Followers

Wednesday, July 14, 2010

Reviu Band: Kamilah Yang Tertewas

Hari ini, chanz nak berkongsi (promote2) dengan korang satu band yang sedang melonjak naik namanya iaitu We Are The Fallen ataupun bila diterjemah, menjadi: Kamilah Yang Tertewas. Terjatuh. Mati. Musnah. Pilih lah mana satu terjemahan yang sesuai. Yang pasti ia sesuatu yang menuju kegelapan. Ada unsur-unsur emo dan gothic di situ.




 Tapi sebelum itu, pernah dengar band Evanescence? Rasanya semua pernah dengar kan. Suatu ketika dulu, rasanya masa chanz berada di Form 3, band Evanescence mula popular dengan lagu Bring Me To Life. Perghh~ Masa tu memang layan ar dengarr! Siap semangat chanz pergi beli kaset original album dorang - Fallen (Ok dulu masih layan kaset..hahak). Lagu2 dalam album Fallen tu semua memang terbaekK ar~ Terutamanya My Immortal. Mesti ramai yang suka kan? Ha...


Buat pengetahuan anda semua, band ini ada masalah dalaman di mana co-founder/guitarist Evanescence iaitu Ben Moody keluar pada tahun 2003, then pergi buat lagu dengan artis2 solo macam Daughtry (What About Now), Avril Lavigne (Nobody's Home), Kelly Clarkson dan Celine Dion. Bagi chanz, lagu What About Now & Nobody's Home best. Oh I like Ben Moody~ (errkK jangan fikir bukan2).


So tinggal lah Amy Lee si vocalist utama Evanescence dengan beberapa ahli Evanescence lain. Ini pendapat chanz la, selepas Ben Moody keluar, rasanya Evanescence dah jadi macam kureng sikit. Album The Open Door tak begitu sedap sangat didengar. Hanya beberapa lagu je dalam album tu macam Lithium, Like You, & Good Enough yang best. So disebabkan itu, chanz dah kurang dengar Evanescence...hahak. Lagipun, memang Evanescence dah tak kuarkan album sejak 2006 lagi. The Open Door tu le yang paling latest.





Walau camnapon, baru-baru ini, chanz lepak kat page Evanescence@last.fm, then terbaca la shoutout2 fans ni dok gadoh pasal Evanescence & WAtF. Apa benda WAtF nih? chanz pon lurk n lurk kat spin.com so dapat tahu bahawa WAtF @ We Are the Fallen ni merupakan band yang ditubuhkan oleh Ben Moody bersama-sama bekas ahli Evanescence lain John LeCompt (guitarist) & Rocky Gray (drummer), cuma vocalist bukan Amy Lee tetapi adalah Carly Smithson, peserta American Idol yang idolanya adalah Amy Lee. Apa lagi, chanz try dengar album band ni - Tear The World Down. Perggh. Bezz arr!!


Walaupun mula-mula rasa band ni macam copycat & Amy Lee punya suara lagi best, tetapi lama-lama dengar rasanya dah boleh adapt dengan suara si Carly ni. Not bad gak ar. chanz rekomen dengar lagu Bury Me Alive, St. John, dan Without You bagi yang tengah ngantok tu, konfem akan goyang-goyang kepala. Kalau nak dengar ballad, leh layan Sleep Well My Angel & I Am Only One. Bagi yang suka layan akustik, boleh try dengar Bury Me Alive versi akustik. This is my two cents la. Memang layan emo ar dengar lagu Kamilah Yang Tertewas ni!!


Video klip Bury Me Alive pon best. Ada cam ala-ala movie Drag Me To Hell sikit; lagu ni pun menurut Carly telah diubahsuai selepas beliau menonton movie tu.





Ramai fans yang bergaduh pasal WAtF ni copycat Evanescence la, wannabe la..lol them. IMO, they are not a copycat or wannabe. They are, from their name itself - the Fallen. They are the one who makes the album Fallen meletop satu dunia. I'm with you, We Are the Fallen!

9:46 pm, 14/07/10
chanz

2 comments:

  1. if you ever like Evanescence...believe me, you are going to love this one too~

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)