Petang tadi, aku keluar ke KB Mall dengan rakan. Asalnya, bertujuan hendak membeli External DVD Burner. Fikir punya fikir, tak jadi beli. Beli sahaja DVD-R jenama HP sebab jenama tu sahaja laptopku boleh burn. Sebenarnya, niat nak beli DVD burner tu disebabkan aku dah beli 55 keping DVD+R imation tapi malang laptop ni takleh burn. Sebelum ni boleh sahaja. Rugilah 55 keping itu. Cis betul.
Setelah penat pusing semua kedai komputer di KB Mall, rakan aku cakap dia haus. Aku pun cadangkan la jom beli aiskrim kat kiosk McD tu. Dia pun ok je. Sedang aku beratur dengan beliau, datang seorang budak perempuan (dalam lingkungan 9-12 tahun)secara mengejut. Tanpa bagi salam atau apa.
Sambil di tangannya memegang sticker bertulis Basmalah & buku al-Ma'thurat. Aku pada asalnya mahu membuat tidak endah. Namun, rakanku menghulurkan duit kepadanya. Aku pun ikut serta. Lalu diberinya kepada aku sticker tersebut. Apabila budak tu nampak kami seperti murah hati, cepat-cepat dia cakap,
Oh ok.
Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi yang sama. Segolongan kanak-kanak, yang nampaknya daif, berjalan-jalan di pusat beli belah meminta derma dengan menjual sticker atau buku agama.
Sebenarnya, aku sangat kasihan dengan mereka. Mana ibu bapa mereka? Penjaga mereka? Sanggup biarkan mereka meminta-minta di khalayak ramai sebegitu rupa. Apakah patut mereka melakukan kerja seperti itu? Di saat kanak-kanak lain bergembira, mereka meminta-minta di jalanan.
Pernah aku terbaca tulisan seorang senior aku dalam blognya. Beliau mengekori seorang budak yang meminta derma padanya dan akhirnya berjumpa dengan seorang perempuan(mungkin ibu atau penjaganya). Menurutnya, perempuan tu hanya duduk menunggu mereka tanpa membuat apa-apa kerja. Perempuan tu juga sihat fizikalnya. Senior aku bertanya mengapa buat kerja ini, suruh budak-budak minta derma. Panik, perempuan tu merayu senior aku supaya jangan report polis dengan alasan mengatakan mereka miskin. Tak mampu.
Balas seniorku:
Pelik sungguh manusia. Punya tenaga tetapi tidak mahu berusaha. Sebaliknya mempergunakan golongan vulnerable atau yang mudah dieksploitasi iaitu kanak-kanak. Pelik.

Bang, derma bang.

3 ringgit. Harga dia 3 ringgit.

Tapi awak sihat je? Kenapa suruh budak-budak yang minta derma? Kenapa bukan awak? Kenapa awak tak bekerja?Tetapi perempuan tu tetap merayu..
Pelik sungguh manusia. Punya tenaga tetapi tidak mahu berusaha. Sebaliknya mempergunakan golongan vulnerable atau yang mudah dieksploitasi iaitu kanak-kanak. Pelik.
Fikir-fikirkanlah sendiri...
9:30pm. 15.01.2010
chanz
chanz