Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Di dalam syurga itu terdapat sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, dan belum pernah terbesit di hati manusia." (HR. Tabrani)
Kehidupan di dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah berselang beberapa minit atau beberapa jam sahaja.
Untuk mempermudah memahami maksud pernyataan tersebut, cubalah anda bayangkan tentang liburan. Setelah berbulan-bulan bekerja keras, anda diperkenankan menikmati liburan di pantai selama dua minggu. Anda tiba di pantai setelah lapan jam di perjalanan. Sesampainya di pantai, anda segera menuju koridor. Ternyata, di koridor telah dipenuhi oleh orang-orang yang bersantai seperti anda. Bahkan, mereka menampakkan wajah yang ramah kepada anda. Semantara itu, cuaca di pantai terasa hangat dan anda tidak ingin kehilangan satu detik pun untuk menikmati sinar matahari dan laut yang tenang. Maka, tanpa membuang waktu, anda bergegas ke bilik dan berganti pakaian renang, lalu menuju ke pantai. Selanjutnya, anda berendam dalam air sejernih kristal. Namun, tiba-tiba anda dikejutkan oleh sebuah suara,
"Hoi! Bangun! Kamu akan terlambat pergi kerja!"
Untuk beberapa saat, anda tidak dapat memahami apa yang terjadi. Anda merasakan adanya keanehan antara apa yang anda lihat dan dengar. Ketika membuka mata, anda baru menyedari bahawa anda berada di bilik tidur. Tenyata, semua yang terjadi itu hanyalah mimpi.
--------
"Allah bertanya, 'Berapa tahun lamanya kamu tinggal di Bumi?' Mereka menjawab, 'Kami tinggal (di Bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyalah kepada orang-orang yang menghitung'. Allah berfirman, 'Kamu tidak tinggal (di Bumi), melainkan sebentar saja, sesungguhnya jika kamu mengetahui." (Al-Mukminun:112-114)
Petikan dari buku Ketika Mulut Dikunci Tangan & Kaki Bersaksi, ditulis oleh Mahmudin, terbitan Global Aksara Communication Sdn Bhd yang sedang saya baca. Ia sebuah buku rujukan inspirasi peringatan hati. Kita tak sedar yang kita ini asyik terleka dengan dunia, sebab itu kita perlukan buku seperti ini untuk mengingatkan kita kembali. Hidup hanya sementara. Ingatlah nanti di akhirat, tangan-tangan & kaki-kaki akan menjadi saksi segala perbuatan kita di Bumi.
Saya cadangkan semua orang wajib baca buku ini. Thanks Popular coz suggesting this book!
TQ. Noted by,
5:17 pm, 05/11/10
chanz
Great Book... Nanti nak pinjam sem depan. Jgn tinggal kat umah...hahaha
ReplyDeleteOraiitt..haha. Buku ni best seller kat Indonesia.
ReplyDeletegreat2 .. rasa nak pinjam dulu sebelum beli...
ReplyDeleteKita tak sedar yang kita ini asyik terleka dengan dunia, sebab itu kita perlukan buku seperti ini untuk mengingatkan kita kembali.
ReplyDeleteStuju2. Thanks for sharing..
ni bahasa indon ke bahasa melayu???
ReplyDeleteaku ada kesukaran skit nak baca bahasa indon.......
huhuhu........
bahasa melayu lah. haiya..
ReplyDeletekalau bahasa melayu, masukkan aku dalam senarai meminjam..........
ReplyDeletengehehehehe.......