hujah dan fakta melalui kajian yang penulis lakukan. Selain itu, ia juga membincangkan tentang sejarah tokoh-tokoh seperti Raja Namrud, Nabi Sulaiman dan Raja Bukhtanasar. Perbincangan mengenai ciri-ciri Zulqarnain dikaitkan dengan Alexander the Great (Raja Iskandar) dan Raja Kurush (Cyrus the Great).
Lagi petikan:
Perkataan Zulqarnain disebut sebanyak tiga kali dalam cerita mengenai beliau yang dinyatakan di dalam Quran iaitu dalam Surah al-Kahfi. Secara umumnya, terdapat empat ciri Zulqarnain yang disebut dalam Quran iaitu:
1) Perjalanannya ke arah terbenamnya matahari (barat).
2) Menerima wahyu daripada Allah iaitu memilih sama ada hendak mengazab atau membuat kebaikan.
3) Perjalannya ke arah terbitnya matahari (timur) dan menemui kaum yang tiada pelindung.
4) Membina tembok menghalang Yakjuj Makjuj.
Keempat-empat ciri tersebut dikaitkan dengan kedua-dua tokoh Alexander the Great dan Cyrus the Great dengan memfokuskan tokoh mana yang lebih sesuai dikatakan sebagai Zulqarnain. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlu baca buku tersebut okay!
------------------
Pada pendapat saya, buku ini sangat bagus kerana banyak memberi input-input baru di samping memperbetulkan fakta sejarah. Jujur diakui, saya kurang meminati subjek Sejarah sejak di bangku sekolah, mungkin kerana cara pengajaran yang membosankan. Sejarah juga selalu dikaitkan dengan unsur dongeng dan mitos yang mana saya cukup tidak suka. Raja ada kuasa la, kena tulah la, panglima kebal la.. zzzz. Menipu sahaja.
Kisah Zulqarnain berbeza kerana beliau merupakan tokoh misteri. Kepada individu yang meminati elemen misteri, anda harus membacanya~
P/S: Saya membaca buku ini sambil menggunakan Google Earth untuk memahami lebih lanjut nama-nama tempat disebut dalam buku ini. TQ Google Earth.
6:37 pm, 01/05/10
chanz