Followers

Tuesday, December 29, 2009

Jejaka Tokyo Berkahwin Dengan Karakter Video Game

Jepun tak pernah berhenti dari menarik perhatian aku.


Nene, awek video game NDS~

A Japanese man has married a character in a popular video game, taking her -- and his handheld game console -- on an overseas honeymoon.

The man, who prefers to use his online moniker SAL9000, met character Nene Anegasaki while playing dating simulation game "Love Plus."

They got married a few weeks ago, broadcasting their ceremony live on Japan's version of video-sharing website Youtube.

SAL9000, who did not want to reveal his real name for fear of being misunderstood, admits to be an "otaku," a breed of Japanese youth obsessed with video games, computers and fantasy worlds.

"In the Japanese otaku or nerd culture, there's a tradition of calling characters my wife, and I sort of thought of Nene as my wife. Since I was calling her that, I thought we'd just have to get married then," he told Reuters Television.

"If more people were to find ways of expressing themselves like this, I think it would make society a bit more interesting."

The newlyweds, who went on a honeymoon to Guam, now go on dates around Tokyo, with SAL9000 taking pictures of Nene, installed in his Nintendo DS, in front of famous landmarks and then posting them on social networking sites.

As the game "Love Plus" has voice recognition software, SAL9000 says it's possible to have a sort of conversation with Nene or even play simple games such as rock, paper, scissors.

He also has vowed to have and to hold, for better and for worse, even if another, updated version of the game is released.

"I think I'll probably continue playing Love Plus. I won't cheat," SAL9000 said.

Source: JPopAsia | CNN

Boleh tengok video perkahwinan mereka di web CNN.

Oh, if only I could,
ユイさん、けっこんして おねがいします!! へへ~

29.12.2009. 10:28pm
chanz

Wednesday, December 23, 2009

Video: A Merika Memang Pandai (Kan?)

Kali ini, aku nak share video sikit dengan hampa. Aku curi dari blog randum si DarkK. Dia tak kisah punya. Bukan video dia punya pun.




Pastikan anda sudah melihat video ini sebelum membaca di bawah.















































Some things I learn (not) from them:
- Muslim is the Israeli religion. (lol Muslim is not even a religion. Islam is religion)
- A mosque is an animal.
- Iran, North Korea & France are on the same map! (OMG)
- Tony Blair is an actor.
- Kofi Anan is a drink.
- Star Wars is a true story. (lol)

23.12.2009. 11:44am.
chanz

Tuesday, December 22, 2009

You're Everything

Aku rasa nak post lagi. Jarang aku post dua hari berturut-turut. Bukannya apa. Hari ni kuar result. Dan inilah kali pertama result aku sebegini tinggi. Sangosan. Hehe. (Go learn Japanese for those don't understand. For those who understand, just keep it low & quiet, please.=P)

Syukur Alhamdulillah. Thank God. Thank you, my mom and dad for your prayers. Thank you, my generous lecturers, my helpful seniors and supporting friends.


Dan sekarang ni, aku dalam mood lagu "Lifehouse - Everything". Lagu ni dah lama dah pun. Ia mula mendapat tempat di hati aku selepas aku dengar melalui episod 21 Season 1 Smallville. Dah lama bai. Cuti ni aku berjaya maraton dua season Smallville je. S1 & S2. Season 5 & 6 aku dah tengok dulu2. So tinggal S3, S4, S7 & S8. Skang dah tayang S9. Kawan aku cakap Season 9 ni paling best. Huhu. Tak sempat nak keep up gak le camni.

Lagunya agak slow mula2. Download kat sini.


Hayatilah liriknya yang penuh jiwang dan romantiss! (dengan sedikit translation dari aku)

Find Me Here (cari aku)
Speak To Me (cakap kat aku)
I want to feel you (aku nak rasa kehadiranmu)
I need to hear you (nak dengar kamu)
You are the light (ko lah cahaya)
That's leading me (yg bawa aku)
To the place where I find peace again. (ke tempat yg tenang)

You are the strength, that keeps me walking. (ko lah kekuatan yg buatkan aku terus berjalan)
You are the hope, that keeps me trusting. (ko lah harapan untuk aku terus percaya)
You are the light to my soul. (ko lah cahaya jiwa aku)
You are my purpose...you're everything. (ko tujuan aku, ko lah segalanya)

How can I stand here with you and not be moved by you? (boleh aku dok kat ko tapi tak terasa tersentuh?)
Would you tell me how could it be any better than this? (cuba bagitau sat ada benda lain ke lebih baik dari ini?)

You calm the storms, and you give me rest. (ko tenangkan ribut, ko tenangkan aku)
You hold me in your hands, you won't let me fall. (ko pegang aku, tak biarkan aku jatuh - Clark pegang Lana dalam tornado tu..)
You steal my heart, and you take my breath away. (ko curi hatiku, ambil nafasku)
Would you take me in? Take me deeper now? (boleh ambil aku sedalam lagi?)

How can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?
And how can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?

Cause you're all I want, You're all I need (sebab ko sahaja yg aku nak. Ko je aku perlukan)
You're everything, everything (ko segalanya, segalanya!!! the rest sama je)
You're all I want you're all I need
You're everything, everything.
You're all I want you're all I need.
You're everything, everything
You're all I want you're all I need, you're everything, everything.

And How can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?
How can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?

How can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?

Would you tell me how could it be any better than this?


Yeah. You're everything~~ Memang sesuai dengan mood citer time tu.

22.12.09. 11.41am
chanz

Monday, December 21, 2009

Dietetik?

Huh. Penat. Semalam, berlangsungnya kenduri kahwin kakak aku. Sebagai orang yang ringan tulang, kena la aku tolong buat kerja. Ahak. Hari ni pulak, kenduri pengantin lelaki, 3 jam setengah perjalanan baru sampai ke Sungkai tu. Ingat ayah aku nak bagi aku drive, tapi tak pun. Takpa. Leh tido lam keta.


Kenduri pengantin lelaki - Sungkai, Perak

Bila ada kenduri macam ni, baru la sanak saudara nun jauh di sana, keluarga mak aku di Johor datang ziarah. Kemudian, kenduri macam ni jugak akan menemukan aku dengan cikgu2, dan sahabat2 ayah aku yang punya lama aku tak jumpa sejak aku kecil dulu2.

Well, bila jumpa mereka ni, soalan cepumas yang confirm akan ditanya,

Belajaq mana la (sekarang) ni?
Amik cos apa?
Aku pun jawab la.

Kelantan. USM. Dietetik.
Apa dia? Pakcik tak faham

zzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Semua orang tak tahu apa benda la dietetik ni. Ada ingat diabetik. Seb bek bila aku cakap dietitian ada orang faham. Bagi yang blur lagi, aku cakap "pakar pemakanan". Lalu mereka pun, "ooOOoo".

Perlu aku akui, cos ni tak popular. Term 'dietetik' tu sendiri tak popular. Lain la kalau aku cakap, "medic", "engineering", or "forensic" sume orang tahu je. Tapi aku tak kisah pun. Aku bukan hendak mengejar populariti.

Hua3.

Lagi best, time camni, ayah aku akan citer la kisah aku yang tidak mengambil Engin, tolak Jepun & mengambil Dietetik ni kat kawan2 dia. Rasa nostalgik sikit.

zzzzz lagi.


Buat yang tak tahu apa itu dietetik, senang cakap dia study tentang pemakanan dan diet yang sesuai untuk pesakit2 cam kencing manis, darah tinggi dan kegagalan buah pinggang. Bidang kerjanya memang luas. Sama ada anda boleh jadi clinical dietitian, research dietitian, community dietitian, food service dietitian, admin dietitian & kalo byk duit sket wat company sendiri, wat private practice. Tempat kerja boleh kat hospital, universiti or maybe gak kat kilang or hotel. (Maybe). Dah banyak IPTA & IPTS yang tawarkan cos ni skang ni. USM, UKM, UIA. Nak tahu lebih lanjut, google je.

Mula-mulanya, memang aku rasa kekok sikit belajar. Tetiba kena belajar masak la. Mana aku pernah masak kat rumah. Masak maggi & goreng telur ada r. Tapi, disebabkan aku ambil cos ni la, aku dah mula menjinak-jinakkan diri dengan dunia masakan ni. Hasilnya, aku rasa memasak memang best. Dan puas. Penat ada gak. =)


Tiga tahun sudah. Moga-moga aku dan rakan2 lain berjaya dalam bidang ini. Tak pernah aku sangka orang cam aku ni boleh ambil dietetik. Hahak.


Rakan-rakan student dietetik



Note: Buat yang tak tahu apa motif "zzzz" tu, sebenarnya ia selalu digunakan dalam garena, komuniti bermain dotA. Bila game tetiba lag/slow sebab putus connection, mesti akan ada yang type "zzz" tu.


21.12.2009. 10:54pm.
chanz

Monday, December 14, 2009

The Lost World of Penang

[Aku jarang post pic aku kat blog. So...sotong ar, bak kata Thien]

Aku berjalan-jalan lagi. Kali ini aku dan rakan-rakan menjelajah ke Taman Negara Pulau Pinang. 21 tahun tinggal di Penang, tidak pernah aku tahu wujudnya Taman Negara di sini. Ibu bapa aku pun tak tahu. Sapa yang tahu?

Disebabkan tiada siapa yang tahu akan kewujudan hutan ini, maka sesuailah aku namakannya "The Lost World of Penang". Hahak.

Antara aktiviti2 yang telah aku lakukan, berjalan-jalan di kanopi sepanjang 200 meter. Tapi tak tinggi mana pun. 200 m pun sebenarnya dia pusing2 pokok meranti melantai je.

Setelah hampir sejam ber'jungle trekking', akhirnya kami tiba di destinasi - Pantai Kerachut. Apa lagi, BBQ, pasang khemah, main bola, blah2..dan MANDI.

Jam menunjukkan 6 petang. Apa lagi, balik ar. Bukan nak bermalam pun sebenarnya. Ahak. Balik lambat2 kang hujan naya je.

Semasa perjalanan pulang ni, dah nak maghrib dah pun, berlaku peristiwa mistik sikit, yang ramai gak antara kami yang menyedari akannya. Tak tahu la betul2 mistik atau sekadar angin je. HUa3. Tapi aku pun ada rasa sesuatu. Sesuatu yang tak pasti. Hoho.


Milik bersama siapakah?

Menarik lagi tempat ini, sedang aku jalan2 di pantai aku terjumpa sesuatu!


Ada seorang bernama "chanz" di pantai itu. Taktau la sapa..

P/S: This post is just me trying to be open to public. But then I realize it was stupid and immature. Although the pics are actually nothing. By the way, just for clearance, there were no scandal pics here for those suddenly happen to click this link. lol
edited by chanz 17/02/10

Saturday, December 5, 2009

Saw 6 Kurang Feel

Fuh. Akhirnya sudah ada release R5 untuk Saw VI!

Ingat post aku tentang Lihat, Perhati & tengok SAW? Inilah dia sequel keenam Saw pula.

Ok, jalan cerita kali ini dia sambung balik Mark Hoffman punya kisah. Dan menjawab persoalan apa yang ada dalam kotak tu.




Saw 6 ni aku tak rasa feel sangat, tak dapat mendalami sangat watak yang kena test tu - William. Sebelum ni, watak utama yang ditest aku rasa macam sesuatu je, boleh rasa apa yang dia rasa ar. No matter what, aku tetap tengok citer ni dengan berdebar-debar, setiap scene yang ada (scene carousel tu) memang menyebabkan aku terbeliak mata punya.


Ending dia, William mati. Hoffman, tak sure, hidup lagi kot. (hidup pun oral cavity ko dah K.O.) Tapi penamat sebenarnya menunjukkan yang Mark Hoffman juga ditest oleh Jigsaw.


So..adakah ini penamatnya? Oh no, ada lagi Saw 7.. BACA. maybe ada lagi apprentice baru? Becoz Amanda already dead, Jill (Kramer's wife) tak mungkin akan jadi Saw punya. I think there will still be a predecessor...mesti punya..Mesti salah seorang yang jadi mangsa dalam test2 dia ni. Yang masih hidup.




Google Saw 7, aku terbuka video dibuat Toberoon kat youtube, di mana teori beliau mengatakan Dr Gordon Lawrence salah seorang accomplice gak. Dalam Saw 1, dia tak konfem mati pun. Tambahan lagi, dalam Saw 6 ada tunjuk potongan jigsaw yang kemas - potongan seorang surgeon.

Boleh tengok video tu kat SINI.

Untuk maklumat tentang Saw 7, boleh tengok SINI.


Suka tengok poster bergerak Saw VI ni.



HIS DISEASE IS SPREADING!! lol.

Tuesday, December 1, 2009

Reunion

Reunion. Semalam, 30/11/09, kawan-kawan sekolah aku buat reunion yang agak grand ar. Ex-SMKANT batch 01-05. Bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort. Malas nak cakap banyak. Tengok ar gambar



logo reunion di banner


kami semua


happening gila. lompat!



yeah. posing2..



Memang seronok dapat jumpa balik member2 sekolah, yang mana kami menuntut ilmu bersama selama 5 tahun.

Walaupun tak ramai yang dapat datang, dengan pelbagai alasan yang boleh diterima dan tidak, bagi aku, aktiviti reunion kali ni memang best. Bak kata Don, "rugi sapa tak mai". Hahak.

Lepas ni, lagi 5 tahun maybe kami akan buat balik. Semua maybe dah ada keja/kahwin apa suma. Insya Allah. Lagi best rasanya. Hoho.