Followers

Saturday, January 17, 2015

tanpa kata


mungkinkah telepati?

tiada lafaz terucap.

tika itu..

sendirian.

mahu pulang.

dan aku menoleh.

oh.

terlihat kamu di sana.

bersama rakan taulan

sungguh 

gembira benar kamu

entah bagaimana..

kamu menyedari

aku di sini

dalam sekelip mata itu..

kita berpandangan

kita tersenyum.

mata bertentangan

indah.
 
saat itu..

walau hanya seketika

ia memberi seribu pengertian

jika ini bahagia, mengapa tidak ia kekal selamanya?

aku berlalu pergi.

demikian

terbitnya rasa sesal

kenapa tidak aku ke sana

kenapa tidak aku menegur kamu

kenapa tidak kita pulang bersama

dalam jejak ketiga..

aku disapa.

kamu.

bagaimana?

bisa kamu mengerti apa di benakku?

bisa kamu membaca apa di hatiku?

bisa kamu memahami maksud isyaratku?

ya aku mahu kamu di sisiku

ya aku mahu kita bersama

berjalan bersama

pulang bersama

tanpa kata..

tangan digenggam

berpegangan

seiringan

tanpa sepatah kata

cukup sekadar

mengetahui kau ada di sisiku..

terima kasih.

wahai cinta hati

suatu ketika dahulu.