Followers

Monday, March 30, 2009

Serve me right...=<

Warning! Entri mungkin berunsur LOL atau mungkin juga memerlukan empati anda.
(go wiki if dont understand what i mean)


hm. cantek tak gambar ni? cantek kan. ni la gambar pintu gerbang. bercahaya kelap kelip bak bintang di angkasa. yeah. namun tahukah anda kisah di sebalik gambar ini? tak tahu dan nak tahu? biar aku cerita..

rakyat Kelantan patut tahu hari ini hari keputeraan sultan. dan sehari sebelum hari ni mereka juga tahu lampu2 di pintu gerbang kat jalan sekitar KB akan bercahaya terang gemilang menyinari alam buana. seperti dalam gambar kat atas. dan tahu apa yang mereka buat? mereka akan naik kereta dengan rakan taulan saudara mara lalu menyesakkan jalan. sangat sesak. jammed. sesetengahnya berhenti di tepi jalan bertujuan hanya menangkap gambar. sesetengah mungkin nak pegi majlis2 sambutan ni. sesetengah mungkin ada yang nak balik kampung. well, balik kampung.

and, thanx to the kemeriahan, aku terlepas bas. betool. aku terlepas bas. tak caya sudah. bertolak dari USM kul 9.15, sampai Langgar kul 10.07 pm! bertambah tensen bila tahu bas yang kuar masa kereta baru masuk stesen tu lah bas Butterworth. tak guna. si driver kereta dah bertolak pegi. ape lagi ku mengejar bas itu sepenuh hati (jalan je pon..) tapi tak sempat. tak larat nak kejar dah. huhu. lalu ku rehat di tepi jalan dan tunggu kereta datang mengambil kami lalu ku mengambil gambar pintu gerbang yang cambez tuh..

huhuhu..

dan inilah dia. burn tanpa guna api. rm34. yay, damnit.

nak tahu kisah versi lain. pegi tengok blog the future. blog masa depan yang tak boleh meramal masa depan pon......dia cakap nak post gak

(haha, and pity you...?)

Wednesday, March 18, 2009

tagged.. LAGI!!

gambar mungkin ada kena mengena dengan post ni. fikirlah sendiri.


1. 7 CIRI WANITA IDAMAN [yang akan menjadi isteri] ANDA


no. 1 -- dia mestilah loli..moetan..hahaha..apekah loli & moetan? go find it out yourself ar.. sapa suh tak layan anime
no. 2 -- pandai maen guitar cam YUI...hahaha
no. 3 -- pandai nyanyi cam YUI gak..
no. 4 -- tak kesah kalo aku kahwin dua..hahaha
no. 5 -- sanggup membuat perjanjian berdarah kalau bercerai dia kena bayar pampasan sebanyak sejuta..!! aku bayar yang segala benda aku kena bayar ar...kah2. ni sebenarnya untuk mengelak kami bercerai
no. 6 -- mendengar kata aku bukan kata mak pak dia.. tapi memang tanggungjawab pompuan lepas bergelar isteri yang utama adalah suami bukan makpak dah!! tu pun tak mengerti
no. 7 -- setia & solehah (ni aku serius)

hahaha..cam malas jek nak jawab lagi.. tapi takpa jawab..

2. 7 WANITA YANG ANDA MINATI SEPANJANG HIDUP
err.. apsal banyak sangat..hm. bang! jer lah

the 1 -- YUI~~ hahaa
the 2 -- Nami-chan
the 3 -- golongan yang pandang ke depan. bukan ke belakang.
the 4 -- golongan yang bertudung labuh. aku takde ar minat. just respect.
the 5, 6 & 7 -- ish2. watpa minat banyak2..tak setia pada yang satu betul daaa

3. 7 PERASAAN SEKIRANYA ANDA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI

satu -- rasa berdosa (kalo tak kahwin lagi)
dua -- rasa hepi euphoria (kalo dah sah..ehem! kahwin ar)
tiga -- rasa best
empat -- rasa segan sampai nak gi jalan bagan
lima -- rasa mau peluk diaa hahaha
enam -- rasa bosan (kalo hari2 kuar dengan dia...hampeh)
tujuh -- rasa apa yang dirasai oleh sensory aku..

ish2 soalan ni menggalakkan couple nih...

4. 7 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI DENGAN TEMAN ANDA

ichi - taman rama2. leh tengok rama-rama. hahaha
ni - taman bunga. leh tengok bunga
san - taman burung. leh tengok burung
yon - taman rekreasi. leh jogging
go - taman harapan. eh ni nama taman rumah aku..
roku - taman linkin. aka linkin park.
nana - Gunung Everest. boleh melihat dunia dari gunung paling tinggi ni. sejukkK..

5. 7 BARANGAN/SESUATU ISTIMEWA YANG MUNGKIN ANDA AKAN HADIAHKAN KEPADA PASANGAN

wahid - senduk
isnani - kuali
salasah - pinggan
arba'a - cawan
khamsah - sudu
sittah - mangkuk
sab'ah - hahh..ape lagi. jom masak same2

6. 7 LAGU YANG AKAN ANDA NYANYIKAN UTK PASANGAN

1 -- syifa' - isteriku (yay dah kahwin)
2 -- YUI - i remember you (bila berjauhan)
3 -- YUI - happy birthday to you you (bila hari jadi)
4 -- peterpan - ada apa denganmu (bila bergaduh)
5 -- the brilliant green - Stand by me (bila masa susah)
6 -- Nakajima Megumi - Anata no Oto [your sound] (bila dia tengah berleter2)
7 -- Yuki - Home Sweet Home (bila dia balik umah)
8 -- Home Made Kazoku - Thank You!! (hari2 aku nyanyi..tq)
9 -- Def Gab C - Ampunkan Aku (bila dia merajuk marah2)
10 -- Hujan - Kau Pejak Hatiku Lagi (bila aku tersentuh dengan tindakannya)

7. RAKAN YANG DI "TAG"
dah malas dah nak tag orang..nanti kene tag balik plak..anti2..

Monday, March 16, 2009

Hari hari Yui..xDD

tadi baru beli tiket balik 29hb Mac ni..balik bilik saja2 try buka blog apa dah jadi. ha. si cyberzwan mengetag aku plak. takpe ar. jawab jek. bosan neh.

Instruction:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and describe about it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


ha.. salah instruction tu ar. umum sangat. cakap folder photo. dah ar ada dua folder photo dalam laptop aku.. satu yg family satu lagi pasal aku je.. so aku tekan yg pasal aku. folder keenam adalah folder "Artis".. dan.. gambar artis yang aku ada paling banyak mestilah... er.. YUI! xD

ok la. nak description eh. gambar ni sebenarnya adalah gambar artis jepun, YUI. ni gambar cover bagi single dia tahun lepas - Namidairo ataupun maksud dia Color of Tears.. kat jepun setiap kali ada lagu single kuar kat radio, dorang pasarkan single tersebut..bukan cam Malaysia.. selalu single tu ada ar dua tiga lagu..

cakap lah aku fanatik YUI ke apa..yang penting aku happy... lagu beliau dapat ceriakan hari-hari aku yang penuh dengan kerja.. sebab tu korang sumer tengok aku hepi jek.. ha... aku memang tak suke tensen2. banyak assignment? susah apa.. siapkan ar.. CA? hentam jek.. hak2

tak terasa challenge pon. nak tag sapa plak. ha. nah:
1. lukvista
2. CJ
3. eyemeroll
4. lea




Sunday, March 8, 2009

Impromptu FAIL!!


arghh..

apsal la..

kenapa..

bila dah lepas baru aku ada idea nak cakap.. selalu camtuh.. bila kat depan blur jekK..

damn it. mungkin aku ni tak pandai berkata2. hm. memang pon. huhu...

Ado boleh plak selamba cakap walopun topik dia cam takdak idea.. boleh plak dia melalut pasal child adoption.. si Aaron pon sama.. juz ketawa2 jek pon.. aku memang patot amek creative writing..tak pun effective reading (wait, takdak orang amek lar!!!) huhu

saja nak emo luahkan perasaan jap.. aku masih ok. yeah. i'm an optimist guy. everything's gonna be alrite!!!!

Monday, March 2, 2009

Lihat, Perhati dan Tengok SAW

yosh. kali ini aku nak review sket pasal movie yang bez bangat ni - SAW.

Perkataan SAW merupakan english word, past tense dari perkataan SEE. Ia bermaksud lihat, perhati atau tengok. mungkin nak suruh viewer observe citer ni betol2. SAW juga merujuk pada gergaji - chainsaw, hacksaw, circular saw.. melihat pada penggunaan gergaji yang banyak dalam movie ni..

tajuk movie ni sebenarnya petikan dari perkataan JIGSAW, gelaran bagi pembunuh bersiri (kah?) dalam movie ni. hal ini disebabkan pembunuh tu akan mengambil sedikit (erk!) lapisan kulit berbentuk jigsaw puzzle dari mangsanya yang gagal melepaskan diri dari trap. atau dengan kata lain, mangsa yang tak dapat main game dengan selamat, iaitu GAME OVER.

namun, persoalannya di sini, benarkah JIGSAW tu pembunuh? dia tak pernah membunuh dengan tangan sendiri. hanya mengadakan satu GAME dengan RULE2 nya tersendiri yang sangat berisiko. pemain/mangsa sentiasa mempunyai peluang melepaskan diri, CUMA - kenalah menyeksa badan anda ataupun terpaksa mengorbankan orang lain.. walo camnapun, pihak polis tetap mengatakan JIGSAW a serial killer sebab dia yang pasang TRAPS tu sumer..

movie ni dah bersequel sampai 5 dah. sumer sequel sangat bez.


SAW I [2004]:



SAW II [2005]:

SAW III [2006]:

SAW IV [2007]:


SAW V [2008]:dari movie ni gak, kita boleh fahami macam mana sifat human nature.. macam mana manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup, sifat terburu-buru manusia yang membawa padah (SAW IV), kecenderungan manusia yang suka melanggar arahan/RULE (SAW II & V) dan yang paling bez adalah keunikan minda penjenayah nih - JOHN KRAMER aka JIGSAW.

John Kramer ni yang reka TRAPs, RULEs dan pilih mangsa yang hanya terdiri dari manusia yang broken, yang tak sayang nyawa.. lagi menarik beliau ni merupakan tokoh engineer yang berjaya dalam bidang Civil Engineering. siap ada kompeni dipanggil Gideon. memang dasat minda Engineer nih. hoho. Michael Scofield (PRISON BREAK) pun merupakan Structural Engineer yang berjaya.

maybe disebabkan kehilangan anak dalam kandungan isteri (penyangak punya pasal) ditambahkan lagi dengan didiagnos sebagai penghidap cancer, beliau start jadi JIGSAW...namun masih banyak lagi pasal John yang belum didedahkan.. aku masih tertanya2 apa yang John wasiatkan pada isteri dia..apa dalam KOTAK tuhh??


walau bagaimanapun, ini hanyalah cerita.. fiksyen semata2. cerita yang diolah dengan begitu baik sekali..yeah. cerita yang penuh suspens. dan soundtrack pun sedap. mana lah aku nak download. kalo ada jaring ni dah lama aku dwnload... nak dok TENTEN balik!!! huhu.

btw, thanx to Azahiri kerana membekalkan aku sumer movie SAW~~ yeah!! tak sabar tunggu SAW VI !!

akhir kata, SAW & WATCH lah SAW.. xD. but warning kepada sesapa yang tak sanggup nak tengok manusia dikelar2 dikerat2 dan berdarah2...